(By sisgee)
Assalamualaikum & Hai Korang 💚 Korang sihat? Sis Gee dah lama tak blogwalking, rindu kat kawan-kawan Blogger. Nanti korang tinggalkan jejak kat ruangan komen, Sis Gee akan buat kunjungan balas k. Lately agak busy di office, balik rumah pun dah penat, uruskan Geng4A, uruskan kerja rumah and bla bla bla, sehinggakan memang takde masa nak buka blog. Tapi kali ni nekad juga nak update blog sebab nak share dengan korang produk best yang Sis Gee dah cuba!
Korang perasan tak, kalau kita busy, tak sempat nak buat skincare rutin yang betul, kulit kita akan jadi berminyak atau kering. Macam Sis sendiri, selalu juga rasa kulit berminyak especially time nak datang bulan. Bila kulit berminyak, mudahlah Miss J datang bertandang. Ishhh!
Baru-baru ni, Gee sendiri ada cuba satu produk ni tau! Gee tahu, ramai dah pernah mencuba produk ni sebab rupa-rupanya produk ni dah lama tau ada di pasaran Malaysia! Standard lah kan, sebelum cuba, mestilah nak cari review dan amazingly, ramai orang dah review produk ni sangat bagus untuk kulit kita. Jomlah Gee kongsi lagi dengan korang, kot korang pun nak cuba juga!
Ciri-Ciri Moisturizer Terbaik
Moisturizer yang bagus adalah moisturizer yang ringan pada kulit. Ia akan menjadi krim siang dan malam terbaik untuk kulit kita. Asasnya, memang kita mesti ada ph kulit yang seimbang, supaya make up lebih tahan lama, dan kulit terjaga sepanjang hari. Skincare utama untuk kulit berminyak adalah mempunyai krim muka yang bagus. Sebab itulah pemilihan krim muka ini sangat penting!
Jom Kenali Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Ya Gee tahu, kat pasaran ada banyak produk pelembab kulit. Namun, Hansaegee Nature punya rangkaian produk agak lama sudah bertapak di Malaysia, iaitu sejak dari tahun 2011 lagi. Ia merupakan produk dari Korea yang sememangnya selamat digunakan. Apa yang Gee paling suka tentang Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream adalah ia merupakan moisturizer water based di mana ia sangat tidak melekit pada kulit, tidak berbau, dan rasa kulit sangat ringan lepas apply kat muka.
Tekstur krim berwarna putih, mudah menyerap dan lembut pada kulit |
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Ia dapat melembabkan kulit korang dan seimbangkan ph kulit yang terlalu kering atau terlalu berminyak. Aqua Whitening Cream ini adalah jenis water-drop akan menjadikan kulit korang kembali sihat dan cerah juga tau!
Terbentuk Titisan Air (Water Drop) Memberikan Kelembapan Kulit Wajah Dengan Cepat
Cara pemakaian Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature ini sangat mudah. Korang boleh sapu ke seluruh wajah dengan teknik urutan wajah yang betul dan secara perlahan-lahan. Korang akan nampak terhasil titisan-titisan air setelah proses penyapuan cream ke seluruh permukaan kulit. Seperti gambar kat bawah ini, cream akan mudah meresap kedalam kulit dan memberi kesan kelembapan yang sempurna pada kulit muka korang. Pencarian moisturizer untuk kulit berminyak berjaya ditemui!
Terbentuk titisan air setelah sapuan di buat. |
Ketahui Kebaikan Kandungan Bahan Utama Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Sebelum mencuba, sudah pasti kita mesti tahu apa ramuan utama produk kan? Antara ramuan utama adalah mengandungi Niacinamide yang berfungsi membantu melembabkan dan menstabilkan tona kulit wajah. Ini akan membantu kulit wajah semakin cerah dan berseri. Selain itu, terdapat juga ramuan Camellia Japonica Seed Oil yang boleh membantu merawat masalah kulit sunburn atau kulit merah disebabkan cuaca panas terik.
Mudah dan cepat meresap pada kulit! |
Bagaimana Hansaegee Nature Aqua Whitening Membantu Kulit Yang Berminyak
Apabila tekstur pelembab itu sendiri berasaskan air, serapan pada kulit wajah akan menjadi lebih mudah dan cepat. Kulit berminyak ini, kalau tidak dirawat dengan segera akan mengakibatkan masalah kulit berjerawat, pori tersumbat, merasa tidak selesa pada kulit dan juga menjadikan tona kulit tidak sekata. Setelah sapuan dibuat pada kulit, ia menjadikan kulit terasa lebih sihat. Bila kulit sihat, baru boleh make up dengan lebih cantik. Apa yang lebih penting pada Gee, kesihatan kulit paling utama. Make up menjadi lebih sekata setelah Gee menggunakan krim pelembab dari Hansaegee ni. Korang memang kena cuba juga!
Sebelum sapuan pada kulit muka..
Selepas sapuan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream. Kulit rasa sangat ringan dan glowing!! |
Pejam celik pejam celik, hari puasa bakal tiba. Dah buat persiapan puasa ke tu? Puasa pun perlu ada persiapan tau, penting sebab nanti kan kita tak makan tak minum, so boleh buat kulit kita dehidrasi jadi kulit muka akan jadi kering. Sebab itu kita sangat perlukan pelembap muka/ moisturizer yang cukup untuk kulit muka kita kekal sihat dan lembap.
Gee paling suka tekstur moisturizer ni sebab dia gel tapi bila kita sapu gel tu akan berubah jadi air. Unik kan? Feel dia macam kita basahkan muka dengan air. Best sangat! Moisturizer terbaik ni untuk mencerahkan kulit tau tapi at the same time beri kelembapan yang cukup pada kulit. Kalau pakai makeup lepas pakai skincare ni memang makeup cun habis.
Beli Secara Online Lagi Mudah dan Cepat!
Menjimatkan masa dan mudah didapati! Korang boleh terus terjah ke website Hansegee Nature untuk pembelian. Kalau nak baca review pun boleh terus ke social media mereka. Kat bawah Gee sertakan link untuk mudahkan korang! Go grab now okeh! Nanti share review dengan Sis Gee juga 💜