(By Cofferbreakwithme)
Baru-baru ni masa pergi camping, cuaca cerah dan matahari terik waktu tengahari. Jadi aku siap-siap bawak sekali Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen, iaitu sunscreen SPF50+ PA+++ terbaik untuk melindungi kulit semasa membuat aktiviti di luar rumah.
Angkut favourite sunscreen sekali pergi camping |
Penting tau guna sunscreen waktu camping untuk mengelakkan kulit terbakar akibat terdedah bawah cahaya matahari semasa tengah set up khemah, memasak dan healing bawah pokok sambil menikmati pemandangan alam semulajadi!
Bestnya memasak sambil layan view sungai |
Kalau korang baca entry aku sebelum ni (8 Skincare Tips Memilih Sunscreen Terbaik Untuk Kulit Berminyak), banyak manfaat dan kebaikan apabila menggunakan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF 50+ PA+++ – antaranya teksturnya yang sangat ringan (lightweight) dan melembapkan (moisturizing), memberikan kesan menenangkan pada kulit selepas terdedah lama dengan cahaya matahari, tiada kesan white cast dan mesra wudu’ kerana sunscreen ini sunscreen yang boleh basuh dengan air.
Tekstur sunscreen Aloe Vera yang lightweight & moisturizing. Boleh melembapkan kulit sesuai untuk kulit kering, ringan dan tidak menyumbat liang pori kulit sesuai untuk kulit berminyak |
Bercakap tentang tekstur Aloe Vera Sunscreen, teksturnya yang lighweight & moisturizing menjadikan sunscreen atau sunblock ini sunscreen untuk semua jenis kulit baik untuk mereka yang memiliki kulit kering mahupun kulit berminyak. So kalau korang ada kulit berminyak macam aku, pertimbangkan sunscreen untuk kulit berminyak yang ringan dan tidak menyumbat liang pori kulit iaitu Sunscreen Aloe Vera.
Lepas memasak, reapply sunscreen. Hilang rasa perit sebab cuaca panas |
Aloe Vera sunscreen SPF 50 ni jugak mengandungi ekstrak aloe vera yang baik untuk kulit dan boleh menenangkan dan melegakan kulit yang merengsa selepas terdedah lama di bawah cahaya matahari. Selepas terdedah lama bawah sinaran matahari, mesti kulit rasa lega masa reapply sunscreen ni.
Aloe vera ialah bahan semulajadi yang mempunyai banyak manfaat untuk kulit. Ia menenangkan dan melegakan, dan ia boleh membantu mengurangkan keradangan dan kerengsaan. Aloe vera juga membantu melembapkan kulit, yang penting untuk melindunginya daripada matahari. Tak hairanlah Sunscreen Aloe Vera Hansaegee Nature ialah pilihan sunscreen terbaik untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif. Ia juga tidak berminyak dan tidak komedogenik, yang bermaksud ia tidak akan menyumbat pori-pori.
Menariknya, Aloe Vera Sunscreen SPF 50 ni ialah hybrid suncreen merupakan inovasi sunscreen yang baru menggabungkan dua jenis sunscreen iaitu physical sunscreen dan chemical sunscreen.
Perbezaan Physical Sunscreen, Chemical Sunscreen dan Hybrid Sunscreen
Physical sunscreen bertindak sebagai perisai atas permukaan kulit yang melindungi dari sinar UVA dan UVB manakala chemical sunscreen pula bekerja dari bawah kulit dengan menyerap sinar UV dan membebaskannya sebagai haba supaya tidak masuk ke lapisan kulit dalam. Manakala hybrid sunscreen menggabungkan kedua-dua cara sunscreen ini bekerja untuk perlindungan spektrum yang luas.
Dari segi tekstur, physical sunscreen lebih tebal, meninggalkan white cast selepas disapu pada kulit dan sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit sensitif dan berjerawat, manakala chemical sunscreen lebih ringan dan mudah disapu terutama pada kulit berminyak kerana menyerupai tekstur krim pelembap. Hybrid sunscreen pula memiliki tekstur ringan dan tidak meninggalkan white cast serta sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan berjerawat.
Sunscreen jenis hybrid ni sunscreen terbaik kerana menawarkan perlindungan spektrum luas terhadap kedua-dua sinaran UVA dan UVB di samping memberikan kesan moisturizing dan calming. Tapi jangan risau, Aloe Vera Sunscreen yang bagus ni tidak mengandungi bahan-bahan yang merbahaya iaitu tiada paraben, tiada alkohol, tiada sulfat dan tiada silikon.
Sunscreen Aloe Vera SPF 50+ PAA++ menawarkan kedua-dua perlindungan spektrum luas terhadap sinaran UV dan juga menenangkan (soothing) kulit
Sapu sunscreen pada muka yang telah dibersihkan dan selepas memakai pelembap untuk perlindungan optimum dari bahaya sinar UV |
Waktu sesuai pakai sunscreen ialah selepas mencuci dan memakai pelembap muka pada awal pagi. Lepas tu jangan lupa untuk reapply sunscreen setiap 2-3 jam untuk memastikan perlindungan sunscreen yang berkekalan sepanjang hari.
Kalau korang suka buat aktiviti di luar rumah macam camping, sunscreen ni akan buatkan korang rasa lebih yakin dengan perlindungan kulit apabila terdedah dengan sinaran matahari. For me, my skin feels well-moisturized and not oily at all even after spending hours outdoor whole day. Paling best, bila nak ambik wudu’ di tepi sungai setiap kali masuk waktu solat, tak perlu basuh muka dengan pencuci muka terlebih dahulu sebab sunscreen ni boleh dibasuh dengan air je. Senang, kan?
Dapatkan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen dari laman web Hansaegee Nature:
Brand: Hansaegee Nature