(By Azwar Syuhada on 03rd August 2022)
Salam to all readers,
Siapa ikuti blog aku mesti tahu aku salah seonrang pengguna brand Hansaegee Nature. Kalau dulu aku share perihal Aloe AC Clean Bubble Cleanser dan juga Gold Nano CC Cream. So, kali ini aku nak share Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature pula. Kalau korang nak tahu, produk ini keluaran dari negara Korea sana. So far, brand ini aku guna memang elok dengan skin aku. Aku punya skin kategori combination dry + berminyak + sensitive.
Aqua Whitening Cream ini berfungsi sebagai pelembap, mencerahkan kulit wajah, dan kaya dengan ekstrak herba. Aku pakai belah malam sebelum tidur, krim siang aku brand lain. Alhamdulillah dah hampir sebulan jugalah aku konsisten pakai Aqua Whitening Cream ini belah malam. Dah alang-alang sesuai dengan skin aku, aku nak share jugalah dengan korang. Kot-kot ada yang tengah mencari pelembab kulit wajah atau nak tukar produk lain, aku syorkan korang cuba pula Aqua Whitening Cream by Hansaegee Nature ini. Kulit rasa glowing sepanjang hari.
Kalau korang nak nampakkan solekan korang lagi cantik boleh combine dengan pakai Aqua Whitening Cream ini dulu sebelum touch up makeup.
Info Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature
Aqua Whitening Cream merupakan krim pelembap wajah yang berasaskan dari titisan air iaitu “water drop based cream”.
Mesti korang tertanya-tanya apa itu water drop based cream kan? Nak tahu, kenalah baca sampai habis!
Antara Fungsi Aqua Whitening Cream adalah seperti;
1) Pelembab titisan air “Water drop based cream”
- Ia tidak sama dengan pelembab jenama lain. Aqua Whitening Cream mempunyai kesan penghidratan yang sangat baik. Water drop based cream berfungsi untuk memberi kelembapan pada kulit wajah dan tidak rasa melekit. Water drop akan muncul bila korang dan start buat urutan beberapa kali pada wajah.
- Ia memberi kesan kelembapan yang berpanjangan sepanjang hari. Now, tiada masalah kulit kering lagi!
- Kulit akan lebih sejuk lepas apply Aqua Whitening Cream + Cream auto berubah menjadi titisan air lepas apply pada kulit.
- Terdapat 8 jenis kestrak herba dalam Aqua Whitening Cream ini yang berfungsi untuk meningkatkan penembusan jauh ke dalam kulit.
- Secara tidak langsung ia juga boleh memperbaiki kulit kemerahan, jeragat dan juga surnburn.
- Aqua Whitening Cream turut berfungsi sebagai mencerahkan & menghidratkan kulit wajah. So, kalau muka korang lesu je sebelum ini, lepas pakai ini kulit wajah auto lebih segar & fresh.
- Tambah pula, dalam cream ini ada terkandung Niacinamide yang berfungsi memutihkan & membaiki tona kulit yang tidak sekata.
Antara Kandungan Bahan yang terdapat dalam Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature
Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Butylene Glycol, Dimethicone, Niacinamide, Sodium Chloride, Centella Japonica Seed Oil, Prunus Amenica (Apricot) Kemel Oil, Betaine, Allantoin, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, Disodium EDTA, DMDM Hydantoin, Citrus Aurantium Bergamia (Bergamot) Fruit Oil, d-Limonene, Linalool Centella Asiatica Extract, Cormus Officinalis Fruit Extract and etc.Niacinamide
Niacinamide turut dikenali sebagai Vitamin B3 ata nicotinamide. Ia berfungsi sebagai membantu mengurangkan saiz pori dan membantu tona kulit kelihatan lebih sekata. Niacinamide turut berfungsi untuk memperbaharui dan merawat permukaan kulit daripada kering dan hilang kelembapan.Centella Japonica Seed Oil
Tidak menyekat liang kulit/pori dan tidak sama sekali menyumbang pada pertubuhan jerawat. Jadi, pada mereka yang sering terdedah pada cahaya matahari atau kerap bekerja dekat luar, cream ini memang sangat sesuai untuk korang. Dimana ia berfungsi sebagai membaiki kulit wajah yang kemerahan atau surnburn + ia bertindak memberi kelembapan yang berpanjangan.Tekstur Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature
Cara Penggunaan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature
Langkah 1: Cuci muka terlebih dahulu dan lap dengan tuala mukaLangkah 2: Coletkan Aqua Whitening Cream pada wajah bermula dagu, pipi, hidung, dan leher.
angkah 3: Sapukan cream Aqua Whitening Cream dengan jumlah yang mencukupi pada muka dan juga leher. Korang boleh sapu cream dengan cara urutan wajah tau.
Langkah 4: Titsan air akan mula muncul lepas beberapa saat bila dah start urut. Korang boleh urut perlahan-lahan atau tepuk sedikit pada kulit wajah menggunakan tangan sehingga krim pelembab diserap sepenuhnya ke dalam kulit.
Nak set lengkap korang bolehlah cuba guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser terlebih dahulu dimana pembersih wajah ini mampu membersihkan wajah secara mendalam dan mengawal pembiakan jerawat.
Bila kulit wajah dah betul-betul bersih nanti bolehlah guna Aloe Vera Sunscreen (produk keluaran terbaru mereka) pula yang berfungsi sebagai perlindungan kulit. Yang pasti ketiga-tiga produk ini memang best!
Feedback Lepas Menggunakan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature
Ia semua secara kebetulan, dimana krim pelembab malam aku dah nak habis waktu tu. So, awal bulan May aku terima parcel Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature. So, aku dah start pakai cream ini bermula awal bulan 5 lagi.Aku gunakannya pada belah malam sebelum tidur. Sebab aku rasa kulit wajah aku betul-betul rehat pada belah malam. hahaha…Ikutkan aku jarang tukar krim memandangkan kulit wajah aku jenis combination + sensitive. Kalau salah pakai terus naik merah-merah. Itu kalau salah pakai skincare, kalau alahan makan pula lagi teruk impaknya.
Dulu aku suka juga skip pakai krim waktu malam. Bila teringat + rajin barulah terhegeh-hegeh nak pakai. Now, umur makin meningkat, kawen pun tak lagi. Kenalah jaga muka supaya kelihatan seperti remaja 21 tahun. Jadi, tahun ini aku nak buang sikap malas dan teruskan konsisten dengan mencuba memakai krim pelembab Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ini pada belah malam.
h masuk sebulan aku guna, apa yang aku dapat lihat kulit wajah aku kelihatan lebih lembut dan segar. Tambah lagi bila ada kandungan Niacinamide yang berfungsi untuk mengecilkan liang pori dan mencerahkan kulit wajah. Hopefully, kesan parut jerawat aku ini nanti bolehlah hilang.
Paling best, setiap kali bangun dari tidur bila tengok muka dekat cermin kulit wajah still nampak lembab. Dan aku memang konsisten sampai ke harini pakai cream ini pada belah malam.
Ada yang pernah cuba produk keluaran Hansaegee Nature juga ke dekat sini? Cuba share pengalaman korang dekat bawah! Nak juga baca pengalaman korang pula!
Pada mereka yang ingin ketahui lebih lanjut, korang boleh terus layari official website Hansaegee Nature ini sendiri. Banyak info lebih terperinci korang boleh dapat dekat sana.