(By Mediana on 02nd August 2022)
salah satu sebab kenapa ada orang tak suka pakai sunscreen adalah kerana malas nak cuci terutamanya ketika nak berwuduk. Mereka rasa sunscreen sama saja macam alat solekan yang perlu dicuci dengan menggunakan makeup remover. Salah kalau ada yang fikir macam tu.
Walaupun korang kurang gemar mengenakan solekan hanya kerana susah nak dibersihkan ketika handak berwuduk, korang sebenarnya tetap perlu memakai sunscreen.
Sama ada suka bersolek atau pun tidak, sunscreen adalah wajib dipakai untuk melindungi kulit wajah dari sinaran UV. Dengan memilih sunscreen yang tepat, membersihkan sunscreen di wajah sebelum berwuduk bukan lagi menjadi satu masalah.
Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen Mesra Wuduk
Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen adalah satu produk sunscreen yang mesra wuduk. Hari ni saya nak ceritakan tentang pengalaman menggunakan sunscreen ini yang bagi saya sangat mudah dibersihkan tanpa menggunakan bahan lain selain air.
Awal bulan lepas kami sekeluarga bercuti di Perlis. Perjalanan yang sangat panjang. Setiap kali tiba waktu solat kami akan berhenti di masjid untuk mendirikan solat. Apa yang memudahkan saya ialah mencuci sunscreen di wajah. Cukup senang kerana hanya memerlukan air sahaja.
Masuk sahaja ke tempat wuduk, bilas muka dengan air sehingga yakin sunscreen hilang dan saya boleh terus ambil wuduk.
Kenapa saya rasa yakin yang lapisan sunscreen hilang di wajah hanya dengan membilasnya dengan air??
Ini kerana Hansaegee Nature sunscreen memang tidak kalis air. Ianya mudah sebati dengan air kerana sifatnya yang tidak seperti alat solek atau tinted sunscreen. Kerana itu lah sunscreen Hansaegee Nature ni sangat mudah dibersihkan.
Selesai berwuduk boleh terus solat. Sebaik sahaja selesai solat, pakai semula sunscreen. Urusan selesai cepat dan tak perlu keluar kereta dengan membawa barang-barang untuk mencuci solekan.
Memang sangat memudahkan tanpa perlu kita keluarkan makeup removel. Tak perlu melakukan double cleansing dan bawa bahan pencuci yang lain.
Sunscreen Tidak Kalis Air dan mudah sebati dengan air
Sunscreen Hansaegee Nature ni berbeza dengan sunscreen yang bersifat tinted sunscreen.
Sunscreen yang tidak meresap air dan tidak mudah sebati dengan air sahaja yang memerlukan korang untuk menggunakan makeup removel, atau pun double cleanser sebelum mengambil wuduk.
Sunscreen sebati dengan air dan mudah dicuci |
Jadi kalau korang nak kan sunscreen yang mesra wuduk, pilihlah Hansaegee Nature. Mengikut pengalaman saya sendiri sunscreen yang mesra wuduk lebih selesa dipakai walaupun dalam cuaca yang panas.
Mencucinya juga tak mengambil masa yang lama
Ini kerana ianya lebih ringan , tidak padat seperti bahan kosmetik. Sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Berbeza dengan suncreen yang menutup terus lapisan kulit dan tak kalis air, bila pakai akan membuatkan ada rasa sesuatu menempel pada wajah kita. Sunscreen jenis chemical seperti ini tak sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif apalagi jika sunscreen tersebut dipakai sehinga berjam-jam.
Apabila di cuci memerlukan banyak bahan chemical lain yang pasti akan memburuk kan lagi keadaan kulit sensitif korang. Bahan-bahan tersebut akan tersumbat di dalam pori kulit dan proses mencucinya juga mengambil masa.
Sunscreen Tidak Berminyak
Sunscreen yang berminyak memang susah untuk dibersihkan. Apalagi sebelum mengambil wuduk wajah perlu bebas dari sesuatu yang menghalang air dari merata dikulit wajah. |
Sunscreen yang berminyak tidak boleh dibersihkan dengan hanya menggunakan air kerana ianya perlu dibersihkan dengan lebih teliti. Krim yang berminyak menempel didalam pori kulit wajah tidak akan hilang dengan hanya menggunakan air.
Ianya perlu dibersihkan dengan produk pembersih solekan. Namun dengan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen, korang tak perlu lagi merasa was-was selepas mengambil wuduk. Tekture yang tidak berminyak sangat mudah dibersihkan dan tidak menempel di dalam pori.
Korang hanya perlu menggosok kulit dan sunscreen akan larut bersama air dan hilang ketika di bilas.
Tekstur Sunscreen Apabila disapu Pada Kulit
Sebagaimana sifatnya yang mudah larut dalam air, sunscreen ini juga mudah meresap ke kulit. Tak perlu tunggu lama untuk apply solekan selepas sapu sunscreen. Boleh terus kan pakai foundation dan rutin makeup korang.
Apabila disapu ianya juga sekata pada kulit . Tak bercapuk-capuk dan tak ada white cast pada kulit selepas di sapu. Sebab tu saya sangat suka apply sunscreen ni sebelum mengenakan solekan. Solekan nipis pun nampak cantik. Solekan pun tahan lama dan nampak glowing walaupun kita berpeluh.
Pada gambar di atas ni saya tunjuk kan tekstur sebenar sunscreen ni yang sangat lembut dan mudah meresap ke kulit. Dia buat kulit lebih segar. Kulit nampak moist. Tak bercapuk- capuk. Bila sapu bedak pun , bedak jadi sekata. Tak de bertompok tebal sana sini.
kalau korang pilih sunscreen,pilih yang ada pelembab jugak sebab lepas pakai kulit nampak lebih bermaya.