(by izaramli)
Assalamualaikum.
Hello readers! Iza rasa kita ni baru je masuk tahun baru, tiba-tiba kita dah nak puasa pula. Cepat betul masa berlalu sekarang ni. Apa-apa pun Iza tetap excited nak berpuasa. Bukan setakat tu je, Iza excited nak Raya juga. Sekarang ni pun dah sibuk-sibuk nak fikir menu apa nak masak masa bulan puasa nanti. Bila masuk bulan puasa nanti sibuk nak fikir persiapan Raya pula. Betul tak?

Kalau cakap tentang persiapan Raya ni, mesti yang paling utama sekali nak cari baju Raya sedondon satu family. Barulah bergaya masa nak bergambar Raya nanti. Iza pun macam tu juga, sekarang ni pun Iza dah start survey harga, design dan warna yang boleh sedondon dengan family Iza.

Nak bergaya masa Raya tak lengkap kalau kita tak ada kulit muka yang cantik juga. Masa Raya la nak lebih sikit cantiknya. Maklumlah, kita kan nak jumpa saudara-mara dan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa, mestilah nak cantik-cantik juga. Barulah cantik juga bila bergambar nanti.
Kalau bab penjagaan muka ni, nak dapatkan kulit yang smooth dan cantik kenalah mulakan dari sebelum puasa ni lagi. Kalau tak nanti tak sempat pula kulit muka kita glowing dan sihat masa Raya.

Macam Iza, Iza gunakan Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature untuk dapatkan kulit muka yang lembap, cerah dan glowing. Moisturizer ni memang sangat best especially untuk orang yang ada kulit berminyak macam Iza sebab Aqua Whitening Cream ni ialah sejenis moisturizer water based, so memang tak rasa berminyak pun lepas pakai.

Bila korang apply dekat muka, texture moisturizer ni akan berubah jadi water drop, memang seakan-akan air. Lebih senang moisturizer ni nak absorb dalam skin kita. Iza pakai moisturizer ni setiap pagi dan malam.

Cara penjagaan muka kita tak lengkap kalau kita tak ada sunscreen. The best sunscreen yang korang patut try ialah Aloe Vera Sunscreen daripada Hansaegee Nature juga. Sunscreen ni memang sunscreen terbaik yang Iza pernah try.

Sunscreen ni bukan sahaja boleh protect skin dari sinaran UV, tapi boleh berikan kelembapan juga pada kulit kita. Tanpa white cast, tanpa paraben dan oil-free. Memang perfect untuk orang jenis kulit berminyak.


Aloe Vera Sunscreen ni very lightweight tau dan bila blend dengan kulit tak ada kesan white cast pun. Lagi best sunscreen ni korang juga boleh pakai as makeup based sebelum korang makeup and buatkan makeup korang tahan lebih lama. So masa Raya nanti make sure pakai Aloe Vera Sunscreen dulu sebelum makeup!

Kalau korang amalkan skincare dengan betul dari sekarang, mesti korang akan dapat kulit yang cantik berseri waktu Raya nanti. Baru lebih bergaya dengan baju Raya yang korang dah beli tu. Jom kita sama-sama dapatkan kulit yang sihat dan cantik!
Sebelum kita nak sambut hari Raya nanti, korang pastikan yang korang amalkan penjagaan muka dengan memilih moisturizer yang boleh melembapkan kulit korang supaya kulit kita nampak lebih sihat. Pastikan korang pakai moisturizer setiap pagi dan malam tau! Jangan lupa juga sunscreen untuk melindungi kulit korang dari sinaran UV. Tak naklah masa Raya nanti nampak sunburn pula dan sunscreen ni mesti pakai waktu Raya juga tau, maklumlah kita pergi beraya nanti mesti cuaca panas kan? Sama juga macam persediaan lain, lebih baik bersedia lebih awal supaya nanti bila dah nak dekat Raya tak adalah korang kelam kabut nak prepare. Good luck!