Krim Pelembap Muka Terbaik, Sesuai untuk Semua Jenis Kulit
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer – Krim Pelembap Muka Terbaik | Penggunaan krim pelembap sangat penting dalam rutin penjagaan wajah harian bukan. Apabila bercakap tentang krim pelembap, teringat pula pengalaman kali pertama menggunakannya. Ketika itu, Mai kurang ilmu tentang krim pelembap. Tidak tahu yang mana satu sesuai untuk kulit muka sendiri.
Dipendekkan cerita, Mai telah membeli krim pelembap yang tertera tulisan ‘untuk semua jenis kulit’ pada botolnya. Mai beranggapan ia sesuai dengan kulit muka kerana pada botol krim pelembap tersebut tertera tulisan tersebut. Setelah menggunakan krim pelembap tersebut, Mai mendapati ia lambat menyerap pada kulit. Ingatkan semua krim pelembap muka, sama saja dan sesuai untuk semua jenis kulit. Rupa-rupanya tidak.
Apabila kulit muka Mai mula berpeluh, krim pelembap tersebut seakan-akan keluar semula pada kulit muka. Kelihatan tompok putih pada kulit muka. Keadaan ini memang membuatkan Mai sangat tidak selesa. Orang lain tengok pun nampak pelik sahaja. Asyik perlu lap muka. Rugilah Mai macam ini kan apabila krim pelembap tidak sesuai dengan kulit muka.
Mahu tidak mahu, Mai mesti dapatkan pelembap yang sesuai untuk kulit supaya masalah ini dapat diatasi. Jenuh juga nak mencari krim pelembap yang memberi seluruh manfaatnya pada kulit muka. Risau jika masalah krim pelembap tidak rata berulang lagi. Cari punya cari, akhirnya Mai tertarik untuk mencuba satu krim pelembap ini setelah rakan mencadangkannya.
Gembira rasanya apabila bertemu dengan krim pelembap yang sesuai dengan kulit muka iaitu Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer. Mula-mula, risau juga sebab Mai sedikit ragu dengan keberkesanannya. Tapi setelah menggunakannya, Mai terus jatuh cinta kali pertama dengan krim pelembap ini.
Untuk pengetahuan anda, Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer adalah berasaskan air. Krimnya ringan dan berair. Apabila krim pelembap ini disapu pada kulit muka, terasa sejuknya. Menariknya, titisan air muncul setelah krim pelembap ini disapu pada kulit. Kulit pun terasa lembap dan segar serta tidak berminyak setelah menggunakannya.
Selain itu, Niacinamide juga bertindak untuk melindungi kulit muka daripada kerosakan yang disebabkan oleh sinaran ultraviolet (UV). Apabila skin barrier tidak rosak, kulit muka mendapat air yang cukup dan mengurangkan pengeluaran minyak.
Apa yang membuatkan Mai jatuh cinta dengan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer, ia mudah disapu pada kulit muka dan cepat menyerap ke dalam kulit. Bagusnya, ia tidak menyumbat liang pori. Kulit muka memang terasa segar apabila menggunakannya.
Bagaimana cara menggunakan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer? Mudah sahaja cara penggunaannya. Sapu krim pelembap ini pada kulit muka dan leher selepas menggunakan toner. Apabila titisan air muncul, tepuk kulit muka dengan lembut sehingga pelembap diserap sepenuhnya ke dalam kulit.
Mai mengakui, amat berpuas hati dengan hasil penggunaan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer ini. Kulit muka lembap dan sihat berseri dengannya. Krim pelembap ini sudah menjadi kegemaran Mai! Bagaikan tidak lengkap hari tanpa menggunakannya.