(by kisahdiary)
ALOE VERA SUNSCREEN SPF50 HANSAEGEE Nature ni merupakan sunscreen yang baru je umi cuba tau. Yang bestnya Aloe Vera Sunscreen ni sesuai dengan kulit muka umi yang berminyak ni.
Tidak semestinya menjadi suri rumah tu tak perlu memakai sunscreen atau sunblock ye. Umi rasa suri rumahlah yang banyak memerlukan sunscreen di muka setiap hari.Kalau ikut rutin harian umi ni, pagi-pagi lagi umi akan keluar menghantar anak-anak ke Sekolah. Balik dari menghantar anak, terus bergegas untuk menjemur baju dan kemas rumah. Lepas tu pulak, kena ready untuk ambil anak dari sekolah la pulak. Itu belum sekolah petang lagi.Jadi kulit muka banyak terdedah dengan sinaran yang bahaya untuk kulit muka.
Itu yang kalau tak pakai apa-apa sunscreen, boleh buat muka ni lebih berminyak. Lagi dengan kondisi kulit muka yang berminyak ni, memerlukan sunscreen yang betul-betul sesuai dengan kulit muka.
Banyak Sunscreen/sunblock di luar sana mempunyai sifat yang berminyak dan ianya tidak sesuai dengan kulit muka umi. Memang bertambah berminyak la nampaknya muka ni kan?
Sunscreen yang tidak sesuai boleh menyebabkan muka berminyak jika kita tidak memakainya. Tak tau apa itu sunscreen? Meh umi cerita sikit.
APA ITU SUNSCREEN
Sunscreen berfungsi dengan cara menapis sinaran ultraviolet (UV) matahari. Ia juga dipanggil pelindung kimia, ia menyerap kebanyakan sinaran UV. Pelindung matahari ini menggunakan pelbagai bahan kimia yang menyerap sinaran UV berbahaya sebelum ia menembusi kulit muka kita.
KEBAIKKAN MEMAKAI SUNSCREEN / SUNBLOCK
Terdapat beberapa kebaikan untuk kita memakai sunscreen iaitu:-
1.Melindungi Kulit dari Sinaran Ultra
Faedah utama pelindung matahari ni ialah melindungi kulit muka kita dari terdedah kepada Sinaran Ultraungu(UV), kedua-dua ultraungu A(UVA) dan ultraungu B(UVB). Kedua-dua jenis Sinaran UV ni boleh menyebabkan kerosakan pada kulit.
2.Mencegah Bintik hitam pada kulit
Sunscreen atau sunblock juga membantu mencegah melasma atau tompok kulit yang lebih gelap. Selain itu, penggunaan pelindung matahari juga boleh mengurangkan bilangan dan saiz tahi lalat dan bintik hitam lain.
Kajian menunjukkan bahawa penggunaan sunscreen atau sunblock berlabel SPF dan PA setiap hari boleh mencegah melasma dan memperbaiki keadaan melasma.
3.Meratakan Tona Kulit
Penggunaan pelindung matahari bukan sahaja boleh melindungi muka daripada cela muka tetapi juga boleh meratakan tona kulit yang tidak sekata yang disebabkan oleh hiperpigmentasi, seperti yang berlaku selepas luka atau berjerawat.
4.Menghalang Penuaan Pramatang
Penggunaan Sunscreen juga boleh membantu anda mengelakkan penuaan pramatang yang disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran ultraviolet (UV). Keduatan, garis halus, kulit kendur dan bintik hitam adalah beberapa tanda penuaan pramatang.
Jadi, pemakaian sunscreen ni sangat diperlukan ye supaya kulit muka kita tidak rosak oleh sinaran UV. Nak pulak dengan musim panas sekarang ni.Memang sentiasa kena pakai sunscreen ni.
Sebab tu umi memilih menggunakan Aloe Vera Sunscreen SPF50 dari Hansaegee Nature ni. Walaupun umi baru je mencuba beberapa minggu Aloe Vera Sunscreen ni, terus rasa taknak menggunakan produk sunscreen yang lain.
KENAPA UMI MEMLILIH ALOE VERA SUNSCREEN SPF50 HANSAEGEE NATURE NI?
Umi suka menggunakan sunscreen dari Hansaegee Nature ni kerana ia mengandungi ekstrak Aloe Vera di dalamya dimana terdapat banyak khasiat di dalam aloe vera ni untuk kulit wajah kita. Bukan sahaja mengandungi Aloe Vera malah terdapat ekstrak tumbuhan seperti Centella Asiatica, Morus Alba bark dan Orkid. Juga ada Sodium Hyaluronic, Glycerin dan Allantoin.
Korang sendiri sedia maklum kan tentang kelebihan Aloe vera yang mampu melembapkan kulit dan boleh menenangkan iritasi kulit kita. Sebab tu sunscreen ni juga sesuai untuk kulit yang sensitif.
Selain mempunyai ekstrak tumbuhan yang baik, sunscreen Aloe Vera ini merupakan sunscreen SPF50+ PA++ terbaik dan ia mempunyai tekstur yang sangat lembab dan ringan. Tekstur sunscreen yang tidak berminyak ini, menjadikannya ia mudah dipadankan dengan kulit muka yang berminyak, kulit kering dan kulit kombinasi kerana dengan kandungan glycerin dan aloe vera yang mampu memberikan kelembapan pada kulit wajah.
Korang boleh nampak kesan sunscreen aloe vera pada kulit yang lebih moisturizing
Kebiasaannya kita pakai Sunscreen akan rasa berminyak pada kulit, tetapi dengan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ni Sangat lembap & lembut rasanya. Sunscreen Aloe vera ini merupakan sunscreen yang tidak berminyak dan tidak Melekit. Ia sangat mudah meresap ke dalam kulit. Sebab tu umi perlukan sunscreen untuk kulit berminyak untuk digunakan di dalan rutin penjagaan muka.
Selalunya bila kita memakai sunscreen/sunblock, muka akan nampak pucat atau ada kesan white cast kat muka terutama bawah cahaya matahari. Tetapi Aloe Vera Sunscreen No White Cast ini langsung tiada warna apabila disapu pada kulit. Ia sebati halus dan baik pada kulit. Ia boleh memberikan sedikit warna kulit yang cerah secara semulajadi dan tekstur pelindung matahari yang baik.
Aloe Vera Sunscreen ni juga bagus untuk kulit yang sensitif kerana kandungan Aloe Vera Sunscreen SPF50 PA++ di dalamnya dapat memberi perlindungan kepada kulit dan ia boleh melegakan kerengsaan kulit muka. Menjadikan kulit muka nampak sihat dan fresh.
Kebanyakkan orang kulit sensitif ni mempunyai masalah apabila menggunakan Sunscreen, tetapi sunscreen Aloe Vera ni sangat sesuai untuk kulit muka kerana ia dapat menenangkan kulit muka kita.
Macam kulit muka umi ni sensitif sikit dengan sunscreen yang jenis berminyak. Aloe Vera sunscreen SPF 50 ini juga bebas alcohol, bebas Paraben, bebas silicon, bebas sulfat dan bebas Alergen. Krim siang terbaik ini sangatlah mesra wuduk. Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF 50 ni mudah sebati dengan air. Ia merupakan sunscreen yang boleh dibasuh dengan air dan kita boleh reapply sunscreen pada bila bila masa sahaja.
CARA MENGGUNAKAN SUNSCREEN ALOE VERA HANSAEGEE NATURE
Cara pakai sunscreen ni pun mudah je korang. Selepas basic skincare routine korang iaitu membersihkan muka dan memakai moisturizer, sapukan jumlah yang sederhana sunscreen aloe vera ini pada keseluruhan muka yang terdedah kepada sinaran UV. Kita reapply sunscreen setiap 2 jam untuk perlindungan maksimum.
Lepas ni Aloe Vera Sunscreen menjadi salah satu sunscreen favourite umi.