Membantu Mengawal Jerawat
(By Airah Syahirah on 1st Nov 2018)
Cleanser ataupun pencuci muka memang penting dalam skincare routine. Cleanser berfungsi untuk menanggalkan kotoran, minyak dan benda-benda yang tidak diperlukan atas kulit. Selain itu membantu juga untuk menanggalkan sel kulit mati. Sebelum ni memang I pentingkan pencuci muka. Kalau malas buat skincare routine yang panjang berjela tu pun, paling kurang I cuci muka guna pencuci muka sahaja.
Dari tidur dengan muka kotor dengan bakteria, pencemaran udara tuuu eiii I tak sanggup. Dulu I tak pentingkan pun jenis pencuci muka yang I guna. Guna je apa yang I nak sebab bagi I pencuci muka tu untuk hilangkan kotoran je kan? Tapi sebenarnya tak. Pencuci muka pun memberi kesan pada kulit. Bila I baca lebih mendalam mengenai rutin kecantikan kulit ni banyak benda lagi I tak tahu….
Contohnya pencuci muka jenis gel sebenarnya sesuai untuk kulit jenis apa. Kalau pencuci muka foam lebih sesuai untuk kulit berminyak. Gitu. I pun tak pernah tahu yang ada jenis kulit tak sesuai pakai sesetengah jenis pencuci muka. Jadi pilihan I, kalau nak beli pencuci muka, pilih yang sesuai dengan semua jenis kulit sebab Aiman suka kongsi pencuci muka I. Kalau korang tak tahu lagi, lelaki pun boleh pakai produk penjagaan kulit muka perempuan okay. Bukan lelaki kena pilih produk lelaki sahaja -.-
Kalau korang ada baca entry I, Tips Liang Pori Lebih Bersih Dengan Hansaegee Nature, I tengah pakai pencuci muka Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser dalam rutin penjagaan kulit muka I. Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni Original Made in Korea. Korang pun tahu kualiti produk dari Korea ni tahap macam mana kan? Memang berkualiti dan terbukti berkesan. I pakai start dari bulan 8 haritu, sekarang dah nak habis bulan 10. Pencuci muka I pun nak habis.
Tahan dua bulan je?? TAK. Ikutkan mungkin boleh tahan 3-5 bulan bergantung kepada berapa kerap dan banyak mana korang pakai. Tapi disebabkan I pakai berdua dengan Aiman, cepat la habis. Itu pun dua tiga hari lepas Aiman baru tanya I nak beli dekat mana pencuci yang kita tengah pakai tu sebab dah nak habis. Ikutkan Aiman tak rajin pun nak kisah kalau pencuci muka habis sebab stok pencuci muka I banyak. Lepas habis yang ini boleh je pakai yang lain. Tapi dia sibuk nak beli yang ini jugak. Kalau korang nak tahu dekat mana boleh beli tunggu entry I sampai habis okay.
Bagi I harga dia memang berbaloi dengan kesan dan isi produk yang kita dapat. Tahan lama pun ya. Hansaegee Nature pun selalu buat promosi dan kombo yang semestinya lagi murah dan berpatutan.
Repurchase? Mesti la. I suka tahap pembersihan pencuci muka ni.
Kesan pencuci muka ni pada kulit I, kulit lebih bersih dan licin. Korang boleh tengok gambar muka I jerawat kemain banyak. Tapi lepas rajin cuci muka bagi bersih bebetul dan skincare pun I rajinkan diri, kulit muka dah banyak gila berubah. Sekarang mungkin tinggal parut sikit yang I kena treat. Kulit muka I pun rasa bersih dan licin dari sebelum ni.
Cara I pakai macam biasa je. Guna dua kali sehari pagi lepas bangun tidur dan malam sebelum nak tidur punya skincare rutin. I biasa guna satu pump je untuk satu muka sebab buih dia banyak dan bila campur air bertambah berbuih-buih. Sebab buih dia lembut, tak rasa kasar atau tegang pun pada kulit. Urut je buih pencuci muka ni dengan lembut pada kulit. Tak terlalu lama dan tak terlalu kejap. Lepastu boleh la bilas guna air biasa.
Aiman pun sama. Kulit muka dia lagi la jenis berminyak. I yang jenis kombinasi ni pun dah rimas kalau berminyak dekat sesetengah area, yang jenis berminyak apetah lagi. Aiman kalau dia suka mesti dia puji-puji termasuk la pencuci muka Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. Jerawat dia bukan makin kurang, tapi dah tahap tinggal parut jerawat je. Peningkatan yang bagus. Aiman bukan buat skincare rutin pun, dia cuci muka je.
Kadang-kadang je kalau I rajin sikit I buatkan skincare routine yang lengkap. Kalau tak memang dia cuci muka dengan Bubble Cleanser ni jela. Sebab tu siap tanya dekat mana nak beli.