(By Mimiazirah on 18th July 2022)
Hai korang! Mimi yakin masih ada lagi orang di luar sana yang tiada kesedaran betapa pentingnya penggunaan sunscreen untuk kulit wajah. Tidak kira lelaki mahupun perempuan. Penggunaan sunscreen sangat penting ya. Dalam keadaan panas terik dari matahari, sangat penting memakai sunscreen untuk melindungi kulit dari sinar UV yang berbahaya.
Tapi sejauh mana sunscreen itu berkesan pada kulit wajah kita? Pemilihan sesuatu sunscreen itu sangat penting untuk memastikan ia sangat sesuai dengan kulit wajah kita. Mimi sendiri sangat teliti dalam pemilihan sunscreen sebelum membeli. Selalunya Mimi akan memilih sunscreen yang tidak berminyak dan memberi kesan matte pada kulit wajah.
Kelebihan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen
Kalau korang nak tahu, Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen mengandungi Aloe Vera dan ekstrak tumbuhan lain seperti Ekstrak Centella Asiatica, Ekstrak Morus Alba Bark dan Ekstrak Orkid serta kandungan seperti Sodium Hyaluronic, Glycerin dan Allantoin. Tekstur Aloe Vera Sunscreen ini ialah ringan, tidak berminyak dan melekit, lembap, mudah untuk disapu pada kulit wajah, tiada white cast dan mencerahkan kulit wajah secara semula jadi.
Gambar 1 : Aloe Vera Sunscreen diletakkan pada kulit
Gambar 2 : Sapu rata sunscreen pada kulit
Gambar 3 : Sunscreen mulai meresap ke dalam kulit
Gambar 4 : Sunscreen meresap sepenuhnya dan tidak meninggalkan kesan berminyak dan white cast
Sekarang ni Mimi menggunakan satu sunscreen yang sangat berbaloi dan sesuai untuk semua jenis kulit tau. Sunscreen yang Mimi maksudkan ialah Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen. Banyak kelebihan menggunakan sunscreen dari Hansaegee Nature ni tau korang. Berbaloi dengan harganya.
1) Perlindungan Matahari SPF50+ PA+++- merupakan sunscreen yang mempunyai perlindungan yang kuat iaitu SPF 50+ PA+++ dan mempunyai tekstur yang sangat lembut, ringan dan tidak berminyak.
2) Rasa yang lembap dan lembut – secara amnya kita akan menggunakan sunscreen yang berminyak pada kulit muka tetapi berbeza dengan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen di mana rasanya krimnya sangat lembap dan lembut, tidak berminyak dan melekit. Ia sangat mudah meresap pada kulit wajah.
3) Membuatkan kulit wajah lembap – selalunya kalau kita pakai sunscreen pada kulit wajah, kulit wajah kita akan kelihatan pucat, putih dan ada white cast pada wajah terutamanya sekali bawah cahaya matahari, jadi kulit muka akan Nampak tak cantik. Tetapi dengan Aloe Vera Sunscreen, tiada langsung white cast, tiada warna bila kita sapu pada kulitn wajah, sebati dengan kulit muka dengan sekata dan memberikan kesan cerah pada kulit secara semulajadi. Ia juga merupakan tekstur sunscreen yang baik dan bagus untuk kulit wajah. Lagi sekali Mimi nak tekankan, Hansaegee Aloe Vera Sunscreen sangat bagus kerana ia tidak meninggalakn kesan white cast pada kulit wajah kerana sunscreen meresap terus ke dalam kulit dan kulit wajah kelihatan semualajadi. Ia merupakan salah satu ciri yang baik dalam pemilihan sunscreen.
Kulit wajah Mimi tanpa sebarang mekap. Hanya sapu dengan Aloe Vera Sunscreen. Kulit muka tiada kesan white cast, tidak bercapuk dan glowing.
Gambar 1 : Sediakan oil absorbent paper
Gambar 2 : Letakkan Aloe Vera Sunscreen pada oil absorbent paper
Gambar 3 : Sapu rata sunscreen pada oil absorbent paper
Gambar 4 : Sunscreen meresap dan tidak meninggalkan kesan minyak pada oil absorbent paper
4) Meredakan kerengsaan kulit – Aloe Vera Sunscreen juga sangat sesuai untuk mereka yang berkulit sensitive kerana kandungan bahan yang melindungi kulit wajah. Jadi, memandangkan kebanyakan mereka yang mempunyai kulit wajah sensitif dan akan menghadapi masalah setiap kali menggunakan sunscreen, maka Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen sangat sesuai untuk mereka.
5) Sebagai make up base – Korang yang suka bermekap tu jangan lupa sapukan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen pada kulit wajah sebagai makeup base.
Korang tak perlu ragu dan was-was menggunakan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen kerana ia bebas alcohol, bebas paraben, bebas silicon, bebas sulfat dan juga bebas allergen.
Cara Menggunakan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen
Cara nak menggunakan Aloe Vera Sunscreen stersangatlah mudah dan senang tau korang. Selepas membersihkan kulit wajah pencuci muka dan produk asas penjagaan kulit wajah yang lain, sapukan sunscreen pada kulit wajah sebanyak dua jari. Sapukan serata pada kulit wajah yang berisiko terdedah pada sinar UV.
Aloe Vera sunscreen ni memang tidak ada warna bila di sapu pada kulit wajah tau dan langsung tidak kotor. Walaupun muka berpeluh dan lap menggunakan tisu, akan nampak tisu tu bersih dan tidak kotor. Kalau sapu dengan jari, jari pula takkan comot dan kotor. Mimi memang suka pakai sunscreen ni pada kulit sebab memang muka langsung tak berminyak, rasa kotor, comot dan sebagainya.
Gambar 1 : Letakkan sunscreen pada kulit tangan
Gambar 2 : Lapkan tisu pada bahagian yang disapukan sun screen
Gambar 3 : Tiada kesan kotor, comot dan berminyak pada tisu
Paling Mimi suka bawa Aloe Vera sunscreen ke mana saja Mimi pergi sebab mudah dan berulang kali sapu sunscreen pada muka. Yang paling best, packaging sunscreen ni sangat selamat dan tidak perlu risau kalau sunscreen keluar dari tiub kerana penutupnya jenis “twist-lock” dan sangat selamat. Tak perlu risau dah lepas ni sunscreen tumpah atau bocor dalam beg.
Penutup Aloe Vera Sunscreen jenis “Twist-Lock” sangat selamat di bawa ke mana mana dan sunscreen tidak mudah terkeluar dari tiub
Testimoni Sendiri Selepas Menggunakan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen
Selepas menggunakan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen, imi terus fall in love sebab Aloe Vera Sunscreen ni menepati ciri-ciri sunscreen yang Mimi. Kulit muka Mimi jenis mudah berpeluh, jadi Aloe Vera Sunscreen ni memang sangatlah sesuai dengan Mimi. Sapu pada kulit muka pun mudah sebab mudah menyerap dan langsung tidak rasa melekit pada kulit wajah. Sebelum mekap, Mimi memang pakai untuk jadikan sebagai make up base. Hasilnya memang make up tahan lama dan tak bercapuk.