Assalamualaikum dan hai semua,
Kita semua dah sedia nak keluar rumah kan dan kena hidup dalam norma baharu. Walaupun kita gunakan pelitup muka, bahagian wajah kita yang lain tetap terdedah kepada persekitaran dan masa inilah pentingnya kita menggunakan krim yang sesuai dengan wajah.
Qiss pilih untuk menggunakan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream. Walaupun dah lama tak keluar rumah lepas tu keluar rumah tanpa memakai apa-apa krim akan menyebabkan kulit kita senang sunburn dek panahan matahari tau.
Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni adalah sejenis moisturizer water based dan bukan krim pemutih semata-mata. Nama produk ni juga menjelaskan fungsinya. Menurut laman web Hansaegee Nature, krim pelembap ni berfungsi untuk turut merawat sunburn dan redness pada kulit.
Selain itu, dinyatakan juga yang moisturizer ni cepat meresap ke dalam kulit, menyegarkan kulit dan tidak melekit, maka sesuai untuk cuaca Malaysia dan panas dan lembap sepanjang tahun. Moisturizer ini merupakan mositurizer untuk kulit berminyak dan juga dinyatakan sesuai untuk semua jenis kulit. Bagi anda yang nak keluar rumah tu memang digalakkan untuk memakai moisturizer/pelembap muka terbaik ini sebagai base makeup. Make up tahan lama juga dan kulit anda dilindungi daripada terik matahari
Moisturizer water based Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature
Fungsi dan bahan :
-
- Mengandungi Camellia Japonica Seed Oil – macam-macam benefit untuk kecantikan menggunakan Camellia Japonica Seed Oil ni.
- Mengandungi Niacinamide – fungsi anti penuaan & mengurangkan garis halus. Garisan halus penuaan yang terbentuk di bahagian mata akibat penuaan dan kulit kering kian pudar jikalau anda memakai krim ini secara berterusan.
Tekstur Moisturizer/pelembap muka terbaik Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature apabila disapukan pada kulit
-
- Non-comedogenic (tidak akan menyebabkan pori tersumbat). Bila pori-pori kita tidak tersumbat, krim moisturizer untuk kulit berminyak lebih senang meresap ke dalam kulit dan menghasilkan kulit yang lebih cantik. Bila pori-pori tersumbat kulit jadi kusam dan tidak bermaya.
- Cepat menyerap dan penyerapan jauh ke dalam lapisan kulit. Qiss suka pakai krim yang cepat menyerap ke dalam kulit sebab tak perlu tunggu lama untuk krim kering sebelum make up. Jadi akan lebih jimat masa semasa berhias dan berdandan.
Review Aqua Whitening Cream
Tekstur
Qiss suka tekstur skincare untuk kulit kusam ni sebab ringan dan bila pakai kat muka tak rasa melekit dan berminyak. Warna dia semi-transparent tau bukan warna putih solid tu. Senang nak menyerap ke dalam kulit. Bila sapu kat muka krim ni cepat menyerap ke dalam kulit.
Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature
Qiss guna krim ni selepas mandi dan disapukan krim ni selepas penggunaan toner. Kulit Qiss jadi lebih anjal dan tona kulit lebih sekata. Best juga sebab tak ada bau yang tidak menyenangkan dan tak ada iritasi pada kulit Qiss. Kira macam serasi juga lah.
Qiss juga tak pernah lupa nak bawa krim ni semasa bercuti sebab Qiss tak perlu bawa banyak produk lain sebab hanya dengan krim ni, Qiss boleh menjaga kulit lebih dari jangkaan Qiss sendiri. Walaupun hanya satu krim tapi ia masih boleh melembapkan kulit dan menjadikan kulit lebih cerah.
Cara penggunaan Aqua Whitening Cream
Cara pakai moisturizer yang betul adalah sapukan krim ini di wajah dan urutkan ke seluruh wajah anda. Kemudian secara perlahan tap kan jari anda pada keseluruhan wajah dan titisan air akan muncul segera. Air ini sangat senang diserap ke dalam kulit dan memberi kesan kelembapan pada kulit wajah.
Cara guna Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ialah sapukan krim pada wajah lepas tu tap tap kan jari pada keseluruhan wajah setelah beberapa ketika, titisan air akan muncul dan ratakan pada wajah. Kulit wajah akan lebih mudah meresap krim yang menjadi titisan air tadi.
Bergantung pada jenis kulit anda, titisan air akan muncul dan anda akan mengalami rasa basah pada kulit. Ada jenis kulit yang boleh nampak titisan air tu dan ada yang hanya dapat rasa kesan air yang basah tu. Lepas kesan air tu dah muncul bolehlah anda ratakan keseluruhan muka dan akan dapat kesan glowing pada kulit macam muka Qiss kat dalam gambar tu. Anda kena rajin gunakan krim ni untuk dapatkan tona kulit sekata sekiranya anda mengalami sunburn.
Kesan selepas penggunaan selama sebulan
Lepas sebulan masih berbaki lagi dalam botol krim ini. Masih tak habis walaupun Qiss pakai krim ni setiap hari, kiranya jimat jugalah kan. Kulit Qiss lebih lembap dan sihat dari dalam. Warna kulit lebih sekata. Make up juga tahan lebih lama.
Kulit wajah jadi lebih segar dan sihat serta lembap selepas penggunaan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature
Qiss rasa krim ni banyak membantu Qiss mengawal pengeluaran minyak di muka dan ini membuatkan kulit Qiss kelihatan lebih berseri-seri. Qiss dah kurang berpeluh jika berada di tempat yang panas sebab sebelum ni muka Qiss jenis cepat berpeluh walaupun terkena matahari sekejap. Orang panggil puteri lilin gitu. Tapi Qiss boleh je berjemur tengah panas cuma tak tahan kalau berpeluh.
Mujurlah ada Moisturizer untuk kulit berminyak Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ni. Anda jangan risau sebab krim ni sesuai untuk semua jenis kulit samada kulit anda kering, sensitif, berminyak ataupun berjerawat. Haa gitu..
Bagus kan guna krim ni. Jenis produk pula ialah memutihkan dan melembapkan kulit muka. Menjadikan muka lebih glowing dan sihat dari dalam. Anda boleh gunakan krim ni pada bahagian muka dan leher bagi mendapatkan warna tona kulit yang lebih sekata dan bagi hasil yang lebih bagus seeloknya digunakan sebanyak 2 kali sehari. Iaitu pada waktu siang dan juga malam.