Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature – Cleanser Yang Tidak Mengeringkan Kulit Muka dan Sesuai Untuk Kulit Berminyak
(By Zatisalim on 07th April 2022)
Zati teruja nak bagitahu tentang satu produk keluaran Hansaegee Nature ni. Iaitu Aloe AC Clean Bubble Cleanser. Rasanya ramai dah kenal dengan brand Hansaegee Nature ni kan?
Hansaegee Nature ialah jenama penjagaan kulit yang berpangkalan di Malaysia dan semua produk Original Made in Korea dan diimport terus secara sah ke Malaysia.
Masalah Kulit Berminyak dan Mengelupas
Zati memang mempunyai masalah kulit berminyak dan sering mengelupas apabila Zati menggunakan pencuci muka yang mengeringkan kulit.
Kulit muka Zati jenis berminyak dan memang kuat berpeluh dibahagian muka. Terutama apabila waktu Zati bekerja. Sebab Zati kerja banyak secara outdoor dan sudah semestinya akan berjemur atau berjalan dibawah terik matahari, confirm muka ni boleh buat cermin dah bila minyak tu muncul!
Bila muka ni dah berminyak, Zati pun rasa kurang selesa, dan rasa kurang keyakinan bila nak berhadapan dengan orang. Paling stress make-up jadi bercapuk! Sebab tu kadang-kadang Zati malas nak make-up.
Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Kesan Penggunaan Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Cara Pakai Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Cara Zati pakai macam biasa je. Guna dua kali sehari pagi lepas bangun tidur dan malam sebelum nak tidur punya skincare rutin. Zati biasa guna satu pump je untuk satu muka sebab buih dia banyak dan bila campur air bertambah berbuih-buih.
Satu Family Guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Cuma minyak dimuka belum berkurangan, mungkin sebab factor cuaca kerana suami Zati kerja sebagai rider, so semestinya kerja dibawah panas matahari. Tapi memang nampak perubahan nya.