(by marshaliza)
Hybrid Sunscreen : Sunscreen SPF 50 PA+++ Terbaik
Kenapa Kena Pakai Sunscreen?
- Membantu mencegah dari kulit menjadi kusam, tak bermaya, tona kulit tak sekata, gelap,kerengsaan kulit dan sunburn.
- Membantu mencegah dari kedutan pada kulit dan awet muda.
- Membantu mencegah pertumbuhan jeragat.
- Membantu mencegah kulit kita dari terdedah kepada penyakit kulit
Iklim di Malaysia ni panas & lembap dan memang kita tak boleh lari dari terdedah dengan sinaran UV cahaya matahari malah kita juga terdedah dengan ‘blue light’ dari skrin. Maka secara tak langsung  kita memang tak boleh elak dari kesan negatif akibat sinaran UV ni melainkan kita melindungi kulit kita dengan pemakaian sunscreen atau sunblock terbaik.
2 Jenis Sunscreen : Chemical Sunscreen & Physical Sunscreen
Baru-baru ni Marsha baru tahu yang sunscreen ni ada 2 jenis. Sebelum ni hanya tahu sunscreen ni ada oil-based & water-based sahaja. Rupanya ada juga chemical sunscreen & physical sunscreen. Nampaknya ilmu sunscreen yang Marsha tahu masih cetek….hihi. Tapi apa itu physical dan chemical sunscreen? Meh Marsha kongsikan dari hasil pembacaan Marsha.
Chemical sunscreen memerangkap sinaran UV dan bukannya memantulkannya. Ia diperbuat daripada bahan kimia yang terdiri daripada bahan organik. Ia menukarkan jumlah sinaran suria kepada haba dan kemudian membebaskannya melalui kulit.
Ia biasanya mempunyai kandungan yang baik untuk kulit dan dalam masa yang sama membantu kekalkan kelembapan kulit, mencerahkan jerawat, dan melegakan kulit. Tekstur yang ringan dan penyerapan yang pantas dapat memelihara kulit sepanjang hari.
Physical sunscreen pula dikenali sebagai Mineral Sunscreen. Tidak seperti chemical sunscreen yang menyerap sinaran UV, ia mempunyai penghalang pada kulit yang memantulkan sinaran UV secara langsung. Mineral yang biasa digunakan dalam pelindung matahari fizikal ialah zink oksida dan titanium dioksida. Physical sunscreen tidak meresap ke dalam kulit, berfungsi serta merta setelah dipakai dan sesuai untuk kulit sensitif. Ia juga menghasilan ‘white cast’.
Dari segi perbezaan antara keduanya, chemical sunscreen mempunyai kestabilan yang lebih tinggi, kurang risiko menembusi kulit, dan kurang kerengsaan, menjadikannya sesuai untuk kulit sensitif. Chemical sunscreen mempunyai tekstur yang tidak berminyak dan pertahanan yang lebih teguh terhadap sinaran UV, yang menjadikannya sesuai untuk kulit berminyak dan kulit berjerawat.
Sekarang ini ada 1 lagi jenis sunscreen iaitu Hybrid sunscreen. Hybrid sunscreen menggabungkan dua kelebihan chemical sunscreen dan physical sunscreen, dan ia sunscreen untuk semua jenis kulit.
Apa itu Hybrid Sunscreen?
Hybrid sunscreen adalah gabungan kedua-dua sebatian chemical sunscreen dan physical sunscreen. Walaupun ia mengandungi sifat pantulan UV physical sunscreen, ia juga mempunyai sifat menyerap dan mengubah UV chemical sunscreen. Bermakna ia diformulasikan dengan setiap kelebihan yang ada pada kedua-dua jenis chemical sunscreen dan physical sunscreen yang menjadikan Hybrid sunscreen ini sunscreen yang bagus untuk semua jenis kulit.
Kelebihan Hybrid Sunscreen
Bila tengok perbandingan antara ketiga-tiga jenis sunscreen ini memang ternyata Hybrid sunscreen kekal di tangga teratas.
Hybrid sunscreen adalah gabungan chemical sunscreen dan juga physical sunscreen. Jadi Hybrid sunscreen mempunyai semua kesan positif dari 2 jenis sunscreen ini dan dalam masa yang sama meneutralkan keburukan kedua jenis sunscreen ini.
Apa kelebihan Hybrid sunscreen? Jom kita tengok:
- Mudah meresap ke dalam kulit
- Membantu melembapkan kulit wajah
- Tidak bercapuk / sunscreen yang tidak meninggalkan ‘white cast’
- Tekstur ringan dan sunscreen yang tidak berminyak
- Melindungi kulit wajah dari luar dan dalam
- Membantu mencegah kerengsaan pada kulit
- Penggunaan yang mesra pengguna
- Sesuai untuk semua jenis kulit
Paling best selain fungsi sebagai sunscreen, ia juga boleh dijadikan sebagai krim siang terbaik dan tak perlu lagi apply skincare berlapis-lapis yang mungkin akan menyebabkan ketidakselesaan seharian.
Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF 50+ PA+++ : Pilihan Terbaik Hybrid Sunscreen
Bila tahu tentang hybrid sunscreen ni, Marsha terus check dan research fav sunsreen yang telah Marsha guna hampir setengah tahun, Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF 50+ PA+++. Alhamdulillah pilihan Marsha tepat sebab Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF 50+ PA+++ ni adalah hybrid sunscreen.
Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF 50+ PA+++ diformulasi daripada tumbuhan semulajadi dan bahan utamanya adalah aloe vera yang memang diketahui mempunyai khasiat yang baik untuk kulit. Ia mempunyai tahap kelembapan tinggi yang sangat baik untuk memberi kelembapan kepada kulit wajah, sunscreen untuk kulit berminyak daripada Hansaegee Nature ini sangat lembut dan tidak merengsakan kulit, malah ia juga sangat mudah digunakan sebab ia cepat menyerap ke dalam kulit. Korang jangan mudah blend dengan semua jenis warna kulit. Jadi kalau korang kulit jenis berminyak, jangan risau sebab sunscreen SPF50 ni sangat sesuai kerana teksturnya yang tak berminyak dan tak mengeringkan wajah. Ia juga menghalang penghasilan lapisan sebum berlebihan di muka dan buatkan kulit wajah nampak bertenaga sepanjang hari.
Selain bahan semulajadi, Â Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen juga diformulasikan dengan SPF 50+ yang mampu melindungi kulit wajah di bawah cuaca yang panas terik macam sekarang ni. Ia juga memberi perlindungan PA+++ untuk melindungi kulit wajah dari UVA yang akan menyebabkan kerosakan struktur sel pada kulit wajah terutamanya. Sepanjang Marsha konsisten menggunakan sunscreen SPF50 ni, Marsha perasan liang pori makin mengecil. Jadi dah terbukti ia sunscreen yang tidak menyumbat liang pori dan dalam masa yang sama membantu merawat kulit dengan lebih baik.
Kalau korang perasan pun tiada ‘white cast’ pada gambar tadi betul tak? Ini kerana fungsi ‘chemical sunscreen’ yang mudah menyerap ke dalam kulit. Ia menjadi pilhan Marsha sebab ianya sunscreen yang tidak meninggalkan white cast. Kalau korang kulit berminyak, korang jangan risau sebab ia sunscreen terbaik untuk kulit berminyak.
Sunscreen Pakai Waktu Bila?
Ramai sebenarnya confuse dengan waktu pemakaian sunscreen ni. Kadang tu ada yang PM tanya Marsha, Sunscreen pakai waktu bila? Bila dah dinamakan sunscreen, mestilah wajib pakai waktu siang. Sebenarnya sunscreen perlu pakai dari sebelum matahari keluar pada waktu pagi hinggalah matahari terbenam. Sebab ada je yang hanya pakai sunscreen apabila keluar rumah sahaja. Bagi Marsha pula, sunscreen ni wajib pakai sehingga waktu korang nak tidur. Sebab korang masih terdedah dengan cahaya bluelight dari skrin telefon pintar, laptop dan sebagainya.
Ada juga soalan yang Marsha dapat, lepas apply Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF 50+ PA+++ boleh tak pakai skincare lain? Mestilah boleh. Pakai sunscreen dulu atau day cream (moisturizer)? Cara Marsha, sebelum pakai sunscreen SPF50 ni, korang kena apply moisturizer dulu ok! Marsha guna Hansaegee Nature Moisturizer yang bagus Aqua Whitening Cream sebelum apply sunscreen SPF50. Gabungan keduanya sangat best!
Selepas apply Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF 50+ PA+++, Marsha akan terus pakai bedak kompak sebab Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF 50+ PA+++ dah jadi sebagai day cream & makeup base. Paling best ia sesuai blend dengan mana-mana bedak kompak dan paling Marsha suka kulit tidak bercapuk.
Korang jangan lupa reapply sunscreen untuk extra precaution sebab kita mungkin tak perasan sunscreen mungkin semakin hilang bila menjelang petang di sebabkan berpeluh dan sebagainya. Marsha akan reapply Aloe Vera Sunscreen ni.
Hasil konsisten setiap hari dengan sunscreen memberikan impak yang positif kepada kulit Marsha. Kulit Marsha yang kombinasi asalnya berminyak di bahagian zon T dan kering dibahagian lain kini lembap dan tidak mudah kerengsaan bila terkena pancaran matahari terik. Sangat bersyukur bertemu dengan hybrid sunscreen ni. Terima kasih Hansaegee Nature!