(By Shalimaryusof on 26th July 2022)
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Rasanya Sha tak perlu perkenalkan lagi produk terkenal daripada Korea ini iaitu Hansaegee Nature. Mungkin ada yang belum mengenali dan mungkin ada yang sudah biasa mendengar nama Hansaegee Nature ini. Maklumlah ramai yang sudah menggunakannya dan memberi maklumbalas baik selepas menggunakannya.
Pada Sha produk Hansaegee Nature ini bukanlah baru di pasaran sebenarnya. Jadi bila dah ramai yang pakai mesti ramai yang kongsi review produk Hansaegee Nature ini. Bila dah tengok review best, Sha pun teringin juga nak cuba.
Apa yang paling Sha tahu adalah tentang Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream, betulkah ianya super moisture cream dengan kesan water drop pada kulit. Sebelum Sha cerita lebih lanjut tentang Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream, jom Sha kenalkan terlebih dahulu produk Hansaegee Nature.
Hansaegee Nature
Hansaegee Nature ialah jenama penjagaan kulit yang berpangkalan di Malaysia dan semua produk dibuat di Korea. Ditubuhkan sejak 2011, Hansaegee Nature bermula dengan mengimport terus produk penjagaan kulit berkualiti tinggi & asli dari Korea.
Semua ramuan produk yang digunakan telah diluluskan secara sah dan selamat untuk digunakan. Matlamat Hansaegee Nature adalah berkongsi produk penjagaan kulit yang berkualiti dengan wanita Malaysia dengan cara yang mudah dan kaedah selamat.
Setiap kali memilih pelembap kulit pasti korang mempunyai ciri-ciri yang sebelum membeli bukan? Kalau Sha, Sha sukakan pelembap yang tentunya memang melembapkan, teksturnya yang ringan dan tidak melekit.Jika korang sama dengan Sha yang sukakan pelembap tak melekit dan ringan, semua itu ada pada Aqua Whitening Cream tau. Nak tahu lebih lagi korang kena terus baca lebih lagi…
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Untuk pengetahuan korang Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream merupakan pelembap yang berasaskan air. Pada mulanya Sha tak tahu wujudnya produk sebegini, tapi bila tengok orang review macam tertarik dan nak cuba sendiri.
Water Based Whitening Cream |
Ya, terbukti bila gosok perlahan pada kulit wajah ianya akan mengeluarkan air. Patutlah kulit wajah kita akan nampak lembap dan glowing selepas menggunakannya. Lepas pakai boleh acah-acah jadi awek korea gitu..
Kandungan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Sesuatu produk kulit yang baik mestilah menggunakan bahan-bahan yang terbaik untuk memastikan kulit wajah lebih sihat dan cantik. Jom tengok kandungan yang ada dalam water drop based cream ini. Pastinya ia bebas paraben, bebas sulfat dan bebas alkohol.
Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Niacinamide, Pinus Densiflora Leaf Extract, Sodium Chloride, Angelica Acutiloba Root Extract, Cnidium Officinale Root Extract, Paeonia Albiflora Root Extract, Rehmannia Chinensis Root Extract, Prunus Armeniaca (Apricot) Kernel Oil, Camellia Japonica Seed Oil, Betaine, Cetyl/ PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia Florida Fruit Extract.
Niacinamide
Niacinamide atau dikenali juga sebagai nicotinamide iaitu satu bentuk vitamin B3 yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan kulit secara umum.
Camellia Japonica Seed Oil
Dikatakan wanita cina menggunakan Cammellia Japonica Seed ini sebagai pelembap. Hal ini disebabkan ianya mengandungi Omega 3, 6 dan 9 yabg sesuai untuk megenyalkan dan melembapkan kulit.
Kelebihan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Bila tengok balik kelebihan Aqua Whitening Cream ini, memang sangat sesuai dengan keadaan kulit dan keadaan Sha sekarang. Kerana apa? kerana Sha bekerja di kawasan yang agak panas dan bila balik kerja terdedah pada cahaya matahari yang pada Sha berlebihan.
Bila cuaca yang agak panas maka timbullah pelbagai masalah pada kulit. Antara kebaikan yang Aqua Whitening Cream ini boleh bantu adalah seperti di bawah :
- Membaiki dan mencerahkan kulit yang tidak sekata dan merawat hiperpigmentasi
- Meminimumkan pori-pori kulit
- Membaiki kemerahan dan kulit terbakar kesan matahari
- Melembutkan dan melembapkan kulit
- Mengawal sebum dan minyak berlebihan pada kulit.
Pada mulanya Sha ingatkan perlu basahkan muka terlebih dahulu, rupanya tak perlu. Kalau dah namanya aqua tentulah ia berasaskan air. Yang membuatkan Sha teruja adalah bila sapu dan gosok krim ini pada kulit terus keluar bintik-bintik air. Patutlah ia dapat membantu melembapkan kulit kita.
Jadi bagi yang sedang mencari whitening cream yang sesuai untuk kulit yang terdedah pada matahari bolehlah mencuba Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream.
Cara Memakai Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Antara ciri-ciri yang best dengan Aqua Whitening Cream ini adalah cara memakai yang amat mudah iaitu dengan beberapa langkah dah siap.
Sebelum menggunakan water drop based cream ini Sha membersihkan kulit wajah menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser daripada Hansaegee Nature terlebih dahulu. Jika mahukan kesan terbaik perlulah rajin bukan? Jadi wajib bersihkan muka setiap hari.
- Pertama sekali korang calit Aqua Whitening Cream pada kulit wajah.
- Â Kemudian korang ratakan ke wajah korang
- Â Selepas rata korang urut lembut pada wajah korang sehingga keluar titisan air.
- Â Urut sehingga krim meresap pada seluruh wajah.
Mudah bukan untuk menampakkan kulit wajah kita segar. Korang boleh sapu ke seluruh wajah hingga bahagian leher korang.
Pengalaman Menggunakan Pelembap Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Sha menggunakan Aqua Whitening Cream ini hanya 2 kali sehari iaitu sebelum pergi dan sebelum tidur. Selepas Sha mengamalkan krim ini Sha kurang terasa perit pada kulit ketika balik kerja. Yang paling penting Sha harap Sha dapat rawat hiperpigmentasi kulit dengan lebih baik. Korang yang kerja kawasan panas memang Sha recomend untuk dapatkan Aqua Whitening Cream ini.
Best sangat bila pakai sebelum masuk tidur. Lepas semuanya menyerap masuk ke kulit, kulit korang akan terasa lembut juga.