(by yanieyusuf)
Aloe Vera Sunscreen Menjadi Pilihan Ramai | Antara penjagaan wajah yang wajib pakai salah satunya adalah sunscreen atau sunblock tau. Kalau orang jenis tak makeup sekali pun, sunscreen jangan pernah skip atau tidak pakai. Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature merupakan hybrid sunscreen yang menjadi pilihan ramai kerana tidak berminyak dan mempunyai perlindungan wajah yang sesuai untuk semua.
Apa itu sunscreen?
Sunscreen atau sunblock dikenali sebagai pelindung matahari yang membantu melindungi kulit daripada sinaran UVA & UVB yang menyebabkan sunburn dan sun damage. Terdapat 3 jenis sunscreen iaitu Physical sunscreen, Chemical sunscreen & Hybrid sunscreen.
Dengan cuaca yang terik sekarang ni, sunscreen sangat penting ye untuk penjagaan kulit wajah khususnya. Bukan sahaja untuk perlindungan ketika berada diluar rumah malah ianya mampu memberi perlindungan ketika berada dalam rumah jugak (untuk haba-haba dari dalam rumah seperti haba masak dan sebagainya).
Dipasaran terlampau banyak pilihan sunscreeen tapi nak cari sunscreen atau sunblock yang sesuai betul-betul dengan kulit wajah sangat susah ye. Banyak kena try-error.
Physical Sunscreen & Kebaikkannya
Physical sunscreen merupakan sunscreen yang memberikan perlindungan dari luar dengan cara memantulkan sunar UV. Ia berfungsi lebih kepada menghalang sinar UV melepasi lapisan kulit agar tidak menembusi kulit secara langsung ataupun diruang tertutup.
Sunscreen jenis ini akan bertindak sebaik sahaja dipakai dan ia sesuai digunakan bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti luar dan terdedah pada sinaran UV.
Kelebihan Physical sunscreen bukan sahaja melindungi kulit wajah malah ianya jenis tidak menyumbatkan pori-pori wajah. Physical sunscreen ini mengandungi bahan seperti zinc oxide dan titanium oxide yang membuatkan ianya lebih tahan lama daripada Chemical sunscreen.
Chemical Sunscreen & Kebaikkannya
Chemical Sunscreen pula merupakan krim muka yang memberi perlindungan dari dalam dengan mencegah kerosakan akibat UV. Ia berfungsi lebih kepada arah mengubah sinar UV menjadi haba yang tidak merbahaya kepada kulit dan membebaskannya.
Sunscreen ini banyak digunakan dikalangan penggemar memakai solekan samada nipis mahupun tebal kerana ianya tidak mengubah warna kulit dan akan menampakkan lebih neutral. Malah ianya sesuai dijadikan sebagai makeup base.
Ianya sesuai juga untuk perlindungan kulit wajah bagi mereka yang tidak terdedah secara langsung dengan sinar UV. Disebabkan teksturnya yang mudah untuk diratakan dan ringan, ianya tidak meninggalkan white-cast dan mudah dibersihkan.
Apa itu Hybrid Sunscreen
Hybrid sunscreen adalah krim muka yang menjadi pelindung suria dan berfungsi melindungi wajah dari sinar matahari secara langsung hasil gabungan Physical sunscreen & Chemical sunscreen.
Gabungan dua jenis sunscreen ini mampu membantu memberikan kesan dalam melindungi wajah kulit wajah secara luaran dan dalaman dari sinar matahari. Bayangkan semua kelebihan dalam Physical sunscreen dan Chemical sunscreen ini ada didalam 1 sunscreen, memang lagi best dan memberikan lebih banyak kelebihan kepada Hybrid sunscreen.
Hybrid Suncreen Aloe Vera Suncreen Hansaegee Nature
Aloe Vera Suncreen Hansaegee Nature merupakan the best hybrid sunscreen Malaysia
Mamayanie boleh syorkan sunscreen yang sesuai untuk semua jenis kulit dan paling penting ianya tidak berminyak kerana ianya berasakan dari Aloe Vera yang mana korang tahu kan kelebihan Aloe Vera untuk kulit sangat bagus.
Aloe Vera Sunscreen yang berasaskan dari extract Aloe Vera yang bagus untuk kulit wajah dengan gabungan dari tumbuhan seperti Centella Asiatica Extract, Morus Alba Bark Extract & Orchid Extract. Malah ia mempunyai kandungan Sodium Hyaluronic, Glycerin, & Allantoin yang mana bagus untuk melembapkan kulit wajah.
7 Kelebihan Hybrid Sunscreen Aloe Vera – Krim Siang Terbaik
#Sunscreen SPF 50 (Sun Protection)
Ianya berfungsi melindungi kulit muka dari UVA, UVB dan perlindungan dari kulit rosak serta sunburn kerana ia mempunyai SPF yang sangat sesuai untuk melindungi kulit iaitu SPF 50+ PA+++.
#Tekstur Yang Ringan & Sunscreen For Oily Skin
Paling utama untuk mencari sunscreen yang bagus untuk kulit adalah sunscreen yang tidak berminyak. Aloe Vera Sunscreen ini tidak berminyak dan mempunyai tekstur yang ringan untuk kulit wajah. Malah bila pakai korang tak akan rasa melekit (Not Sticky) tau, Mamayanie sendiri dah pakai bila keluar rumah, tidak rasa melekit dan berminyak walaupun terdedah kepada sinaran cahaya matahari.
Krim muka sunscreen aloe vera yang tidak berminyak
#Mudah Untuk Diadun Dengan Sekata (Easy to Blend Well Skin)
Teksturnya yang ringan dan soft memudahkan ianya di blend pada kulit wajah dengan sekata. Aloe Vera Sunscreen cepat meresap & tak sumbatkan pori.
#Melembapkan Kulit (Moisturizing Effect)
Aloe Vera Sunscreen/sunblock bukan sahaja berfungsi dalam melindungi kulit dari sinaran malah ia membantu melembapkan dan melicinkan kulit wajah secara semulajadi dari khasiat Aloe Vera dan Glycerin.
#Menenangkan Kulit (Calming Skin)
Khasiat ekstrak aloe vera yang terkandung dalam Aloe Vera Sunscreen SPF 50+ PA+++ terbaik membantu dalam mengatasi kerengsaan (irritation) kulit dan kulit sensitif. Ianya sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk yang kulit jenis sensitive.
#Hybrid Sunscreen Yang Tiada White Cast & Boleh Basuh Dengan Air
Sunscreen Aloe Vera terbaik ini tidak akan bercapuk dan tiada warna ye. Tapi membantu mencerahkan sedikit tona kulit sedia-ada dengan tona semulajadi. Ianya juga boleh dibasuh dan sebati dengan air jadi senang nak reapply sunscreen.
# Makeup Base
Aloe Vera Sunscreen ini jugak sesuai untuk dijadikan sebagai makeup base dan memudahkan penyerapan makeup pada kulit wajah dengan sekata. Malah makeup korang akan lebih pigmented dan cantik
Korang jangan risau tau Aloe Vera Sunscreen terbaik dari Hansaegee Nature ini Alcohol-Free, Paraben-Free, Silicon-Free, Sulfate-Free, dan Allergen-Free. Maka ianya selamat untuk digunakan dan pastinya menjadi pilihan Mamayanie untuk penjagaan kulit wajah.
Travel-friendly
Satu lagi Mamayanie suka dengan hybrid sunscreen Aloe Vera dari Hansaegee Nature ini kerana ianya dalam bentuk yang mudah dibawa kemana-mana (travel-friendly) saiznya.
Cara Pakai Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature
Selepas membersihkan muka dan rutin penjagaan kulit asas korang, sapukan jumlah sederhana Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ini pada keseluruhan muka, untuk menutup bahagian yang terdedah daripada sinaran UV.
Macam Mamayanie akan gunakan selepas cuci muka waktu pagi sebelum keluar rumah dan setiap kali selepas solat jika berada diluar kawasan.
Kulit muka Mamayanie terasa lebih licin dan ianya mencerahkan sedikit tona kulit wajah Mamayanie. Malah ianya tidak berminyak, senang digunakan dan mampu memberi perlindungan yang lebih efektif berbanding sunscreen atau sunblock biasa.
Jadi korang yang tengah mencari sunscreen yang bersesuai itu, wajib cuba Aloe Vera Sunscreen ini dan korang akan suka sangat dengan tekstur dan kelebihan perlindungannya.