(By bondezaidalifah on 22th Feb 2019)
Assalamualaikum dan Selamat Petang… Hai reader semua, Teruja Bonde hendak kongsikan pengalaman Bonde dengan anda semua… Setelah sebulan pemakaian produk Aloe AC Clean Bubble Cleanser. Jika anda tertinggal tentang produk yang bagus dari Korea ini, yang Bonde kongsikan di entri REVIEW ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER anda boleh terjah url link tersebut untuk semakkan dan sebarang rujukkan PENGALAMAN MENGGUNAKAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER DARI HANSAEGEE NATURE
SETELAH SEBULAN PEMAKAIAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER DARI HANSAEGEE NATURE
Sudah sebulan Bonde gunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser nih.. Seperti sudah jatuh cinta dengan produk HANSAEGEE NATURE ni tau.. maklumlah produk Korea memang jadi kegilaan semua wanita, nak cantik macam wanita Korea juga… tapi Bonde lebih mementingkan kesihatan kulit wajah. Kalau cantik kita tak selesa dan serari buat apa nak pakai atau guna produk tu… lama-lama akan memburukkan kulit wajah dan kecantikannya pula tidak kekal lama.
DARI ENTRI YANG LEPAS BONDE ADA MEMAKLUMKAN TENTANG REVIEW ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER
Pertama:
Memandangkan kulit wajah Bonde ni jenis kering jadi Bonde sangat sukakan ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER ni, Buih-buih putih memberikan keselesaan pada kulit wajah Bonde.
Apa yang Bonde suka sangat…. Kulit wajah tidak lagi nampak kekeringan seperti sebelum ini.
Kedua :
ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER Produk ni memang sangat best selain dari membersih dan menghilangkan kotoran ia juga bertindak melembutkan serta melembabkan kulit wajah.
Ini memang betul sangat hingga ke hari ini, kulit wajah sentiasa lembab dan segar sepanjang hari.
Ketiga :
Bau Tea Tree Leaf Oil sangat wangi Bonde sukakannya dan ianya memberi rasa segar.
Ini memang sangat Bonde akui bau ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER memang sangat segar selepas mencuci kulit wajah Bonde.
Keempat:
Saiz yang mudah untuk dibawa kemana-mana.. (balik kampung atau travel memang akan bawa just selit sahaja dalam handbag.
Sekarang memang Bonde sentiasa bawa kemana-mana sahaja Bonde pergi, bukan setakat balik kampung atau travel sahaja, hari-hari pergi pejabat pon Bonde akan bawa he he he bukan susah pun letak dalam handbag sahaja dan rasa tak lengkap pula jika tak pakai ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER
Kelima :
Yang ini tak ada pada entri yang lepas! jika anda rasa ingin bertukar pencuci muka Bonde cadangkan anda gunakan ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER dan rasai dan nikmati keselesaannya. Cubalah yea! anda pasti teruja dengan buih-buih lembut itu. Bonde pon akan repeat lagi…beli yang baru jika sudah habis nanti.. masalah nya ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER sebotol mempunya 150 ml jimat tau sudah sebulan lebih gunakan.. masih ada sedikit baki lagi. Harga pun sangat mampu milik hi hi hi hanya RM 53.00 sahaja memang berbaloi.