(by shahadafauzi)
Assalamualaikum. Hai!
Lama tak membebel pasal kecantikan kat blog. Bukan takde idea nak update. Bersusun draft tu ha. Cuma itulah, tulis sekerat pastu tinggal, malas nak sambung dah. Pembawakan anak yang dikandung masa tu gamaknya. Hehe. Oh ya. Aku dah selamat melahirkan seketul lagi hero pada 13 Februari yang lalu. Alhamdulillah bertambah askor kecik kami laki bini. Hihi.
Eh. Nanti la aku cerita pasal journey pregnancy kelima aku tu kat entri lain. Kali ni nak sembang pasal kecantikan. Bab kecintaan hati orang perempuan. Maklum le yang obses nak cantik ni takde lain, perempuan tulen dan perempuan tiruan je. Memandai je aku kan? Hahahaha.
Kalau korang nak tahu, masa pregnant hari tu aku pemalas yang amat nak jaga kulit muka. Dah la memang spesis asal boleh je bab tu. Bagi aku, bila dah cuci muka kira orait dah la. Bab menda alah lain tak tempek kat muka takpe dah. Asalkan muka dah bersih dicuci. Gituhhh.
Konon acah perempuan terpaling obses nak cantik tapi pemalas ya ampunnnn. Hihi. Mujur la takde anasir jahat macam jerawat tu naik. Bila dah bersalin ni aku dah kembali normal la rajin nak mencuci muka macam kebiasaan. Tempoh hari sebab pembawakan budak agaknya.
Bila dah mai mood rajin ni, dia pakej sekali dengan rasa nak beralih arah tukar skincare. Sebelum ni aku guna produk tempatan yang hijau tu. Kali ni hijau jugak, tapi produk Korea pulak. Saja nak try kot nanti tetibe transform cun melecun macam awek Korea. Berangan betul! Hahaha.
Aku kan sebenarnya memang in love dengan produk dari Korea. Dah pernah cuba satu skincare dari Korea. Memang best sangat! Kira kulit aku serasi juga la dengan skincare dari sana. Itu yang kali ni nak manjakan kulit wajah awet muda aku ni dengan produk Korea lagi. Tapi jenama lain pulak dari yang pernah aku pakai dulu.
Besaq gila botol dia. Berbaloi dengan harga.
Haaaa..ini lah produk yang aku tengah pakai sekarang. Ada nak dekat dua bulan lebih camtu rasanya aku duk memanjakan muka aku dengan buih-buih ‘cinta’ produk ni. Halussss je buih dia. Syok weh! Aku memang suka pakai pencuci muka yang berbuih halus ni. Rasa puas tau cuci muka. Memang kena dengan ‘selera’ aku la pencuci muka Aloe Vera Hansaegee Nature ni. Suka!
Yang paling best tu sebab langsung tak mengeringkan kulit muka. Serius weh aku tak tipu. Kan ada yang cakap pencuci muka berbuih tak elok pakai sebab boleh buat kulit jadi kering kontang. Masalahnya, pencuci muka Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni langsung tak buat kulit muka aku kering. Lagi lembap dan bersih ada la oii. Puas hati betul!
Korang kalau ada masalah kulit berjerawat, kulit kering atau kulit berminyak tu, aku recommend untuk cuba pakai pencuci muka aloe vera Hansaegee Nature ni. Inilah pencuci muka yang sangat sesuai untuk korang. Sebab ingredients yang terkandung dalam pencuci muka ni sangat terbaik untuk recover masalah kulit berjerawat, kering dan berminyak tau.
Bahan utama yang terkandung dalam Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Ini adalah 2 bahan utama yang terkandung dalam Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Kalau korang nak tahu, 2 kandungan utama dalam pencuci muka terbaik ni ialah Aloe Vera & Tea Tree Oil. Haaa.. 2 bahan ni memang diketahui umum sangat bagus untuk kulit. Bau dia pun best tau. Bau alam a.k.a bau dedaunan camtu. Rasa segarrr je lepas cuci muka.
Aloe vera sangat membantu melembapkan kulit muka dan dapat mengecilkan liang pori tau. Ini kerana aloe vera sangat tinggi dengan kandungan air. Kalau korang nak tahu, aloe vera juga boleh bertindak sebagai agen anti-radang dan membantu menenangkan kulit muka korang yang sedang merengsa seperti gatal-gatal, panas dan pedih. Contohnya bila korang lama terdedah dengan cahaya matahari. Best, kan?
Tree tea oil pula dapat membantu mengatasi masalah jerawat. Kandungan terpinen-4-ol yang bersifat antibakteria dan antiradang di dalam tree tea oil ni la yang buat jerawat ‘takut’ nak naik lagi kat muka.
Kulit aku ni kulit sensitif tau. Memang tak boleh pakai sebarangan skincare. Tapi dengan cleanser ni kulit aku serasi betul. Sepanjang aku pakai cleanser Aloe Vera Hansaegee Nature ni, kulit aku rasa lembap je. Jerawat memang tak naik langsung la. Suka sangat!
Tekstur Pencuci Muka Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Halus je kan buih dia? Masa nak pakai cleanser aloe vera ni as usual kena basahkan muka dan tapak tangan dulu. Nanti lagi best tonyoh muka.
Sebenarnya semua jenis kulit pun sesuai pakai pencuci muka ni. Pencuci muka aloe vera Hansaegee Nature adalah pencuci muka yang bagus terutamanya untuk mereka yang ada masalah kulit berminyak.
Selain tu, aku rasa korang yang suka pakai mekap pun patut cuba pencuci muka aloe vera Hansaegee. Pencuci muka ni akan cuci bersih sisa-sisa mekap yang korang pakai. Sampai ke dalam liang pori dia cuci tau. Jadi takde la kulit jadi berminyak dan jerawat naik kat muka korang sebab tersumbat dengan bahan mekap. Terbaik kan?
Dia punya tekstur yang soft watery bubble tu betul-betul buat aku terpikat. Bubble dia yang smooth dan moisturising tu memang cuci bersih kulit so deep sampai kat pori tau. Langsung tak buatkan kulit muka rasa tegang dan kering bila cuci. Itu yang best.
Pengalaman Sendiri Menggunakan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Ini pengalaman aku sendiri bila aku dah guna pencuci Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser. Sekarang pun masih pakai. Tahan lama weh sebotol besar ni. Ada lagi isi dia walaupun dah dekat 2 bulan aku guna. Taktau la sebab aku guna jimat atau sebab dia dah dalam bentuk buih tak payah picit banyak. Yang aku pasti memang tahan lama.
Gambar kat atas tu gambar terbaru aku masa hari raya. Balik Penang kakak ajak photoshot gambar sekeluarga kat studio. Jadi aku yang tak pernah mekap ni, minta kakak mekapkan bagi berseri sikit la muka sendu aku tu. Hahaha.
Balik dari bergambar, nak cuci mekap tu aku cuma guna cleanser Aloe Vera Hansaegee Nature je tau. Sebab mekap aku tak tebal pun. Just light make-up. Sumpah bersih gila lepas cuci muka guna cleanser tu. Totally clean! Amazing. Takde sisa mekap langsung. Sumpah best! Kulit aku tak kering pun. Lembap je.
Rutin Penjagaan Muka Dengan Pencuci Muka Aloe Vera Terbaik
Kalau korang nak tahu, aku ni sejenis perempuan yang sangat simple dalam penjagaan kulit muka. Aku tak berapa suka sangat step yang renyah dan mengambil masa lama. Aku kan super busy housewife yang bekerja sambilan sebagai designer dan penulis dari rumah. Tak sempat tau nak buat macam-macam rutin yang aku pernah baca sampai 10 step paling sikit. Eeee…tak kuasa tau!
Jadi ini adalah cara yang aku jaga muka aku yang awet muda ni. Hihi.. Perasan sikit. Cuma ada 3 je basic skincare routine aku duk buat tau. Cuci muka pakai pencuci muka aloe vera Hansaegee Nature – pakai krim pelembap muka – sunscreen. Simple je kan?
Meh aku kongsi dengan korang cara cuci muka yang betul guna pencuci muka aloe vera Hansaegee Nature :
- Basahkan dulu muka. Lepas tu pump sekali bubble cleanser aloe vera tu. Tempek kat 5 bahagian macam dalam gambar kat atas. Cukup tau 1 pump je.
- Tonyoh muka macam biasa sambil urut-urut muka. Kalau rasa dah tak berbuih dan macam berminyak sikit masa duk tonyoh muka tu, it’s ok. Memang texture dia macam tu. Basahkan je tangan dan gosok muka macam biasa. Nanti dia berbuih semula.
- Bilas dengan air sampai bersih.
Mudah je kan? Ini sebab aku bukan jenis make-up tau. Simple je la langkah cuci muka aku. Kalau korang jenis yang suka heavy @ light make-up, boleh juga pakai cleanser ni. Tapi kena buat double cleansing la dulu ya kalau mekap tebal. Guna make-up remover – oil cleanser – lepas tu baru guna the best cleanser Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser. Okay!
Jom Cuba Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Cakap banyak pun tak guna. Jadi aku nak hasut korang pun cuba jugak pakai pencuci muka terbaik Hansaegee Nature ni. Sumpah best weh produk ni. Aku dah jatuh cinta okay. I’m in loveeee. ❤️
Aku berani recommend sebab aku jenis takkan pakai sebarangan produk penjagaan kulit wajah. Sebab kulit aku ni manja, mengada-ngada dan cerewet macam aku. Hahaha. Bila aku pakai okay, means produk tu memang elok. So, Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni berjaya lepas piawaian aku. Aiseh.
Oh. By the way, terlupa nak mention awal-awal. Sebab utama yang aku berminat nak cuba cleanser ni ialah ia bebas paraben, bebas alcohol dan juga tiada kandungan sulfat. Memang pencuci muka paling menepati piawaian kulit sensitif aku ni. Selain tu, bagi aku sendiri cleanser aloe vera ni pencuci muka water based yang terbaik aku pernah pakai. Sangat recomended untuk korang cuba juga.
Kalau masih tak puas hati dengan review aku, korang boleh je skodeng kat laman sosial dan website dorang untuk maklumat lebih lanjut. Lepas tu boleh la decide nak pakai ke tidak. Tapi percayalah, review aku jujur dan tak pernah menipu. Rugilah biar aku sensorang dapat kulit cantik macam awek Korea. Hihi.