(By DianaRashid)
Raya nanti ada plan nak jumpa kawan-kawan lama dan saudara-mara di kampung tapi rasa tak yakin je sebab kulit nampak kusam dan tak berseri. Mesti ramai yang ada perasaan macam ni. Tapi sempat ke nak dapatkan kulit glowing ala korea sebelum raya ni? Bagaimana cara pakai skincare untuk dapat makeup yang boleh tahan seharian?
skincare untuk Glowing sebelum raya |
Bukan baju raya saja yang penting tapi cara penjagaan muka juga sangat penting supaya dihari raya nanti kita lebih yakin nak keluar bertemu dengan rakan-rakan dan saudara mara.
Kali ni saya nak kongsikan cara glowingkan muka ala korea sebelum raya supaya di hari raya nanti kita akan nampak cantik berseri.
Kulit Glowing Sebelum Hari Raya Dengan Rutin Skincare
Kenapa kita kena pakai skincare? Ramai orang rasa kulit mereka tak ada jerawat , tak ada jeragat jadi mereka rasa mereka tak perlu memakai skincare. Sebenarnya semakin kita berusia akan muncul sel-sel kulit mati pada kulit kita. Bayangkan jika kita tidak memakai skincare, sel-sel kulit mati akan berkumpul di permukaan kulit dan membuatkan kulit kita nampak kusam dan kering.
Kulit yang kusam akan kelihatan tidak bermaya.Lebih dasyat lagi apabila kita memakai solekan, bahan solekan tersebut tidak dapat menempel dengan sempurna di wajah kita disebabkan sel-sel kulit mati yang terdapat pada wajah kita.
Mengabaikan penggunaan skincare juga akan membuatkan lingkaran hitam dibawah mata muncul. Hidrasi kulit akan menurun dan membuatkan pembuluh darah dibawah mata lebih jelas kelihatan. Jadi wajah kita akan nampak tak bermaya seperti keletihan.
Bila tiba saja hari raya baru lah kita rasa nak pakai solekan. Sudahnya kita hairan mengapa soleken di wajah kita tak secantik di wajah orang lain sedangkan kita menggunakan bahan solekan yang sama dengan orang lain. Puncanya adalah kita mengabaikan rutin skincare. Solekan juga tak akan dapat menutup kulit kusam di wajah kita.
Bila solekan cantik di wajah dan bertahan lama, kita tak payah nak touch up makeup terlalu kerap bila keluar beraya. Semakin lama solekan lebih cantik kerana kita ada kulit yang sihat.
Penting memakai skincare bukan sahaja untuk orang yang memakai solekan tapi juga bagi mereka yang tidak memakai solekan. Skincare rutin itu juga sama pentingnya bagi mereka yang tidak suka bersolek kerana wajah tanpa solekan lebih jelas nampak kusam dan kerosakan pada kulit lebih jelas kelihatan. Jadi sebaiknya mulakan memakai skincare terbaik untuk kulit sihat sama ada kita suka makeup atau pun tidak.
Skincare Rutin Terbaik Untuk Kulit Glowing Sebelum Raya
Tak pakai serum dan toner pun boleh dapat kulit yang glowing juga. Cukap dengan 3 langkah yang minima setiap hari dilakukan secara rutin tak mustahil seawal 3 minggu dah boleh lihat perubahan ketara pada kulit wajah kita. Ikut step di bawah dan korang sedia untuk mengalami perubahan.
skincare rutin yang betul |
1. Double cleanser
Wajib buat double cleansing terutamaya kalau korang ada kulit berminyak, suka makeup dan kerap berada diluar. Double cleanser akan menghilangkan kulit mati dan mencuci pori-pori kulit. Mula-mula apply oil cleanser pada wajah dan kemudian cuci muka seperti biasa dengan Aloe AC Clean buble Cleanser. Bilas hingga bersih dan keringkan wajah untuk ke step ke dua.
2. Moisturizer
Jangan skip moisturizer. Moisturizer yang bagus sangat penting untuk menjaga kelembapan kulit kita dan juga untuk menjaga skin barrier kulit kita supaya tak rosak akibat dari sel kulit mati atau pun minyak yang berlebihan di kulit kita. Pilih hydrating moisturizers yang mengandungi Niacinamide. Saya cadangkan Aqua Whitening cream dari Hansaegee Nature. Moisturizer terbaik ini juga boleh mencerahkan kulit dan kalau korang amalkan 2x setiap hari korang boleh dapat glass skin macam artis-artis korea yang korang suka tengok tu.
Pakai moisturizer sebagai makeup base |
Apply Moisturizer setelah wajah kering selepas dicuci. Sapu moisturizer yang cukup untuk kulit wajah. Ratakan diseluruh wajah dan leher. Biarkan moisturizer menyerap ke dalam kulit dan barulah pakai sunscreen.
3. Sunscreen
Orang korea paling menitik beratkan tentang pemakaian sunscreen. Kemana-mana diaorang pergi wajib pakai sunscreen. Sebab tu kulit diaorang memang cantik , susah nak berjeragat. Saya cadangkan korang guna Aloe Vera Sunscreen dari Hansagee Nature sebab ada kandungan Aloe Vera yang boleh mengekalkan kelembapan pada kulit dan mengurangkan tanda-tanda penuaan.
Pakai sunscreen 2 ruas jari untuk makeup lebih tahan lama |
Fungsi utama sunscreen adalah melindungi kulit dari sinar UV. Jadi penting untuk meratakan sunscreen yang cukup di wajah. Picit sunscreen di 2 ruas jari. Jumlah tersebut adalah jumlah yang tepat untuk penggunaan suscreen bagi setiap orang.
Skincare Yang wajib Ada Untuk Kulit Glowing Sebelum Raya
skincare untuk kulit berminyak |
Moisturizer Water Based Aqua Whitening Cream
Tekstur cream yang ringan dan tidak berminyak |
Water drop yang terhasil apabila cream di sapu pada kulit |
Apabila cream di sapu pada kulit akan terhasl water drop yang berfungsi untuk mengekalkan kelembapan pada kulit sepanjang hari.
Cara guna moisturizer yang betul.
Aloe Vera Sunscreen
Tekstur sunscreen yang ringan , tak berminyak dan mesra wuduk |
Cara guna sunscreen yang betul
Mengamalkan rutin skincare sangat mudah, Bukan? Dengan 2 produk dari Hansaegee Nature ini kita dah boleh melangkah dengan yakin di hari raya nanti. Kulit yang sihat memberi keyakinan diri yang tinggi.