(By Novaleeza on 23rd April 2021)
Salam. Rutin penjagaan kulit muka, ai memang cerewet sikit. Bukan semua krim pelembap muka dapat menepati piawaian ai tau. Yang pertama, mestilah tak melekit dan kedua tidak berminyak. Nova memang tak berapa gemar pelembap muka yang melekit atau berminyak, rasa tak selesa especially jika pakai waktu malam. Tidur mestilah nak tenang-tenang kan dan selesa. Jadi pemilihan pelembap muka yang terbaik adalah sangat penting bagi Nova. Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature produk Pelembap Water Based yang bagus dan menjadi pilihan hati Nova. Ai pakai siang dan malam, bila-bila masa. Selesa. Sebab apa?… sebab…..
3 Fungsi Utama Aqua Whitening Cream
Aqua Whitening Cream ni ada 3 fungsi utama iaitu Melembapkan & Memutihkan & Berfungsi Menjaga Kulit Muka. Kedua, untuk Mengawal Sebum & Minyak Berlebihan Pada Kulit dan ketiga, ia Membaiki Kulit Yang Kemerahan & Terbakar kerana Matahari (Sun Burn). Fungsi utama Aqua Whitening Cream ini adalah untuk Melembap dan Memutihkan Kulit. Ia sesuai untuk semua jenis kulit, sama ada kulit berminyak, kulit kering atau kulit kombinasi. Yang paling penting, Tiada Paraben, Tiada Alcohol dan Tiada Sulfate. Selamat digunakan.
Bahan Utama Aqua Whitening Cream:
Tidak komedogenik, Tidak menyumbat liang kulit, Tidak menyebabkan jerawat
Membaiki kulit yang kemerahan & terbakar disebabkan matahari
Melembap jauh ke dalam lapisan kulit bawah.
Urut dengan lembut dengan sekata sehingga titisan air keluar. Itulah yang dinamakan water drop based. Kemudian, dap/pat pada muka. Rasa segar berseri dan selesa. Tidak melekit sama sekali ok!
Seperti yang Nova dah cakap, produk ini adalah produk water based! Tak berminyak dan tak melekit. Cara penggunaanya pun mudah sahaja. Ambil sedikit gel ini, letakkan di muka dan urut di seluruh kawasan muka dan leher anda. Gel itu akan bertukar menjadi bintik-bintik air. Kemudian dap dap pada muka biar dia meresap masuk ke dalam kulit. Rasa segar, lembap dan lembut. Sampai pagi esok boleh rasa muka kita maintain lembap. Terutamanya yang tidur dalam aircond, kena selalu maintain kelembapan kulit kalau nak awet muda ya. Teori dia mudah ja, kulit lembap kurang kedut. Kulit kering dan tidak bermaya.. kedut-kedut akan cepat keluar.
Kesan penghidratan dia memang ajaib. Titisan air ini akan memberi kelembapan pada kulit dan ia tidak melekit. Cuba tengok perbandingan diantara pelembap biasa jenama X dan Aqua Whitening Cream. Boleh nampak perbezaan ketara diantara kiri dan kanan. Bagaimana pelembap Hansaegee ini tidak menyumbat liang pori dan bertukar menjadi titisan air.
Sebelum tidur pakai dulu Aqua Whitening Cream