(by nitasawal)
Cara pakai sunscreen perlu betul supaya ia memberikan perlindungan maksimum pada wajah kita sepanjang hari. Dalam cuaca panas sekarang ini, kulit muka kita kerap terdedah pada sinar ultraviolet (UVA dan UVB) yang berlebihan oleh pancaran matahari yang boleh menyebabkan banyak masalah pada kulit. Selain dari itu, aktiviti seharian yang kita lakukan banyak menggunakan alatan gajet seperti handphone, skrin komputer, tablet dan televisyen yang mengeluarkan cahaya biru yang turut berisiko menyebabkan penuaan kulit lebih awal.
Kenapa Kena Pakai Sunscreen
Sebenarnya solusi paling mudah adalah pemakaian sunscreen atau sunblock sebagai pelindung pada kulit wajah daripada sinaran matahari dan sinaran biru peranti gajet yang digunakan setiap hari.
Waktu zaman remaja saya kurang tahu tentang kepentingan sunscreen SPF 50 sebagai perlindungan pada kulit muka. Tetapi semakin usia meningkat dan mengamalkan basic skincare routine dalam kehidupan harian, saya semakin rajin pakai sunscreen sebelum mula memakai mekap.
Aktiviti harian yang saya lakukan tak kira sama ada di rumah, dalam pejabat apatah lagi di luar rumah yang banyak terdedah pada sinaran matahari meningkatkan pada risiko masalah kulit.
Kalau kita tak pedulikan penjagaan kulit muka, pelbagai masalah disebabkan sinaran UV matahari akan muncul iaitu kulit nampak kusam akibat sunburn, timbul jeragat bila usia makin meningkat, pigmentasi, garis-garis halus lebih awal muncul di muka, penuaan awal, jeragat dan tona kulit yang tidak sekata.
Cara Pakai Sunscreen Dengan Betul
Cara pakai sunscreen dengan betul memberi jaminan perlindungan maksimum dari sinar UV sepanjang hari. Jadi, sebelum pakai sunscreen pastikan korang ikut tip berikut ini:
1. Waktu Pemakaian Sunscreen
Biasanya saya akan pakai sunscreen SPF 50 sekurang-kurangnya 15 hingga 30 minit sebelum berada di bawah sinar matahari (untuk hasil yang terbaik) supaya ia boleh diserap oleh kulit dan kurang berkemungkinan hilang apabila berpeluh. Ini merupakan cara pakai sunscreen yang betul!
2. Kuantiti Yang Mencukupi
Selepas mendengar penjelasan daripada beberapa orang Skincare Chemist tentang cara pakai sunscreen dengan betul, kuantiti sunscreen yang perlu disapu pada kulit kita mestilah mencukupi untuk menutup seluruh muka. Saya akan letak sunscreen sebesar pea size di pipi sebelah kiri, kanan serta di bahagian dahi. Kemudian sapu rata di seluruh muka termasuk bahagian mata.
3. Reapply Sunscreen
Dulu saya selalu tertanya-tanya, nak pakai sunscreen berapa kali sehari? Dulu saya ingat pakai sekali waktu pagi sahaja sudah cukup untuk melindungi kulit muka kita daripada sinar UVA dan UVB.
Rupa-rupanya cara pakai sunscreen dengan betul iaitu setiap dua jam perlu re-apply atau disapu semula untuk membolehkan ia memberi perlindungan optimum. Maklumlah dalam masa dua jam, krim muka kita pun dah hilang akibat berpeluh (terutama kalau berada di kawasan panas terik). Biasanya bila berada lama di luar rumah saya sentiasa pastikan sunscreen terbaik kegemaran sentiasa di bawa bersama dalam beg tangan.
Sapukan sunscreen dengan kerap sepanjang hari jika berada di luar rumah sekiranya asyik berpeluh. Cara pakai sunscreen dengan betul iaitu perlu reapply sunscreen setiap dua jam sekali terutama selepas mencuci muka kerana mengambil wuduk atau bila kita kerap lap muka dengan tuala. Sunscreen yang sudah hilang dari muka kita perlu disapu sekali lagi untuk perlindungan dari sinar matahari.
Sunscreen Terbaik – Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature
Jadi sebagai cara penjagaan kulit muka, kita wajib pakai sunscreen SPF50+ PA+++ tau. Bila diperkenalkan dengan Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ Hansaegee Nature saya terus jatuh hati pada krim pelindung muka ini. Ada banyak kelebihan yang korang kena tahu tentang sunscreen yang tidak berminyak ini, antaranya seperti berikut:
-
Perlindungan Sinar Ultraviolet (UVA & UVB)
Dengan sunscreen SPF50+ PA+++ mampu memberi perlindungan maksimum dari sinaran UV berlebihan oleh matahari yang menyebabkan kulit terbakar dan bermacam masalah kulit lain. Saya memang pilih sunscreen terbaik ada nilai SPF yang tinggi. Lebih tinggi kadar SPF, lebih banyak perlindungan yang akan diperoleh. Kajian secara klinikal membuktikan, sunscreen SPF50 boleh menghalang 99 peratus sinar UV daripada menembusi kulit. Saya suka pakai sunscreen yang tidak berminyak ini sebab ia ada perlindungan SPF50+ yang bermaksud faktor perlindungan mataharinya adalah lebih lama.
2. Melembapkan Kulit
Oleh kerana kulit saya jenis kering, maka itulah sebabnya saya pilih aloe vera sunscreen SPF 50 ini sebab ia dibuat menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti Aloe Vera, Glycerin, Hyaluronic dan Allantoin yang membantu kulit kekal lembut dan moisturizing.
3. Tekstur Ringan Dan Tidak Melekit
Saya pasti sunscreen aloe vera ini pasti digemari juga oleh mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak kerana teksturnya yang ringan langsung tidak melekit dan berminyak. Sunscreen untuk kulitberminyak ini juga mudah disapu dan pantas menyerap dalam kulit tanpa meninggalkan sebarang kesan white cast atau bercapuk. Sebenarnya sunscreen terbaik ini juga sesuai untuk semua jenis kulit. Boleh gunakan tanpa ragu-ragu.
4. Melegakan Iritasi Kulit
Saya cadangkan mereka yang ada kulit jenis sensitif pakai sunscreen yang tidak berminyak ini kerana kandungan Centella Asiatica Extract dan Aloe Vera dalam sunscreen SPF 50 ini membantu mengurangkan masalah keradangan dan iritasi yang kerap mereka hadapi.
5. Berfungsi Sebagai Makeup Based
Saya kurang gemar memakai foundation tetapi dengan memakai krim muka ini ia bukan sekadar berfungsi sebagai pelindung dari sinar matahari tetapi juga boleh dijadikan sebagai makeup based kerana makeup akan lebih pigmented. Menjimatkan betul! Lepas sapu pada muka, terus nampak glowing dan berseri-seri secara semula jadi.
6. Hybrid Sunscreen Mudah Dicuci
Paling best sekali tentang Hybrid Sunscreen Aloe Vera ini sebab ia sunscreen yang boleh basuh dengan air. Jadi, bila hendak mengambil wuduk sebelum sembahyang, sangat mudah untuk dibersihkan hanya menggunakan air sahaja.
7. Sunscreen Tanpa White Cast
Saya paling tak suka kalau pakai sunscreen muka jadi kelabu dan bercapuk. Tetapi dengan sunscreen aloe vera ini, tak perlu risau kesan white cast pada muka kita. Sekali sapu terus tekstur krimnya meresap masuk ke dalam kulit.
Sunscreen Pakai Waktu Bila?
Nak pakai sunscreen dulu atau day cream? Mungkin masih ramai yang tak pasti cara pakai sunscreen dengan betul kan? Ya, saya dulu pun keliru mana satu langkah yang betul.
Sebenarnya kita kena sapu sunscreen atau sunblock selepas memakai day cream atau moisturizer dan sebelum pakai foundation, concealer dan lain-lain mekap pada muka kita.
Tak kira sama ada keluar melakukan aktiviti di luar rumah atau duduk di rumah, saya tetap akan memakai sunscreen. Walaupun berada di dalam rumah, penggunaan sunscreen adalah penting kerana sinaran UV dapat meresap melalui tingkap dan memberi kesan kepada kulit kita.
Pada hujung minggu, sebelum keluar rumah untuk pelbagai aktiviti dan urusan, saya sentiasa pastikan tidak lupa memakai basic skincare routine yang diakhiri dengan sapuan sunscreen terbaik pada kulit wajah. Rasa lembut dan lembap sahaja kulit muka kita. Barulah lebih rasa confident keluar rumah!
Lepas penat shopping barangan rumah, kita lepak minum kopi pula sambil tengok handphone. Mujur saya pakai sunscreen aloe vera yang dapat memberi perlindungan maksimum kulit muka daripada cahaya biru handphone yang digunakan.
Review Diri Sendiri
Sebelum mengenali Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ Hansaegee Nature, dan tahu cara pakai sunscreen yang betul, saya akui kulit selalu nampak kusam dan kering. Kini selepas menggunakan sunscreen terbaik ini dalam basic skincare routine saya, memang ketara perubahan pada kulit wajah.
Saya cuba amalkan reapply sunscreen tidak berminyak ini dua jam sekali tak kira dalam cuaca panas terik, mendung atau duduk di rumah sahaja. Memang ternyata hasilnya memuaskan hati saya. Yang penting ia mudah digunakan kerana teksturnya yang ringan mudah disapu dan bila nak cuci bilas sahaja menggunakan air. Selain itu bahan-bahannya tidak mengandungi alkohol, paraben dan sulfate.