Hye semua pembaca blog ceritahuda.com. Hari ni huda nak kongsi sikit tentang masalah kulit huda yang berminyak dan bila kulit berminyak ni, masalah pori tersumbat kemudian muncullah jerawat. Fuh, memang stress tengok muka berminyak, lepas tu berjerawat pula. Korang ada masalah sama ke?
Punca Kulit Muka Berminyak dan Berjerawat.
Tahu tak, ada macam-macam faktor yang menyumbang kepada peningkatan penghasilan sebum pada kulit muka. Huda senaraikan yang berkaitan dengan huda .
HORMON
Paras hormon sewaktu haid juga boleh menyebabkan peningkatan sebum, sebab itulah ramai wanita yang mengalami masalah jerawat apabila datang haid. Ketika ini, paras hormon estrogen & progesteron menurun mendadak, menyebabkan meningkatnya penghasilan sebum.
SOLEKAN
Pemilihan bahan solekan adalah antara perkara yang penting dalam mengelakkan peningkatan sebum. Anda disarankan untuk menggunakan bahan solekan yang berkualiti tinggi dan bebas minyak atau cari bahan solekan yang mempunyai label “non-comedogenic”. Label non-comedogenic bermaksud bahan solekan tersebut tidak menyebabkan pori tersumbat. Penggunaan bahan solekan yang tidak sesuai boleh merosakkan kulit, menjadikan kulit kering atau lebih berminyak.
DIET PEMAKANAN YANG TIDAK SIHAT
Pemilihan makanan yang tidak sihat juga merupakan punca meningkatnya penghasilan minyak pada kulit. Kurangkan pengambilan adalah gula, karbohidrat, produk tenusu, makanan segera, coklat serta makanan yang berminyak untuk menjaga kesihatan kulit anda.
STRESS
Apabila anda stres, tubuh badan anda akan menghasilkan hormon cortisol yang boleh menyebabkan kelenjar minyak menghasilkan lebih banyak sebum. Inilah yang menyebabkan kulit anda berminyak dan lebih cenderung untuk tumbuh jerawat. Oleh itu, mengawal emosi dan mengurus tekanan dengan baik adalah salah satu cara mengelakkan masalah kulit.
Gabungan Aloe Vera & Tea Tree Oil Dalam Aloe AC Bubble Cleanser Bantu Atasi Masalah Kulit Berminyak dan Berjerawat
Tips Atasi Masalah Kulit Berminyak dan Berjerawat
Tips utama nak atasi masalah kulit berminyak dan berjerawat adalah dengan mencuci muka dengan pencuci muka yang Tea Tree Oil.
Huda pilih pencuci muka ni dari Hansaegee Nature.
Antara bahan-bahan utama yang terdapat dalam Aloe AC Clean Bubble Cleanser:
Baguskan formulasi bahan-bahan yang ada dalam Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. Huda nak highlight dua bahan utama iaitu Aloe Barbadensis Leaf Juice (Aloe Vera) dan Melaleuca Alternifolia (Tea Tree Leaf Oil).
2 bahan ni sangat bagus dan bermanfaat untuk kulit di mana Aloe Barbadensis Leaf Juice (Aloe Vera) bertindak sebagai anti-inflammation, melegakan sunburn, boleh melembapkan kulit, merawat jerawat, mengurangkan spot mark dan menjadikan kulit bersih.
Melaleuca Alternifolia (Tea Tree Leaf Oil) membantu menjadikan kulit lebih lembut, bertindak sebagai anti-fungus, boleh jugak merawat jerawat, menjadikan kulit licin serta mengurangkan jangkitan pada kulit.
Buih warna putih and watery dan sangat soft bila sapu kat muka. Bau pencuci muka ni pun best, bau fresh tumbuh-tumbuhan yang sangat soothing. In love sangat dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Antara kelebihan yang anda boleh nikmati Aloe AC Clean Bubble Cleanser:
- Melawan masalah jerawat
- Membersihkan pori secara mendalam
- Mengawal minyak dan sebum pada kulit
- Melegakan kulit
- Melembabkan kulit
- Bertindak sebagai exfoliator dengan membuang sel kulit mati
- Membuang bekas solekan pada kulit dengan amalkan
Cara-Cara Mencuci Muka Bagi Kulit Berminyak Yang Betul
Mencuci muka 2 kali sehari. Pada waktu pagi selepas bangun tidur dan pada waktu malam sebelum tidur
Ratakan bubble keseluruh wajah dan cuci dengan air suam
Lap muka anda dengan lembut seperti menekap kain tuala untuk mengeringkan muka. JANGAN menggosok muka dengan tuala kerana kekasarannya pada kulit boleh menyebabkan iritasi dan mendorong kelenjar sebaceous untuk menghasilkan lebih banyak sebum.
Bagi huda, lepas amalkan cleanser dalam 2 minggu ni memang best dan sangat berpuas hati. Takde jerawat dan masalah kulit berminyak pun dah dapat di atasi . Harga sangat affordable, RM53.00 jer.