(By Mediana on 31st May 2022)
HANSAEGEE NATURE ALOE VERA SUNSCREEN SPF50 : KULIT KEKAL LEMBAP, TAK MELEKIT DAN BOLEH JADI MAKEUP BASE | Dalam tempoh beberapa minggu ni suhu paling tinggi di Simpang Ampat Penang ialah 34 darjah celcius. Suhu yang buat aku tak senang duduk la. Asyik berpeluh. Waktu macam ni memang tak rasa nak keluar rumah. Tapi nak buat cemana kalau kena juga keluar rumah dan berpanas.
Sunscreen Aloe Vera |
Lagi pulak waktu tengahari aku memang akan ambil anak kat sekolah. Naik motor je. Bukan naik kereta. Boleh bayangkan tak panas tu macam mana. Nak buka mata pun tak boleh tau.
Anak lelaki aku pulak ada latihan bola dekat Akademi Wira Muda. Nak tak nak memang kena keluar jugak la. Bab panas ni aku cuma risau sebab aku susah nak buka mata je sebab silau. Hahahah. Kalau tentang kulit aku tak risau sebab aku guna Sunscreen Hansaegee Nature ni.
Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen
Sunscreen macam mana yang selalu jadi pilihan ramai?
Kalau aku, aku suka sunscreen yang tinggi SPF nya. Sunscreen tu jugak mestilah tak melekit walaupun aku berpeluh. Sunscreen yang tak jadi masalah kalau setakat aku nak lap peluh dimuka. Dan yang penting sekali aku suka sunscreen yang kekalkan kelembapan kulit aku.
Kadang-kadang ada masa-masanya aku ni tak suka kulit terlalu banyak pakai skincare so aku akan abaikan pelembab pada waktu-waktu tertentu yang aku rasa tak perlu pakai pelembap. So aku akan terus pakai sunscreen Hansaegee Nature ni. Jadi tinggilah harapan aku pada sunscreen yang aku pakai agar mengekalkan kelembapan pada kulit aku.
Pada usia 40an ni aku memang jaga bab kelembapan pada kulit sebab kalau kulit kering akan nampak kita tua.
Panas oi..Tapi tengok kulit aku. maintain je. Without makeup |
Pada aku Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen adalah sunscreen terbaik yang kekalkan kelembapan kulit aku.Ianya juga bebas minyak dan berasaskan air.
Sunscreen ni ada SPF50+ PA+++ dan texture nya juga sangat lembut, tak berminyak dan tak melekit. Lepas pakai muka tak bercapuk-capuk , tak pucat tapi nampak fresh saja. Korang boleh terus apply makeup lepas pakai Sunscreen ni sebab ianya juga boleh jadi makeup base yang sangat baik.
Boleh ke Pakai Sunscreen saja tanpa skincare lain?
Cara pakai sunscreen yang selalu aku amalkan ialah:
Toner—->Serum—->mosturizer—->sunscreen—->makeup.
Tapi macam mana kalau ada yang nak guna sunscreen saja? Boleh ke?
Dah tentu boleh dengan Sunscreen Hansaegee Nature ni. Aku sendiri kalau nak cepat ambil anak di sekolah, aku akan apply sunscreen saja.
Sunscreen ni memang dah ada pelembab dan ianya bertindak macam mousturizer yang kita biasa pakai.
Lepas pakai suncreen ni , kalau tak nak makeup pun tak pe. Memang kulit korang akan nampak segar tanpa makeup. Nampak neutral dan skin tone korang lebih cerah tanpa kesan putih krim sunscreen
Cara Memakai Sunscreen yang Betul
- Sapu sunscreen di seluruh muka secara merata 15-30 minutes sebelum keluar rumah, sebab kulit memerlukan masa untuk menyerap sunscreen.
- Pakai sunscreen dalam jumlah yang cukup, dan mampu menlindungi seluruh permukaan kulit wajah secara merata. At least, 2 jari tangan amount sunscreen tu.
- Guna sunscreen paling terakhir pada rutin pemakaian skincare (sebelum makeup) macam rutin di atas yang aku tulis.
- Reapply sunscreen beberapa jam dalam sehari. At least 2 atau 4 jam mesti kena reapply sunscreen. Pakai sunscreen 1 kali dalam sehari adalah tidak cukup.
- Duduk rumah pun kena pakai sunscreen. Disebabkan dalam rumah pun ada UV boleh masuk melalui tingkap dan pintu.
- Pastikan memakai sunscreen yang sesuai kulit, untuk kadar SPF yang dipakai at least minimal 30. Sebab SPF 30 mampu memberi perlindungan sebesar 97% akibat UVB. Dengan kadar SPF yang lebih tinggi seperti SPF 50, dapat melindung hingga 98%. Semakin tinggi level SPF yang digunakan maka semakin tinggi efektivitasnya.
Pengalaman Menggunakan Sunscreen Hansaegee Nature
Setakat ni memang aku tak de masalah menggunakan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ni. Malah aku sangat-sangat berpuas hati dengan hasilnya. korang juga patut cuba kalau korang masih belum jumpa sunscreen yang betul-betul sesuai untuk kulit korang.
– Hansaegee Nature Sunscreen Tidak Berminyak
Aku ada tengok video diaorang test sunscreen ni pada plastik untuk buktikan dia memang tak berminyak. Kali ni aku nak test dekat atas kertas sebab minyak akan tinggalkan kesan diatas kertas. Jadi aku test atas kertas nak tengok ada tak tinggalkan kesan minyak kat atas kertas tu.
Mengejutkan.. Tak sampai 10 saat selepas sunscreen diratakan, langsung tak ada kesan berminyak. Memang tak de sedikit pun kesan berminyak pada kertas tu. Terbukti Hansaegee Nature Sunsuncreen ni tak memberi kesan berminyak pada kulit wajah.
– Tekstur Yang Lembut dan cepat Rata
– Boleh Digunakan sebagai Body Lotion
Selain guna di muka aku juga akan sapu di tangan sebab dia ada Glycerin juga yang boleh melembabkan kulit. Glycerin ni ada dalam body lotion yang kita selalu guna.
Sapu pada tangan dan kaki pada bila-bila masa saja. Pemakaian yang kerap akan membuatkan tangan lebih lembut, tak kering dan mengelak kan rasa gatal-gatal akibat kulit kering.
Sesuai untuk disapu di bahagian belakang tangan, siku, lutut dan tumit kaki.
– Bau Yang menyenangkan
Bau sunscreen ni tak berapa kuat. Bau yang lembut saja walaupun dia ada beberapa extract tumbuhan macam orkid, pegaga dan mulberry. Dengan gabungan Aloe Vera, sunscreen ni ada bau semulajadi yang sangat lembut dan tak mengganggu.
-Hansaegee Nature Sunscren sebagai Makeup Base
Nak buka senang nak tutup pun senang. 2 kali pusing dah boleh tutup dengan ketat dan tak payah risau sunscreen tumpah atau terpicit keluar dan kotorkan bag sebab penutup nya guna fungsi twist-lock.
Contohnya macam kita terduduk atas bag atau bag kita tertindih dengan benda berat, penutup sunscreen ni tak kan terbuka atau tercabut. Memang sangat ketat dan cukup kuat untuk melindungi sunscreen didalam nya.
Dia punya saiz pun mudah nak bawa walaupun dalam bag kecil.
Aku pakai sunscreen ni setiap hari .Setakat ni memang best dan tak payah nak pakai pelembab lagi waktu siang. Sejak aku guna sunscreen ni aku guna pelembab cuma waktu malam sahaja. Aku guna sunscreen ni kemudian terus pakai compact powder. Tak bercapuk-capuk dan lepas 2 -3 jam cuma touch up sikit. Tak de rasa kulit gatal-gatal atau panas. Tapi paling best lepas pakai makeup jadi cantik. Tak de crack.
Aku kurang suka pakai foundation kecuali untuk majlis-majlis tertentu. Jadi sunscreen ni berguna sangat untuk aku beraktiviti seharian kat luar sebab lepas pakai sunscreen terus pakai compact powder.
Aku yakin korang mesti akan suka dengan produk dari Hansaegee Nature ni. malah kalau korang ada kulit sensitive korang juga boleh cuba . Mungkin ini adalah suncreen yang korang cari-cari.