(by wawaashiraa)
Penggunaan sunscreen perlu dititikberatkan kerana ianya adalah salah satu penjagaan kulit wajah yang perlu kita pakai setiap hari bagi melindungi kulit kita dari sinaran matahari. Dengan cuaca di Malaysia boleh tahan panas dia sampai pening kepala. Bukan itu sahaja, pemakaian sunscreen juga mengelakkan kita dari terkena penyakit kulit. Tidak kiralah sama ada kita berada di luar mahupun di dalam rumah.
Jika dulu aku main pakai apa-apa sunscreen atau sunblock asalkan namanya sunscreen/sunblock. Tapi aku pelik kenapa aku pakai tapi still kena sunburn lagi-lagi bila aku keluar rumah? Kadang tu kulit mudah jadi kering dan kedutan pada muka kerap nampak, dan paling tak bestnya bila pakai sunscreen bercapuknya la muka aku. Bila aku research semula macam mana cara nak pilih sunscreen yang betul, barulah aku tahu bahawa sunscreen ini ada jenis-jenisnya, Physical atau Chemical sunscreen.
APA ITU HYBRID SUNSCREEN?
Hybrid Sunscreen merupakan inovasi terbaru krim pelindung muka yang terdiri dari gabungan Physical Sunscreen dan Chemical Sunscreen. Dengan gabungan kedua-dua jenis sunscreen itu, penggunaan Hybrid Sunscreen akan lebih efektif.
Apa itu Physical Sunscreen dan Chemical Sunscreen?
Seperti yang diberitahu, physical sunscreen dan chemical sunscreen adalah gabungan dalam Hybrid sunscreen, dimana masing-masing mempunyai kelebihan dan tidak terlepas juga punya kelemahannya.
Physical Sunscreen berfungsi memberi perlindungan dan menghalang sinaran UVA/UVB ke lapisan kulit dengan cara memantulkan sinar UV dari melepasi ke kulit secara langsung. Physical sunscreen sesuai digunakan oleh orang yang mempunyai kulit sensitif kerana ia tidak menyebabkan kerengsaan kulit dan tidak menyumbatkan pori-pori terbuka.
Chemical Sunscreen memiliki bahan aktif yang bertindak menyerap sinaran UV dan menukarkannya menjadi haba dan melepas haba itu daripada lapisan kulit. Chemical sunscreen mempunyai tekstur yang ringan dan mudah menyerap ke dalam kulit serta tidak meninggalkan kesan tompokan putih (white cast).
Namun, chemical sunscreen juga ada kelemahannya ,dimana ia akan menyebabkan iritasi pada kulit yang sensitif dan memerlukan masa antara 10-15 minit untuk ia bekerja dengan lebih efektif. Dan terdapat juga beberapa formula chemical sunscreen yang boleh menyumbat pori-pori sehingga menyebabkan masalah kulit seperti kulit berminyak dan berjerawat.
Sunscreen ini menjadi pilihan orang ramai kerana sangat mudah dipakai dan ringan tetapi tidak sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif, berbanding physical sunscreen yang buat muka bercapuk dengan kesan putih.
Disebabkan dalam physical dan chemical sunscreen ini mempunyai kelebihan masing-masing, maka ia digabungkan menjadi satu lagi jenis sunscreen iaitu Hybrid Sunscreen. Dan Hybrid Sunscreen yang kini menjadi pilihan aku semestinya Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature!
Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature – Hybrid Sunscreen Malaysia
Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature adalah salah satu contoh Hybrid Sunscreen Malaysia untuk anda cuba kerana ia adalah krim siang terbaik bagi melindungi kulit wajah luar dan dalam daripada sinaran UV dengan kandungan SPF yang tinggi iaitu SPF50+ PA+++.
Pelindung UV dalam hybrid susncreen ini mempunyai tekstur yang lebih ringan dan mudah untuk disapu rata, so ia mudah menyerap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan white cast.
Selain itu, aku suka sangat guna Aloe Vera sunscreen ini kerana ia adalah sunscreen yang bagus dalam membantu melembapkan kulit supaya sentiasa “moisturized” dengan kandungan Aloe Vera itu sendiri. Walaupun aku lebih banyak duduk dalam rumah tapi tahukah anda bahawa sinaran UV boleh menembusi sehingga ke dalam rumah pada waktu siang. Bahkan pada wajtu hujan pun tetap ada sinaran UV. Sebab itu, setiap hari aku akan pakai Aloe Vera sunscreen ini supaya kulit kekal lembap dan berseri.
Aloe Vera Sunscreen Terbaik – Hybrid Sunscreen Yang Boleh Basuh Dengan Air
The best part yang aku suka bila guna Aloe Vera Sunscreen ini, ianya sangat mudah dicuci tau. Bayangkanlah kau seorang suri rumah yang memerlukan ke sana dan ke mari, sekejap dalam rumah sibuk mengemas dan memasak, kat luar jemur baju, berkebun di bawah terik matahari. Kadang tu keluar pergi cari barang perlu juga pakai sunscreen. Takkan nak biarkan je muka tu penuh dengan habuk kan? Nak keluar jalan-jalan, balik kampung atau pergi bercuti aku tak pernah
tinggal sunscreen yang bagus ni. Selalunya aku akan standby bawa ke mana-mana sahaja sunscreen ini lagi-lagi bila nak solat dekat luar sebab sunscreen ini merupakan sunscreen mesra wudhuk, iaitu senang dibasuh dengan air.
Kenapa aku kata sunscreen SPF 50 ini merupakan sunscreen yang boleh basuh dengan air? Ini kerana sunscreen ni mudah sebati dengan air bila dibilas (nampak color susu tu?). Jadi, aku tak perlu risau dan mengambil masa yang lama untuk bersihkan muka dengan cepat. Basuh dengan air sahaja dah bersih kulit muka.
Tips Memilih Hybrid Sunscreen TerbaikÂ
Sedia maklum bahawa Aloe Vera Sunscreen adalah hybrid sunscreen terbaik yang saya pernah guna hampir satu tahun. Ternyata ianya bukanlah satu penyesalan buat diri saya. Ini kerana Aloe Vera sunscreen ada ciri-ciri sunscreen yang perlu saya ada dalam penjagaan wajah saya iaitu SPF50+ PA+++.
Ternyata sunscreen SPF50 adalah SPF yang bagus untuk wajah dalam memberi perlindungan yang baik dari sinaran matahari. Nak pilih sunscreen yang terbaik kenalah pilih sunscreen yang ada SPF50+ PA+++ di mana PA berfungsi bagi melindungi kulit kita daripada terbakar dan mendapat perlindungan yang lebih tinggi.
CARA PAKAI SUNSCREENÂ
Korang percaya tak kalau aku kata masih ada lagi yang tidak tahu cara memakai sunscreen dengan betul? Meh sini aku nak kongsi dengan korang cara yang betul memakai sunscreen supaya apabila di apply pada muka, sunscreen akan lebih mudah menyerap pada seluruh wajah.
Cara pakai sunscreen dengan betul mengikut cara-cara berikut :
- Picitkan Aloe Vera sunscreen pada 2 ruas jari (seperti dalam gambar)
- Bahagikan 1 jari untuk sebelah muka kanan, dan 1 jari lagi untuk sebelah muka kiri
- Ratakan sunscreen sehingga ia meresap ke dalam kulit
- Lastly, kenakan solekan jika perlu pakai
Adakah Perlu Pakai Sunscreen Dulu Atau Day Cream?
Selain itu, Aloe Vera Sunscreen mempunyai tekstur yang ringan dan bersifat non-comedogenic iaitu tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh menyumbatkan pori-pori. Sunscreen ini juga adalah sunscreen yang tidak meninggalkan kesan white cast pada kulit seperti physical sunscreen yang lain.
Reapply Sunscreen Untuk Perlindungan Optimum
Seperti yang korang tahu, Aloe Vera baik untuk semua kulit terutamanya orang yang berkulit sensitif dan memang sesuailah menjadi salah satu kegemaran sunscreen untuk semua jenis kulit. very recommended sangat sunscreen ini untuk korang tau.
Kenapa Aloe Vera Sunscreen Menjadi Pilihan Aku?
Kini pakai Aloe Vera sunscreen rasa lebih konfiden jika hendak keluar rumah tanpa makeup