Jika mahu mencari pencuci muka terbaik, pilihlah mengikut jenis kulit muka masing-masing. Barulah
produk tersebut dapat memberi kesan yang baik. Contohnya, jika kulit muka berminyak maka pencuci muka yang dapat mengurangkan minyak perlu digunakan. Kalau risau tersalah pilih pembersih muka, gunakan sahaja Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser. Ia pencuci muka yang sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit berminyak , kering dan jenis kombinasi.
Pencuci muka water based ini dapat membersihkan pori-pori pada kulit muka secara mendalam. Sudah pasti ia mampu membersihkan sebum berlebihan serta mengawal pengeluaran minyak. Pada masa yang sama, ia melembapkan kulit muka. Jadi, ia sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit muka termasuk masalah jerawat, berminyak dan sensitif.
Pencuci muka aloe vera ini tidak mengeringkan dan tidak membuat kulit muka terasa tegang. Malah kulit muka terasa lembap selepas menggunakannya. Ia adalah pembersih buih berair yang sangat lembut dan lembap. Bahan utama yang terkandung dalam pencuci muka terbaik ini adalah Aloe Vera dan Tea Tree Oil. Baunya ringan dan semula jadi. Ia sangat bagus untuk kulit muka terutamanya yang mengalami masalah jerawat dan berminyak.