(by syaznirahim)
Sejak sakan bercuti hari tu kan, SR perasan juga yang muka SR macam merajuk dengan SR tau. Kulit jadi kusam dan macam tak berapa sekata. SR faham sangat, kulit muka SR ni kalau terdedah sangat dengan selaran matahari kan, dia mulalah nak buat perangai.
SR risau sebab bila SR pakai foundation, muka jadi bercapuk. Tak sukalah uolls kalau macam tu! Sudahlah kulit agak tanned, bila bercapuk, kelabu jadinya. Ngeri! Jadi SR pun tak fikir lama-lama bila SR terjumpa Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni. Sebab, SR tertarik betul bila tengok satu video berkenaan produk Hansaegee Nature ni.
Pelembab Muka Aqua Whitening Cream – Hydrating Moisturizer Water Based
Nak kata tertariknya SR tu punya maximum, sampai-sampai sahaja parcel di rumah, SR terus buka, cuci muka dan cuba! Kenapa yang SR tak sabar? Sebabnya, Aqua Whitening Cream ini moisturizer water based tau. Dia boleh melembapkan kulit pemakai sepanjang hari disamping mencerahkan tona kulit yang tidak sekata dan memperbaiki kulit yang sunburn. Ringkasnya, pelembap muka Hansaegee ini boleh digunakan oleh mereka yang mempunyai jenis kulit kering, kulit berminyak serta kulit kombinasi, macam SR. Ada masa kulit kering sangat, ada masa kulit berminyak sangat.
Krim kelembapan super dengan kesan titisan air yang boleh dilihat, selepas beberapa urutan, titisan air terbentuk serta-merta pada kulit kita dalam beberapa saat, pelembap diserap sepenuhnya ke dalam kulit. Sangat menyegarkan dan tiada rasa melekit. Sesuai untuk negara kita yang memiliki cuaca panas. Disebabkan oleh ekstrak herba, ia juga mampu menenangkan kulit dan meningkatkan keupayaan pelembap meresap jauh ke dalam kulit serta  mengekalkan kelembapan untuk membentuk kulit yang tegang.
Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ini adalah moisturizer water based yang boleh bantu membaiki Sun Burn dan kemerahan akibat kulit rosak dengan baik. Selain itu, Super Deep Moisture Skin with the Water Drop ini juga boleh mengawal minyak dan sebum berlebihan pada kulit (mengawal kulit berminyak).
Tengok kotak pun dah happy!
Tadaa!Â
Tak tunggu lama, SR terus buka penutup botol dia. Bau dia macam kek lemon, sedap dan langsung tak memeningkan kepala. SR ada pengalaman buruk sikit dengan produk-produk sebelum ni. Ada yang bau dia tengik dan memualkan!
TAPI tidak Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream! Bau dia yang sedap tu, ada ketika buat SR lapar tau! Haha!
Krim dia sangat lembut dan berwarna putih
SR colek dahulu sikit. Sejuk sangat krimnya. SR cuba di belakang tapak tangan SR dulu. SR nak pastikan, betul ke apa yang review sebelum ni claim, dia kata, lepas urut-urut lembut, nanti ada keluar titis-titis air. Titis air tu akan meresap pula ke dalam kulit untuk baiki pigment di muka.
Jom kita tengok!
Letak atas kulit belakang tapak tangan
Urut-urut, sapu-sapu
Betul gais ada titis air!!!
Lepas tu dia meresap
Apa lagi, jom cuba terus di kulit muka. Ayuh!
Nampak kan kulit muka SR macam merajuk tu?Â
Seterusnya, mari urut-urut di seluruh muka. Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni, ia adalah Pelembap. Ia Membaiki Sun Burn & Kemerahan Kulit Rosak dengan baik. And Super Deep Moisture Skin with the Water Drop ini juga boleh mengawal minyak & sebum berlebihan pada kulit (mengawal kulit berminyak).
Bahan Utama Dalam Pelembab Muka Terbaik Aqua Whitening Cream
Semestinya dalam mencari moisturizer atau pelembap muka untuk kulit yang kusam, atau untuk membaiki kulit yang mengalami sun burn, adalah penting bagi pemakai untuk melihat dahulu apakah ramuan pelembab muka tersebut, kan? Tak adalah nanti kita terfikir-fikir pula. Berikut adalah kandungan yang terkandung dalam moisturizer water based Aqua Whitening Cream ini:
🌼 Camellia Japonica Seed Oil
–Â Â Â Â Â Â Â Â Non-comedogenic, tidak menyekat pori-pori kulit yang boleh menyumbang kepada jerawat
–Â Â Â Â Â Â Â Â Meredakan kemerahan dan membaiki sunburn
–Â Â Â Â Â Â Â Â Simpan pelembap jauh ke dalam kulit lapisan bawah.
🌼 Niacinamide
–Â Â Â Â Â Â Â Â Mencerahkan tona kulit tak sekata
–Â Â Â Â Â Â Â Â Mengawal minyak di wajah sekaligus dapat mengecilkan pori besar
–Â Â Â Â Â Â Â Â Melembapkan kulit muka sepanjang hari
Cara Pakai Moisturizer Water Based
Dan cara yang terbaik untuk menggunakan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni adalah dengan;
“Cara penggunaan Aqua Whitening Cream yang betul, selepas anda sapu pada muka, gosok krim dan urut seluruh muka, “tepuk-tepuk” muka anda dengan lembut dengan tangan, supaya titisan air akan muncul serta-merta, ia sangat lembap, dan basahkan muka anda, dan mudah diserap ke dalam kulit, sehingga ia menyerap sepenuhnya ke dalam kulit.”
Moisturizer / pelembap ini sebaiknya dipakai dua kali setiap hari, iaitu pada waktu pagi masa bersiap-siap untuk memulakan hari dan juga pada waktu malam, iaitu sebelum tidur. Bagi individu yang mempunyai kulit yang kering, setelah memakai moisturizer water based ini semalaman, kulit akan terasa perbezaannya. Kulit tak lagi kering. Begitu juga sebaliknya bagi mereka yang kulit berminyak, kulit akan terasa lebih best dan tak berminyak teruk lagi di waktu pagi. SR memang sekarang guna moisturizer ini sebelum tidur, sebab SR dah anggap dia sebagai krim malam terbaik yang SR pernah jumpa tau.
Segar!
Excited SR bila titisan air tu terbit
Lepas semua titisan air tu meresap, memang terasa terus muka jadi segar
Memang bagus digunakan untuk prep kulit muka sebelum mula letak alat solek di wajah. Apabila dipakai pada kulit muka anda sebelum menggunakan solek, ia mengekalkan kelembapan kulit anda dan mencerahkan kulit anda! Gittew.
Antara review yang SR ada baca;
“Ramai orang menggunakannya, akan memberi maklum balas kepada kita bahawa mereka mempunyai selaran matahari yang menyebabkan masalah kulit kemerahan, selepas penggunaan beberapa hari ini memulihkan kembali kulit. Dan rasa ringan dan berair, tidak berminyak. Sesetengah pelanggan berkata jeragat mereka kelihatan lebih baik selepas digunakan selama 1 bulan.”
Dan cara yang terbaik untuk menggunakan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni adalah dengan;
“Cara penggunaan Aqua Whitening Cream yang betul, selepas anda sapu pada muka, gosok krim dan urut seluruh muka, “tepuk-tepuk” muka anda dengan lembut dengan tangan, supaya titisan air akan muncul serta-merta, ia sangat lembap, dan basahkan muka anda, dan mudah diserap ke dalam kulit, sehingga ia menyerap sepenuhnya ke dalam kulit.”
SR puas hatilah dengan cara kerja Aqua Whitening Cream ni tau. Memang muka rasa ringan. Tak melekit, dan tak rasa berlemuih. Tak ada rasa sticky ke apa. Jadi, lebih yakinlah bila nak pakai foundation di muka. Memang setakat yang SR pakai, kulit muka dan kembali ke pangkal jalan, dan tak merajuk lagi. Kalau tak sepenuhnya pun, dia sedang ke arah okey.
Pakai foundation pun dah mula sekata. Yeay. Risau tau bila muka taknak bagi kerjasama bab-bab nak pakai fondation ni, SR dahlah jenis jarang bare face. Kikiki…