(by decamellia)
Sekarang ni kan, walaupun satu hari tu ada hujan, tapi bahang mentari tu kuat betul terasa. Korang tahu tak sebab apa? Fenomena bahang cuaca panas yang melanda Semenanjung negara disebabkan oleh pemanasan permukaan bumi akibat sinaran matahari dan taburan hujan yang kurang. Sebab tu sekarang ni panas lain macam! Dan sebab tu jugalah siapa pun kita dan walau dimana jua kita berada, pemakaian sunscreen tu sangat penting demi menjaga kesihatan kulit muka kita.
Sekilas Tentang Sunscreen
Tapi, apa itu sunscreen? Sunscreen, atau juga dikenali sebagai pelindung matahari, adalah produk yang digunakan untuk melindungi kulit dari sinaran UV (ultraviolet) yang datang dari matahari. Ia berfungsi untuk mencegah kulit daripada terbakar dan merosakkan diri akibat sinaran UV yang boleh membahayakan.
Sunscreen atau sunblock biasanya hadir dalam bentuk losyen, gel, atau krim yang kita sapukan ke kulit sebelum kita keluar di bawah matahari. Ia mengandungi bahan-bahan khas yang boleh menghalang atau menyerap sinaran UV, membantu kulit kita kekal sihat dan terhindar daripada masalah kulit seperti kemerahan atau penyakit kulit.
Kepentingan Memakai Sunscreen
Nur yakin masih ramai masyarakat Malaysia tidak memandang serius tentang penggunaan sunscreen dalam penjagaan kulit muka. Mungkin faktor seperti kurang kesedaran dan kurang pemahaman menjadikan mereka merasakan pemakaian sunscreen bukanlah suatu perkara yang penting. Namun hakikatnya, banyak kepentingan dan kebaikan pemakaian sunscreen yang kita tidak tahu. Antaranya:
- Mencegah Terbakar: Sunscreen membantu kulit kita agar tidak terbakar ketika kita berada di bawah terik matahari. Kulit yang terbakar boleh menyakitkan dan merengsakan.
- Mencegah Penuaan Awal: Sinaran UV boleh menyebabkan penuaan kulit berlaku lebih awal seperti kedut dan bintik-bintik matahari (sunspot). Sunscreen membantu menjaga kulit kelihatan lebih muda.
- Menjaga Kesihatan Kulit: Kulit yang terlindung dari sinaran UV cenderung kekal lebih sihat dan tidak mengalami masalah kulit yang serius.
Sunscreen Terbaik – Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature
Tahu tak korang, di pasaran terdapat banyak jenama sunscreen atau sunblock yang dijual demi memenuhi keperluan pengguna. Namun, Nur tetap suka menggunakan Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature – sebuah jenama penjagaan kulit yang menjadi kegemaran Nur sejak tahun 2020 lagi.
Dah namanya Aloe Vera Sunscreen, mestilah pelindung matahari dari Hansaegee Nature ni mengandungi ekstrak aloe vera. Namun bukan itu saja, ia juga mengandungi campuran tiga jenis ekstrak tumbuh-tumbuhan semulajadi yang lain iaitu pegaga, orkid dan mulberi putih yang secara amnya sunscreen yang bagus ini boleh digunakan untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.
7 Sebab Kenapa Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature Menjadi Pilihanku
Tapi kenapa Nur suka sangat pakai Aloe Vera Sunscreen ni ya? Mesti ada sebab tersendiri kenapa pelindung matahari yang satu ni menjadi sunscreen terbaik untuk Nur kan? Korang nak tahu? Meh sini Nur ceritakan.
#1 Hybrid Sunscreen
Sumber: unicare.com
Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature merupakan hybrid sunscreen. Hybrid sunscreen merupakan jenis pelindung matahari yang menggabungkan ciri-ciri pelindung physical sunscreen dan chemical sunscreen dalam satu produk. Kelebihan utama hybrid sunscreen ialah ia memberikan perlindungan yang lebih baik dan serbaguna.
Contohnya, zinc oxide boleh membantu melindungi kulit daripada sinaran UV dengan membentuk lapisan fizikal di atas kulit, manakala bahan kimia lain dapat menyerap sinar UV dan mengubahnya menjadi haba yang rendah. Ini bermakna, hybrid sunscreen memberikan perlindungan segera dan juga perlindungan yang lebih panjang.
#2 Broad Spectrum Sunscreen – Sunscreen SPF50+ PA+++ Terbaik
Apabila kulit kita terdedah kepada cahaya matahari, ada 3 gelombang cahaya yang boleh membahayakan kulit muka kita – UVA, UVB dan blue light.
- UVA (Ultraviolet A): UVA boleh menyebabkan penuaan awal kulit dan merosakkan kolagen, yang menyebabkan kedutan dan ketidaksempurnaan pada kulit. UVA juga boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
- UVB (Ultraviolet B): UVB adalah penyebab utama kulit merah dan sunburn. Risiko kanser kulit juga meningkat akibat pendedahan berlebihan kepada UVB.
- Blue Light: Mampu menembusi kulit jauh lebih dalam berbanding UVA & UVB. Ia boleh menyebabkan pembentukan radikal bebas, keradangan, mempercepatkan tanda penuaan kulit, hiperpigmentasi, kedutan dan banyak lagi. Matahari adalah sumber utama blue light, tapi juga boleh dihasilkan oleh alat elektronik seperti handphone yang sedang kita pegang sekarang ini.
Oleh itu, sunscreen spektrum luas seperti Aloe Vera Sunscreen merupakan pilihan sunscreen terbaik yang dapat melindungi kulit muka Nur daripada ketiga-tiga jenis sinaran ini kerana sunscreen ini memiliki SPF50+ yang dapat melindungi kulit dari 98% sinaran UVB dan PA+++ yang melindungi kulit dari sinaran UVA dan blue light.
#3 Tekstur Krim yang Ringan, Tak Melekit & Tak Berminyak
Satu lagi perkara yang Nur suka dengan best sunscreen Aloe Vera ni adalah kerana sunscreen ni sesuai untuk kulit berminyak. Tekstur krim yang ringan membuatkan sunscreen ini mudah meresap ke dalam kulit selepas disapu. Tahu tak dulu Nur tak suka pakai sunscreen sebab kebanyakan sunscreen memiliki tekstur krim yang memberikan efek tidak menyenangkan pada kulit.
Selain itu, tekstur sunscreen Aloe Vera ini juga tak berminyak dan melekit, menjadikan sunscreen ini sangat sesuai untuk mereka yang memiliki kulit berminyak seperti Nur. Lepas pakai kulit rasa selesa dan tak rasa berlengas malah kulit terasa leboh lembut, lembap dan wangi walaupun dah bermacam kerja rumah Nur buat seperti memasak di dapur, sidai baju, uruskan anak-anak dan banyak lagi.
#4 Krim Siang Terbaik Tanpa Meninggalkan White Cast
Untuk orang yang memiliki kulit muka yang tak berapa nak cerah macam Nur, kehadiran white cast selepas memakai sunscreen tersangatlah mengganggu. Tapi biasanya, white cast berlaku pada kebanyakan physical sunscreen aje kerana sifatnya memang begitu. Mujurlah sunscreen Hansaegee Nature ni sejenis hybrid sunscreen yang tidak meninggalkan kesan putih tersebut.
#5 Sunscreen yang Boleh dibasuh dengan Air
Menariknya lagi, krim siang terbaik ini merupakan sunscreen yang boleh dibasuh dengan air. Atau erti kata lain, sunscreen Aloe Vera SPF50 ini tidak kalis air, sunscreen mesra wudu. Macam Nur kan, Nur akan limitkan kekerapan Nur mencuci muka menggunakan pembersih muka untuk mengelakkan kulit kering yang melampau kerana kulit Nur jenis kombinasi. Ada bahagian yang kulit kering dan ada juga bahagian yang kulit berminyak.
Jadi untuk waktu tertentu seperti waktu solat menjadi lebih mudah untuk membersihkan muka tanpa pencuci muka kerana sunscreen tersebut boleh dibersihkan dengan hanya mengalirkan air yang cukup sahaja. Yela, sunscreen yang boleh dibasuh dengan air penting untuk aktiviti seharian tau. Settle semua urusan, boleh reapply sunscreen seperti biasa.
#6 Twist Lock Cover yang Menyelamatkan
Seperkara lagi adalah berkenaan botol sunscreen yang comel dan mesra poket ni. Best tau! Kat mana-mana je boleh selit tanpa risau bocor atau tertumpah kerana botol sunscreen terbaik ni memiliki ciri keselamatan Twist Lock Cover. Selitlah dimana pun, poket seluar ke, dalam handbag ke, in shaa Allah selamat.
#7 Bebas Bahan Berbahaya
Akhir sekali, sudah tentu kerana sunscreen Aloe Vera ini bebas dari bahan berbahaya dimana ianya tiada paraben, tiada alcohol, tiada sulfate dna tiada silicon. Nak pakai pun tiada keraguan kerana sunscreen ini bebas allergen. Semua jenis kulit boleh pakai tanpa kerisauan.
Cara Pakai Sunscreen yang Betul
Percaya atau tidak, ramai sebenarnya yang tidak tahu cara pakai sunscreen yang betul. Perkara ni penting tau. Kalau salah cara, kita tak dapat nak memanfaatkan sebaiknya sunscreen yang kita dah sapu dekat muka tu. Sebab tu kadang ada je orang yang kulitnya masih sunburn walaupun hari-hari pakai susnscreen.
Menurut laman web hansaegeenature.com, ada 5 langkah yang perlu kita ambil supaya dapat memastikan kita memakai sunscreen dengan cara yang betul. Antaranya:
#1 Pilih Sunscreen SPF30 dan Ke Atas
Orang kata lagi tinggi SPF lagi bagus sunscreen tersebut melindungi kulit muka kita dari sinaran UVA dan UVB. Sunscreen Aloe Vera memiliki SPF50+ dan PA+++ tau. Haha saje nak mention lagi sekali yang sunscreen Hansaegee Nature ni merupakan sunscreen SPF50+ PA+++ terbaik.
 #2 Pakai Sunscreen yang Mencukupi
Sunscreen ni harus dipakai seelok-eloknya sebanyak 2 jari iaitu 1 jari telunjuk and 1 jari tengah setiap hari barulah kulit dapat perlindungan yang mencukupi. Bukan hanya dot dot dekat muka aje ya.
#3 Reapply Sunscreen Beberapa Kali Sehari
Nak dapatkan perlindungan muka yang maksimum, perlulah rajin reapply sunscreen. Kalau macam Nur yang banyak habiskan masa dalam rumah, boleh reapply selepas 5 jam macam tu. Kalau yang biasa buat kerja luar rumah, seeloknya reapply selepas 2-3 jam.
#4 Gunakan Sunscreen 15-30 Minit Sebelum Keluar
Sunscreen nak pakai waktu bila? Celik je mata, lepas dah bersihkan muka dah boleh pakai sunscreen. Tapi jangan risau, keperluan memakai sunscreen 15-30 minit sebelum keluar ni untuk memastikan sunscreen sudah betul-betul meresap ke dalam kulit. Barulah kulit kita mendapat perlindungan yang maksimum!
#5 Gunakan Sunscreen di Akhir Rutin Skincare
Untuk Nur yang biasa-biasa aje, sunscreen nak pakai waktu bila je? Kalau korang nak tahu, rutin skincare Nur cukuplah sekadar mencuci muka, memakai moisturizer dan diakhiri dengan memakai sunscreen. Toner mahupun serum tu bila rajin je Nur pakai. Tapi apa-apa pun make sure sunscreen pakai last sekali tau. Once dah pakai sunscreen, jangan menggatal pulak tangan tu nak sapu krim skincare lain pulak. Melanggar hukum skincare tu namanya. Haha.
Akhir Kata
Sebelum mengakhiri bual bicara Nur mengenai Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature ni, Nur nak pesan jangan malas pakai sunscreen ya. Orang kata nanti boleh buat liang pori terbuka luas. Apabila liang pori menjadi membesar, ia boleh menjejaskan permukaan dan tekstur kulit kita tau.