(By Hanimhashim on 26th Oct 2022)
Assalamualaikum. Rutin penjagaan kulit asas ada lima langkah yang kita kena ikut. Antaranya ialah, pencuci muka, exfoliator (proses pengelupasan sel kulit mati), pemakaian toner, pemakaian moisturizer (pelembap) dan sunscreen. Kalau tak boleh ikut semua, kita boleh buat yang tiga, iaitu pencuci muka, moisturizer dan sunscreen.
Untuk mendapatkan kulit sihat dan cantik, bukan saja bergantung kepada empat langkah di atas semata-mata. Tak guna beli produk muka mahal-mahal tapi muka tak pakai sunscreen. Lebih-lebih lagi, cuaca sekarang yang panas dan kering menjadikan kulit muka lebih mudah terdedah kepada sinaran UV yang merbahaya.
Kenapa kena pakai sunscreen?
Tahukah korang bahawa kulit adalah organ terbesar di tubuh kita? Ia paling mudah terdedah dengan pelbagai risiko seperti kecederaan, alahan, masalah kulit, penyakit berkaitan kulit dan lain-lain.
Biasanya, bahagian kulit yang paling mudah terdedah pada sinaran UV ialah bahagian muka. Sebab itu kita perlu guna krim pelindung muka atau sunscreen setiap hari untuk memastikan kulit :
- Mengurangkan risiko sunburn – Jika kulit terdedah pada cahaya matahari untuk tempoh yang lama tanpa sunscreen, ia akan menyebabkan risiko penyakit kulit, penuaan sebelum usia dan masalah kulit lain
- Mengurangkan tanda-tanda penuaan – Kulit yang terdedah tanpa sunscreen akan merosakkan sel kulit, kolagen dan elastik. Lama-kelamaan, tona kulit yang tak sekata, kedut-kedut kecil dan garisan halus akan jelas kelihatan
- Mengurangkan kesan tona kulit tidak sekata – Perubahan tona kulit ini akan muncul kemudian dan menyebabkan tompok-tompok coklat atau sedikit gelap dari warna kulit asal. Sudah pasti kehadiran tompok-tompok ini akan menyebabkan ketidakselesaan pada kulit
- Mengurangkan inflamasi kulit – Kulit yang terdedah kepada sinar UV akan menyebabkan kemerahan dan radang pada kulit. Penggunaan sunscreen setiap hari dapat mengurangkan risiko ini dan melindungi kulit terutama kulit sensitif.Tapi kan macam mana nak tahu sunscreen itu sesuai untuk kulit kita? Macam mana nak pilih? Mana kita nak tahu sunscreen tu betul-betul melindungi kulit kita bila berada di luar? Haaa nanti aku jelaskan dengan lebih terperinci.First, kita kena tahu apa itu sunscreen dan fungsinya. Secara ringkasnya, sunscreen ialah krim pelindung muka yang bertindak melindungi kulit dari sunburn, pigmentasi dan bintik-bintik hitam serta menapis sinaran UV dari cahaya matahari yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit.Hansaegee Nature Aloe Vera SunscreenKelebihan Aloe Vera Sunscreen ini antaranya ialah :
- Sun Protection (Perlindungan kulit dari sinar UV)
- Moisture Skin (Kelembapan kulit)
- Calming Skin (Menenangkan kulit)
Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature mengandungi aloe vera dan ekstrak seperti Centella Asiatica, Ekstrak Morus Alba Bark dan Ekstrak Orkid yang menenangkan iritasi kulit. So bila pakai sunscreen, kulit tak rasa tegang dan keras. Aloe Vera Sunscreen ini juga mengandungi Sodium Hyaluronic, Glycerin dan Allantoin yang bertindak memberi kelembapan dan mencerahkan tona kulit. Lagi satu, sunscreen ini juga boleh digunakan sebagai makeup-base tau. So sebelum apply makeup, kita boleh sapu sunscreen dulu.
Aku guna Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ni bukan kerana ia produk dari Korea semata-mata. Tapi kerana sunscreen ini mengandungi SPF50+ PA+++. Haaa nak tahu apa maksudnya? SPF maksudnya perlindungan kulit dari sinar UVB yang boleh menyebabkan sunburn, manakala PA+++ bermaksud perlindungan dari sinar UVA (sinaran UV harian).
Kulit Berminyak Best Guna Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen
Ramai sangka pakai sunscreen akan menyebabkan kulit jadi lebih berminyak. Kebanyakan produk sunscreen di pasaran memang begitu, malah ada yang menjadikan kulit muka bercapuk putih dan melekit, tapi aloe vera sunscreen ini berbeza. Ianya tidak berminyak dan teksturnya lembut serta tidak melekit. Bila sapu dimuka, terasa lembap, cepat meresap ke dalam kulit dan terasa lembut. Yang bestnya, sunscreen yang tidak kalis air ia mudah sebati dengan kulit dan tak tinggalkan kesan white cast.
Ia juga boleh mencerahkan tona kulit secara semulajadi. So bila pakai muka tak jadi ‘lebam’ dan bercapuk putih. Aloe vera sunscreen ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif sebab kandungannya yang semulajadi dan tidak membahayakan kulit. So tak payah risau ye.
Macam yang aku pernah cakap sebelum ni, kalau nak pilih produk muka kena pilih yang tidak mengandungi bahan kimia merbahaya, jadi memang tak salah aku pilih Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ni sebab ia Alcohol-Free, Paraben-Free, Silicon-Free, Sulfate-Free dan Allergen-Free. Pendek kata, selamat digunakan.
Cara guna sunscreen dengan betul :
- Cuci muka dan lap bersih
- Sapukan Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature pada seluruh wajah
- Krim sunscreen cepat meresap ke dalam kulit tidak meninggalkan white cast
- Kulit jadi lembap dan lembut serta tona kulit jadi cerah dan tidak berminyak
- Pakai sunscreen sebaiknya 2 kali sehari. Pagi sekali, tengahari sekali.
Nak lebih yakin samada Aloe Vera Sunscreen ni sunscreen tidak berminyak. kita test menggunakan oil absorbent paper yang biasa kita guna untuk lap muka bila berpeluh atau berminyak. Tekstur krim sunscreen ni bila sapu lembut je tapi langsung tak melekit di oil absorbent paper atau di jari.Bila disapu rata sehingga sebati dan dibiarkan beberapa ketika, tiada kelihatan langsung kesan berminyak pada oil absorbent paper menunjukkan sunscreen ini tidak meninggalkan kesan berminyak pada kulit dan sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.
Krim Aloe Vera Sunscreen ini tidak berwarna bila disapu ke kulit dan tidak meninggalkan kesan comot berwarna putih bila dibersihkan dengan tisu.Bila picit krim sunscreen di tangan, korang akan nampak warna seakan-akan light green (Aloe Vera), tapi bila disapu rata ia akan jadi tak berwarna sekaligus memberikan warna natural (semulajadi) pada kulit wajah.
So sekarang aku memang tak tinggal rutin pakai sunscreen. Hari-hari mesti apply aloe vera sunscreen sebelum keluar rumah. Even, duduk di rumah pun aku apply jugak. Kemana-mana pergi pun aku akan pastikan sunscreen ini ada dalam beg. Tak susah pun nak bawa sebab ia berbentuk tube dan penutupnya “twist-lock“, tak mudah bocor.
Memang sesuai sangat digunakan untuk semua peringkat umur. Aku juga rekomen kat anak-anak aku sebab mereka aktif dengan aktiviti di sekolah setiap hari, jadi perlu apply sunscreen untuk perlindungan kulit yang optimum. So kalau korang sedang mencari sunscreen yang paling bagus dan sesuai, aku juga nak rekomen korang untuk gunakan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen.