By Nonasani 02nd June 2022)
Lindungi Kulit Muka dan Kekalkan Kelembapan dengan Hansaegee Aloe Vera Sunscreen || Hai korang! Sihat ke tuh? Moga bebaik saja tau. Busy busy pun kulit tetap perlu dijaga dan dipelihara. Bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri jugak. Keselesaan masing-masing. Betul tak?
Mari Nona share beberapa tips untuk melindungi kulit muka. Pertama, gunakan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit. Kedua, gunakan toner setelah mencuci muka. Ketiga, digalakkan menyapu serum dan sunscreen sebelum keluar rumah atau menyapu solekan lain. Lebih-lebih lagi apabila nampak cuaca terlalu panas kat luar.
So untuk harini Nona nak fokus kepada tajuk utama mengenai penggunaan sunscreen dalam kehidupan seharian. Sunscreen merupakan salah satu keperluan dalam rutin penjagaan muka.
Baru-baru ni Nona tanya kawan adik yang bekerja sebagai pekerja SPA, beliau turut bagitau kalau tak nak pakai benda lain kat muka, at least pakailah sunscreen. Kewajipan tau. Nanti dapat mencegah jeragat. Bukan itu sahaja, ianya dapat jugak melindungi kulit muka daripada kesan UVA dan UVB tau.
Apa itu UVA? Ultraviolet A. Ianya ada kena mengena dengan skin aging (penuaan). UVB pula bermaksud Ultaviolet B (berkait rapat dengan skin burning).
Nona pengguna sunscreen?
Of course lah! Kita pun sayang kulit muka. For now, Nona try produk yang terbaru dilaunch oleh team brand Hansaegee Nature. Namanya, Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature!! Nona beralih arah ke sunscreen ni sebab banyak yang best pasal sunscreen ni tau! Dah pakai beberapa kali, rasa lembut dan lembab kulit!
Lagi-lagi pakai sebelum makeup, nampak berseri seri mukaku! Nampak beza makeup bila menyapu sunscreen ni berbanding kalau tak menggunakannya langsung!
70 mL. SPF 50+ PA+++
Bahan-bahan di dalam Hansaegee Aloe Vera Sunscreen:
1. Aloevera.
2. Pelbagai ekstrak seperti Centella Asiatica Extract, Morus Alba Bark, Orchid, Sodium Hyaluronic, Glycerin dan Allantoin
MADE IN KOREA
Aloe Vera sunscreen ini berwarna light green camtu. Oh, but don’t worry, muka tidak berubah warna hijau atau terlalu putih apabila disapu pada kulit muka. Ianya akan membuat kulit muka nampak cerah secara natural dan tidak melampau J
- TEKSTUR YANG RINGAN
Suka dengan tekstur dan warnanya. Teksturnya ringan tau. Ada sesetengah sunscreen berjenis cecair. Tapi sunscreen Aloe Vera Hansaegee Nature ni mempunyai kelainan tersendiri. Ia bukan jenis cecair, sampai boleh tumpah tumpah dan teksturnya tidak terlalu pekat atau berat macam foundation.
- TIDAK BERMINYAK DAN TIDAK MELEKIT
Betul, tidak berminyak semasa menyapukannya pada wajah. Selesa je. Lepastu nanti tak sedar…Ehh.. tadi dah pakai sunscreen ek. Haha.. Sebab teksturnya yang ringan tuh. Ada beberapa jenis sunscreen yang membuatkan kulit muka terasa berminyak. Tapi dengan Sunscreen Aloe Vera Hansaegee ni, kulit terus terasa lembut dan lembab. Macam nak cubit cubit aje. Hehe.
Wait, apa yang bagusnya bila sunscreen jenis tidak melekit? Sebab kebiasaannya kalau jenis melekit, kulit terasa gatal dan sangat tak selesa. Bila tak selesa, mula lah mood takda, rasa nak bersihkan semula muka tu nanti . Sebabtu sebaiknya gunakan sunscreen yang tidak berminyak dan melekit. Haaa, Hansaegee Nature lah jawapannya!
See! I’m enjoying tepek sunscreen ni.Tak lekit, tak gatal ui!
Sunscreen Aloe Vera Hansaegee Nature confirm sangat berguna untuk kulit muka!
- MUDAH DIBLEND
Sangat senang diblend dengan bahan makeup lain ye. Tak perlu risau sama ada warnanya masuk ke tak, sesuai dengan next foundation yang nak disapu kemudian tu or not…Tak perlu risau tau!
- KEKALKAN KELEMBAPAN
Ada beberapa jenis sunscreen yang membuatkan kulit muka terasa berminyak. Tapi dengan Sunscreen Aloe Vera Hansaegee ni, kulit terus terasa lembut dan lembab. Macam nak cubit cubit aje. Hehe. Nona memakainya pada waktu pagi sebelum pergi kerja, memang terasa lembabnya lagi lagi bila sapu pula CC Cream Hansaegee Nature selepas Aloe vera sunscreen.
Ya, Nona pulak kerja kawasan perkilangan, sudah tentu terdedah dengan cahaya matahari dan sebagainya. Risau kulit jadi kering dengan cuaca tak menentu yang adakalanya panas sangat atau terlalu sejuk.
Tahu tak, bila kulit kering, jeragat pun lagi senang membiak! Fuhhhh, seram ahh!
Cuma time tengahari tu sebab dah banyak terdedah dengan kerja luar, kelembapan pun berkurang. Kenalah cuci muka, lepastu sapu semula sunscreen. Ingat ye, penting kulit muka dilindungi dengan sunscreen.
Bau aloe vera yang wangi! Lembut dan lembab rasa kulitku!
Kelebihan Hansaegee Aloe Vera Sunscreen:
A. SUN PROTECTION:
Berfungsi untuk menghalang UVA dan UVB (SPF50+ PA++). Turut melindungi daripada kulit rosak dan sunburn.
B. CALMING SKIN
Mengurangkan kerengsangan kulit muka dan masalah kulit sensitif.
C. MOISTURIZING EFFECT
Pelembab yang mengandungi Aloe Vera dan Glycerin menjadikan kulit terasa lembut, dan tak kering. Ia turut menerahkan tona kulit.
D. AS MAKE UP BASE
Ya, boleh dijadikan sebagai asas sebelum sapukan make up lain.
5. NO WHITE CAST
Nice! Tak akan nampak kesan putih putih pun kat muka lepas disapu dengan sunscreen ni. Taklah buat kulit terlalu cerah tiba-tiba. Just calit calit sikit je dah resap sepenuhnya. Cukup melembutkan dan melembabkan kulit wajah.
Huyyoo! Bila apply sunscreen ni kat kulit, ianya tetap bersih, tidak berwarna, tak kotor pun serta rasa fresh muka!!! Setelah dilap atau dicuci sunscreen tersebut, ianya takda meninggalkan kesan kotor pada tisu tersebut. Clear! So nanti bila muka berpeluh peluh, lepastu sapu atau lap muka, taklah kotor tangan dengan tisu tuh..Huhu.. Semua bersih tanpa cela~
Honestly, Nona suka dengan produk terbaru dari Hansaegee Nature ni sebab teksturnya yang best, selesa disapu pada muka, selamat dan banyak kelebihan yang terkandung di dalamnya. Seperkara lagi, Hansaegee Aloe Vera Sunscreen ni juga merupakan produk yang bebas alkohol, bebas paraben, silicon, sulfat dan bebas allergen. Ini bermakna, ia sesuai untuk semua kulit kita.
CARA PENGGUNAAN:
- Setelah selesai buat rutin skincare yang lain, apply sikit sunscreen Aloe Vera Hansaegee Nature ni pada bahagian muka yang terdedah dengan sinaran UV.
- 2. Lakukan sapuan bermula dari tengah bahagian muka sampai luar sudut muka.
Haa… Barulah kulit wajah terjaga dan sihat walafiat! Bila kulit okay, mood jadi baik dan kehidupan terasa bererti. Jomlah guna sunscreen Aloe Vera Hansaegee Nature!
Mudah dibawa dan senang digunakan. Sebelum memulakan hari, sapu ni terlebih dahulu…
Selain daripada itu, Aloe Vera sunscreen ni pun sesuai untuk orang yang berkulit sensitif disebabkan kandungan di dalamnya boleh melindungi kulit. Kalau ada orang yang berkulit sensitif apabila menggunakan sunscreen, bolehlah try menggunakan Hansaegee Aloe Vera sunscreen ni pulak.
So, korang berminat nak lindungi kulit muka dari sinaran UV dari sekarang? Yang muda muda lagi tu dah boleh try. Untuk yang dah agak berusia pun elok jugak digunakan ya. Kalau macam Nona, masih sempat nak elak jeragat naik ke muka. I is seram!
Okaylah.
Senang cakap, memang Nona suggest sangat korang try gunakan sunscreen Aloe Vera Hansaegee Nature kat muka dan consistent menggunakannya. Dijamin ramai yang akan suka hasilnya nanti!!!