(By Dinohouz)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap semuanya sihat sejahtera dan dipermudahkan segala urusan harian.
Terasa bahang cuaca panas sekarang ni lain macam kan?
Cuaca panas lit lit sekarang ini memang membuatkan den mandi air sejuk (tidak perlu on water heater) + guna penghawa dingin (aircond) secara berterusan dalam tempoh yang panjang + asyik togok air sejuk bersungguh-sungguh.
Dalam pada cuaca panas sakan ni, sempat juga ye den pergi snorkeling di dua (2) tempat iaitu pulau-pulau Semporna dan Pulau Tioman, memang lagi sakan kulit muka sun burn.Â
Cuaca panas sebegini + penggunaan penghawa dingin berterusan + bekerja di persekitaran terbuka di bawah terik mentari sememangnya adalah keadaan yang tidak kondusif untuk kesihatan kulit muka den.
Situasi sebegini sebenarnya menyebabkan kulit muka den menjadi lebih cepat kering, kurang kelembapan dan kusam tidak bermaya.
Bagi membantu mengekalkan kelembapan kulit dan kulit lebih sihat berseri, den mengamalkan basic skincare routine atau rutin asas penjagaan kulit muka dengan menggunakan hanya dua (2) produk skincare iaitu Cleanser dan Krim Pelembap Muka.
Tips Penjagaan Muka
Kalau diikutkan tips atau cara penjagaan muka kawan den yang memang begitu invested di dalam rutin penjagaan kulit muka, ada enam (6) langkah yang dia akan pastikan dia buat setiap hari:
- Cleanser
- Toner
- Essence
- Serum
- Moisturizer
- Sunblock
Den memang kena pilih skincare terbaik untuk kulit muka den sebab den selalu terlibat dengan aktiviti luar yang mana kebiasaannya akan membuatkan kulit muka berminyak dan terlekat dengan debu dan kotoran.
Pergi pula kursus di tempat yang jadualnya penuh sangat tetapi sempat la juga den merayap sana sini sampai ke malam.
Sudah la kerja di tapak + tidak berminat hendak berlama-lamaan membelek kulit muka, makanya mahu tidak mahu kena pilih skincare terbaik supaya kulit tetap kekal lembap dan hidrated.
Kombinasi Aloe Bubble Cleanser dan Aqua Whitening Cream adalah my on the go skincare.
Apa skincare terbaik yang sesuai dengan kulit muka korang dengan harga yang tidak merabakkan dompet?
Skincare Untuk Kulit Berminyak
Kulit muka den ni memang pelik sikit.
Kadang-kadang ia berminyak terutamanya bahagian T-Zone.
Dari jauh boleh nampak bersinar-sinar dahi den sebab berminyak hehehehehe.
Kadang-kadang kulit muka den kering sampai menggelupas.
Macam bersalin kulit pun ia kadang-kadang tuh.
Sekali sekala kulit den terjadi kombinasi berminyak dan kering.
Ini memang win ye sebab bahagian T-Zone berminyak sakan tetapi bahagian pipi kulitnya menggelupas huhuhuhu.
Jadinya kombinasi Aloe Bubble Cleanser dan Aqua Whitening Cream adalah skincare untuk kulit berminyak yang menjadi pilihan den di dalam Basic Skincare Routine den.
Sesuai untuk den yang sakan beraktiviti luar.
Tips Penjagaan Muka – Cara Pakai Skincare
Apabila umur makin meningkat, persekitaran kerja yang terdedah kepada habuk dan pencemaran, mahu tidak mahu memang den perlu mengamalkan rutin skincare walaupun yang paling ringkas bagi mengekalkan kelembapan kulit muka di samping mengurangkan kedutan pada wajah.
Cara pakai skincare den dibahagikan kepada dua iaitu rutin skincare siang dan rutin skincare malam.
Memang kena ada dua rutin ni sebab jadual life den yang macam-macam hehehehehe.
Siang biasanya penuh dengan sesi berjimbaan di sana sini walaupun berkursus sampai terlupa lutut den terpleot hehehehe.
Ini rutin skincare siang den setiap hari:
- Mencuci muka menggunakan cleanser yang sesuai dengan kulit muka.
Den menggunakan cleanser / pencuci muka terbaik untuk kulit berminyak.
- Seterusnya den akan pakai toner.
Penting ye toner ni sebab ia membantu menanggalkan lebihan kotoran, minyak dan make up pada wajah dan memberi kesan segar/fresh pada wajah.
- Den akan sapukan serum yang tidak melekit tetapi memberi kesan gebu gebas kepada kulit den.
Serum membantu kulit kekal hidrasi/hydrating dan lembap/moisturizing di samping   mengecilkan/meminimakan liang pori/pore minimizing.
Ini penting bagi mereka yang mempunyai pori besar/terbuka macam den ni.
- Moisturizer adalah satu langkah penting dalam rutin skincare supaya keseimbangan pH dan kelembapan kulit dapat dikekalkan.
Den akan pilih pelembap berasaskan air/moisturizer water based dan moisturizer terbaik untuk kulit berminyak kerana ianya tidak melekit, tidak berminyak, tekstur krimnya ringan dan tidak terasa berat pada kulit muka.
Yang paling best kalau moisturizer ada fungsi brightening sebab ia merupakan salah satu tips muka glowing / berseri.
- Rutin skincare hari akan diakhiri dengan pemakaian sunscreen bagi melindungi kulit muka daripada sinaran matahari dan UV.
Penting sangat sunscreen untuk orang macam den yang sentiasa terdedah dengan pancaran cahaya matahari secara terus.
Rutin skincare malam den lebih ringkas sebab hanya ada empat (4) langkah sahaja.
- Mencuci muka menggunakan cleanser/ pencuci muka untuk kulit berminyak.
- Den akan sapukan serumyang ada fungsi brightening.
Ini merupakan salah satu tips muka glowing / berseri.
- Seterusnya den akan pakaiface mask untuk kulit muka yang lebih cerah /brightening dan ini juga satu lagi tips muka glowing / berseri.
- Sebelum tidur den akan memakai krimmoisturizer/pelembap muka untuk kulit muka yang lebihawesome.
Krim malam terbaik adalah krim yang tidak menyebabkan liang sebum tersumbat.
Skincare Tips: Macam Mana Hendak Pilih Pencuci Muka/Cleanser Yang Sesuai Dengan Kulit Muka – ALOE AC Clean Bubble Cleanser, Pencuci Muka Aloe Vera
Den telah cuba macam-macam pencuci muka sepanjang hidup den seperti pencuci muka untuk kulit berminyak, kulit kering, kombinasi kulit berminyak + kering.
Den ada juga mencuba pencuci muka yang kurang buih, lebih buih, yang dalam bentuk gel, cecair dan sebagainya.
Pencuci muka/cleanser terbaik yang paling sesuai dengan kulit muka den adalah pencuci muka yang membersihkan ke dalam liang kulit dan berasaskan air (deep clean pores and water based cleanser).
Den suka pencuci muka ALOE AC Clean Bubble Cleanser daripada Hansaegee Nature kerana ia cleanser terbaik yang memberikan semua manfaat di atas.
Apabila den membersihkan muka dengan ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni, perkara yang paling best adalah pencuci muka aloe vera ini jenis water based cleanser mempunyai tekstur buih yang lembut, ringan dan basah.
Pembersih muka daripada Hansaegee Nature dirumus khas menggunakan ekstrak tumbuhan semulajadi terutamanya Aloe vera dan Tea Tree Oil yang bukan sahaja menghilangkan kotoran dan minyak pada muka tetapi dalam masa yang sama melindungi kulit dan seterusnya membuatkan kulit muka lebih segar, lembut dan lembap.
Jadinya ia merupakan pencuci muka yang bagus untuk kulit berminyak, kulit kering dan kulit sensitif.
Pendek kata, ianya merupakan pencuci muka yang sesuai untuk semua jenis kulit muka!
Kelebihan ALOE AC Clean Bubble CleanserÂ
Pembersih muka yang buihnya sangat lembut pada muka membantu:
- mengurangkan masalah jerawat dan acne;
- membersihkan liang pori;
- melembutkan kulit;
- membuang lebihan sebum dan minyak pada kulit; dan
- melembapkan kulit dan tidak mengeringkan kulit.
ALOEAC Clean Bubble Cleanser ni istimewa sebab bila kita pam dari botol, ianya keluar sebagai buih lembut.
Memang rasa sejuk, lembut dan lembap dekat muka bila kita bersihkan muka guna pembersih muka ni.
Kebiasaannya pembersih muka jenis buih mencuci muka dengan baik tetapi kulit akan menjadi kering tetapi ALOE AC Clean Bubble Cleanser berbeza kerana walaupun buihnya membersihkan kulit muka sehingga liang pori dengan deep cleansing, kulit muka akan menjadi lembut dan lembap selepas menggunakannya.
Ia adalah pembersih muka yang lembut, lembap dan berair.
Den sentiasa memastikan den membersihkan muka dengan pencuci muka/cleanser dua (2) kali sehari iaitu di waktu pagi selepas bangun tidur dan waktu malam sebelum tidur.
Elakkan mencuci kulit muka secara berlebihan akan menyebabkan kulit akan rosak dan kulit menjadi semakin berminyak.
Cara Pakai Skincare – ALOE AC Clean Bubble Cleanser, Pencuci Muka Aloe Vera
Jom den kongsikan cara yang mudah, ringkas dan cepat bagi membersihkan muka menggunakan ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni.
- Basuh muka dan tangan dengan air bersih.
- Pam pembersih muka ke tapak tangan. Pam sekali atau 2 kali. Dekat sini pun dah boleh rasa tekstur buih yang lembut, ringan, lembap dan berair.
- Calit buih pembersih muka ke seluruh muka.
- Sapu rata dan urut pembersih muka di setiap bahagian. Boleh rasa buihnya menyejukkan dan melembapkan kulit muka.
5. Cuci bersih muka.
Siap muka yang telah dibersihkan. Kulit muka pasti rasa lebih segar, lembap dan lembut dengan ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni.
ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni sesuai untuk kulit muka kering dan juga berminyak termasuk untuk kulit macam den iaitu kulit kombinasi berminyak dan kering. Ada bahagian kulit den yang kering tetapi kawasan T-Zone memang kebiasaannya berminyak.
Dengan penggunaan ALOE AC Clean Bubble Cleanser 2 kali sehari, ianya membantu memberikan kulit muka yang lebih sihat, segar, lembap dan lembut.
Best tau kalau rasa kulit muka awesome sebab ia sebenarnya membantu kita fokus pada kerja kita tanpa rasa tidak selesa kulit berminyak atau kering.
Untuk kesan kulit muka yang lembap, lembut, sihat, glowing dan brightening, boleh guna ALOE AC Clean Bubble Cleanser, Pencuci Muka Aloe Vera dan Hansaegee Aqua Whitening Cream
Hansaegee Aqua Whitening Cream
Perkara paling best bila den guna Hansaegee Aqua Whitening Cream ni adalah ianya tidak melekit, tidak berminyak (sebab ianya adalah water based) dan tekstur krimnya ringan.
Udah namanya Aqua Whitening Cream haruslah ianya jenis water based (berasas air ye). Yang unik tentang krim ni adalah ianya mempunyai water drop effect.
Kelebihan Aqua Whitening Cream
- Moisturizer/pelembap mukawater based.
- Ia membantu memperbaiki sun burndan redness damaged skin.
- Ia membantu mengawal minyak berlebihan dan sebum pada kulit (mengawal kulit berminyak).
- Super deep moisture skin with the Water Drop.
Selepas sapuan dan beberapa kali urutan pada kulit muka, tidak sampai beberapa saat boleh nampak pembentukan water drops pada kulit dan pelembap mudah meresap dalam kulit.
- Segar dan tidak melekit. Sesuai untuk cuaca panas.
- Oleh kerana ianya mengandungi ekstrak herba, ia melembutkan kulit dan membantu kelembapan memasuki kulit serta mengekalkan kelembapan bagi kulit yang lebih berseri.
Krim ini tidak menyumbatkan liang kulit, tidak menyumbang kepada jerawat, membantu memperbaiki kekeringan dan kulit yang rosak akibat sun burn, mengekalkan kelembapan kulit, memberikan tona kulit yang cerah (brightening), bersih dan berseri (glowing) serta mengawal kulit berminyak.
Ia juga memberikan whitening dan moisturizing effect, meminimakan bukaan liang yang seterusnya membantu mengawal kulit berminyak.
Sememangnya moisturizer terbaik untuk kulit berminyak.
Cara Pakai Skincare – Hansaegee Aqua Whitening Cream
Senang je nak guna Hansaegee Aqua Whitening Cream ni.
- Calit krim ke muka.
- Sapu rata dan urut krim ke seluruh muka.
- Sapu dan urut sehingga ada water drop effectye. Tak sampai 15 saat pun.
4. Water drop akan meresap segera ke dalam kulit muka.
Senang kan nak dapatkan kulit muka yang sihat, lembap dan berseri dengan Hansaegee Aqua Whitening Cream ni.
Untuk orang yang ada macam-macam kerja yang perlu dimultitasking, Aqua Whitening Cream adalah krim pelembap memang sesuai untuk den sebab bukan sahaja ianya mengambil masa yang sangat cepat untuk dipakai di mana tidak sampai beberapa saat water drop effect akan kelihatan selepas wajah disapu dan diurut yang membolehkan krim pelembap cepat meresap ke dalam kulit, den suka krim pelembap ni sebab tidak melekit dan terasa macam tidak pakai krim sebab teksturnya yang ringan.
Faktor ni paling penting sebab den memang tidak suka muka terasa macam pakai krim gitu.
Aqua Whitening Cream yang boleh juga digunakan sebagai krim malam terbaik membantu melembapkan kulit den yang dalam kategori kombinasi minyak dan kering, ada bahagian yang kering tetapi kawasan T-zone memang biasanya berminyak.
Jadinya krim pelembap ni membolehkan keseluruhan wajah den kekal lembap dan bila den tak pakai make up pun, kulit muka den tetap nampak okay.
Kalau korang termasuk di dalam golongan yang masih tercari-cari pencuci muka yang boleh membantu mengatasi masalah kulit muka kering atau berminyak, kusam dan tidak segar, korang boleh mencuba pencuci muka ALOE AC Clean Bubble Cleanser dan Hansaegee Aqua Whitening Cream ni bagi mendapatkan kulit muka yang sihat, segar, lembap dan lembut.