(Blog by NadiaJamhari)
Dalam penjagaan kulit muka, ada tiga asas penting iaitu “Cleanser-Moisturizer-Sunscreen”. Ramai sebenarnya masih tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan “Sunscreen”. Rata – rata antara kita hanya akan pakai Cleanser dan Moisturizer. Saya pun begitu juga sebenarnya, habis sekolah menengah baru mula pakai sunscreen. Salah satu sebab saya tidak suka pakai ”sunscreen” sebab rasa melekit dekat muka dan membuatkan kita rasa tidak selesa dengan keadaan kulit kita. Tetapi dengan Hansaegee Aloe Vera Sunscreen, anda tidak akan rasa melekit lagi!
Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature (Hybrid Sunscreen) Hampir sebulan sebenarnya saya dah menggunakan Sunscreen ini sebenarnya, apa yang saya suka ialah sebab sunscreen ini bukan sahaja melindungi kita daripada sinaran UV, tetapi juga berikan kelembapan pada kulit. Disebabkan sekarang saya memang tengah fokus untuk melembabkan kulit. Sunscreen ini mempunyai SPF yang bagus untuk wajah, dan sangat sesuai untuk saya.
Dalam tempoh hampir sebulan saya pakai produk ini. Keenam-enam kebaikan yang Hansagee Nature nyatakan adalah benar. Erti kata lain, produk ini memang berjaya mencapai apa yang mereka telah “claimkan” kepada para pengguna.
Kebaikan Aloe Vera Sunscree Hansaegee Nature.
Melindungi daripada cahaya matahari (UVA & UVB). (Sun Protection)
Sebagai seorang yang berjalan kaki pergi LRT, sudah pastinya saya memang akan menghadap matahari. Lagi – lagi Malaysia kalau dalam 8.00 pagi – 9.00 pagi memang matahari dah cerah. Aloe Vera Sunscreen dari Hansagee Nature inilah yang bantu saya supaya tidak burn sebab dia ada SPF50++ PA+++. Cuaca kat Malaysia memang perlu gunakan sunscreen SPF50++ untuk lindungi kulit kita daripada cahaya matahari. Selain SPF yang bagus untuk wajah, sunscreen ini juga mempunyai kebaikan seperti :-
Melembapkan kulit (Moisturizing Effect)
Bahan – bahan Glycerin, sodium hyaluronic & Allotoin dalam produk ini membantu memberikan kelembapan pada kulit. Ini adalah effect yang paling best, sebab selalu kita pakai sunscreen kita rasa melekit dan tak selesa. Tetapi dengan Aloe Vera Suncreen, melekit dah tak rasa, tetapi rasa “lembap” kulit kita. Waktu sapu rata dekat kulit, produk ini easy to blend, cepat meresap ke kulit dan apabila apply sunscreen ini, kulit tidak rasa kering. Selain itu, waktu pakai Aloe Vera Sunscreen dari Hansagee Nature ini, kita boleh bau wangi aloe vera tu. Pada yang pakai aloe vera pada muka, boleh beli sunscreen ni terus. Kelembapan + Perlindungan daripada matahari !
Sunscreen Aloe Vera – Menenangkan kulit (Calming Skin)
Hybrid Sunscreen Terbaik
Apakah itu Hybrid Sunscreen?
Hybrid Sunscreen adalah kombinasi physical sunscreen dan chemical sunscreen.
Physical Sunscreen berfungsi untuk melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB, tidak menyebabka iritasi dan menghasilkan efek matte
Chemical Sunscreen pula teksturnya lebih ringan dan mudah menyerap, serta tidak meninggalkan white cast.
Oleh itu, hybrid susncreen ini sebenarnya satu kombinasi yang menggabungkan kedua – kedua jenis sunscreen (physical dan chemical) dengan menggabungkan kedua – dua kebaikan dan menghapuskan segala keburukan seperti:
Physical Sunscreen : Meninggalkan white cast dan tebal pada wajah
Chemical Sunscreen: Menyebabkan iritasi pada kulit sensetif, tidak cukup perlindungan dari sinar matahari
Erti kata lain, Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee ini adalah sunscreen yang terbaik kerana telah mencipta satu produk yang dipanggil hybrid sunscreen yang memberi kebaikan kepada para pengguna seperti yang telah diterangkan di atas.
Sunscreen yang tidak berminyak (Light Weight and Oil-free)
Tengok gambar dah nampakkan tekstur sunscreen ni sangat ringan. Memandangkan sunscreen kita kena pakai sebanyak dua jari, tekstur yang ringan memainkan peranan untuk kita rasa selesa apabila letak pada kulit. Kalau teksturnya tebal sangat mungkin kita akan rasa berat atas kulit kita.
No Harmful Ingredients
Aloe Vera Sunscreen ini adalah sunscreen untuk semua jenis kulit.
Kulit sensetif juga sesuai kerana produk ini bebas dari :-
Alcohol, Paraben, Silicon, Sulfate, dan Allergen
Bahan – bahan utama produk ini
Glycerin, Sodium Hyaluronic & Alltoin, Natural Plan Extract: Aloe Barbadensis Leaf Juice, Centella Asiatica Extract, Morus Alba Bark Extract, Orchid Extract
Selain kebaikan – kebaikan di atas, Sunscreen ini juga saya suka kerana :-
Sunscreen No White Cast
Sebenarnya white cast ini bergantung pada orang. Ada setengah orang sebenarnya okay sahaja dengan white cast, lagi – lagi kalau warna kulit memang putih, tak nampak lah kelabu macam orang yang kulit agak gelap. Kalau saya, saya pun tidak gemar kalau ada white cast, sebab itu saya pilih Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini kerana ia tidak meninggalkan white cast. Sesuai untuk saya yang tidak suka akan kesan white cast pada kulit.
Susncreen yang tidak waterproof
Disebabkan susncreen ni meresap ke kulit, jadi ia boleh jadi make up base. Maksudnya kita akan mudah untuk meratakan makeup pada kulit kita. Barulah kita nampak flawless gitu.
Selain itu, sunscreen ini juga merupakan sunscreen yang boleh basuh dengan air (mesra wuduk).
Buat pengetahuan semua, kita boleh uji sama ada sunscreen tersebut adalah waterproof atau tidak.
Cara – cara menguji Sunscreen Waterproof atau tidak:
- Sapu kan sunscreen pada tangan
- Cuci dengan air (boleh gosok – gosok sedikit)
- Kemudian lap dengan tisu untuk tanggalkan sisa sisa milky pada kulit. mencuci
Saya dah cuba, dan ia amat berkesan seperti dalam gambar. Step 3 sebenarnya tak perlu pun kalau kita bilas dan gosok dengan betul.
Terbuktilah bahawa Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee ini sesuai untuk kegunaan seharian kerana tidak perlu untuk kita bawa make up remover untuk bersihkan muka sebelum mengambil wuduk.
Kenapa perlu pakai sunscreen ?
Jawapannya mudah, untuk memiliki kulit yang cantik! Kalau anda tidak amalkan sunscreen daripada sekarang, jangan terkejut kalau tua nanti kulit kusam dan ada bintik hitam. Ingat, mencegah lebih baik daripada merawat. Sunscreen ini bukan sahaja untuk ketika berada di outdoor dan ketika waktu panas sahaja. Sunscreen juga perlu pakai di dalam rumah walaupun cuaca mendung, hujan lebat atau tiada matahari di siang hari.
Jadi dapatkan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature, Hybrid Sunscreen Terbaik Sekarang !