Memang banyak betul pilihan skincare zaman sekarang ni. Ada skincare ala korea lah, jepun lah dan juga local produk. Kadang-kadang memang pening nak pilih, Salah pilih nanti risau skin break out! Takut yer dari nak jadi cantik terus jadi buruk nanti.. Korang ada masalah sama tak macam huda?
Maka huda ada buat kajian sikit dan share dengan korang semua pembaca blog ceritahuda.com. Semoga perkongsian kali ni boleh jadi panduan untuk semua wanita diluar sana sebelum membeli skincare yang terbaik!
Tips Pilih Skincare Tanpa Risau Skin Break Out
- Kenali Jenis Kulit Anda
Setiap individu mempunyai jenis kulit yang unik. Apabila kita sudah kenali jenis kulit , maka mudah untuk kita untuk membuat pilihan skincare . Ini kerana formula yang terkandung dalam setiap skincare berbeza. Ada yang sesuai untuk kulit kering dan ada yang sesuai untuk kulit berminyak.
Jika korang tak pasti , boleh berjumpa yang pakar, macam pergi buat facial dan minta pandangan dermatologi untuk dapatkan nasihat.
- Pilih Skincare Hypo-Alergenik
Pernah ada pengalaman skin breakout lepas guna skincare? Naik gatal dan merah itu petanda korang berkulit sensitif. Untuk kulit jenis sensitif, pastikan korang pilih skincare organic, check label, sesuai dengan kulit sensitive, hipoalergenik dan bebas dari pewangi.
- Pilih Skincare Bebas Bahan Kimia Berbahaya
Bahan kimia terlarang seperti hidrokuinon, merkuri, paraben dan tretonoin adalah antara bahan yang merbahaya kepada kesihatan kita. Elakkanlah dari memilih produk skincare yang ada kandungan ini. Kalau nak tahu bahan-bahan kimia terlarang lagi, boleh semak di web Farmasi Malaysia. Masukkan saja nama produk di ruangan carian untuk tahu sama ada ia di’ban’ atau tidak dalam pasaran.
Ingat, tips memilih skincare yang selamat dari segi ingredients ini amat-amat penting dititikberatkan supaya tiada kesan sampingan di kemudian hari.
- Kenali Ramuan Kandungan Skincare
Pilihlah produk dengan bahan aktif yang telah dibuktikan berkesan secara klinikal. Semak label dan pastikan kandungan bahan aktif adalah selamat dan efektif.
- Skincare Rutin Paling Penting – Pencuci Muka & Moisturizer
Set asas dalam skincare adalah dengan mencuci muka kemudian gunakan moisturizer. Untuk kesan lebih bagus, barulah guna toner, exfoliators (pengelupas), serum, dan krim rawatan yang lain. Yang ini lebih bergantung kepada gaya hidup kita sama ada aktif dan selalu terdedah kepada punca kerosakan kulit. Actually, huda kalau rajin jer guna macam-macam produk, tapi part cuci muka memang wajib okay!
- Baca Review Pengguna sebelum Membeli
Bagi huda step last sekali ni sangat penting. Huda memang takkan beli sesuatu produk selagi tak yakin keberkesannnya. Nak dapat bukti haruslah dengan membaca review dari orang lain.
Huda percaya dengan produk dari Hansaegee Nature sebab lepas baca review dari kawan-kawan. Ramai yang kata best effectnya pada kulit! Dan huda sendiri dah rasa.
Okay huda nak share apa experience huda sendiri lepas guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni:
- Packaging yang Praktikal.
Hanya perlu tekan dan bubble pun keluar. Dari segi hygience packaging macam ni lagi bagus, nak guna baru tekan keluar buih pencuci muka yang kita nak guna. Pencuci muka yang ada bekas tetap terjaga tidak terdedah berbanding packaging dalam tiub. Nak bawa travel takde isu tertumpah.
- Boleh cuci muka dengan yakin tanpa risau skin break out!
Punca skin break out, gatal dan kemerahan adalah kesan bahan kimia yang tak sesuai dalam produk skincare. Huda guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser tanpa perlu risau lagi sebab nya FREE dari harmful chemicals – No Paraben, No Alcohol, No Sulfate. Memang sesuai sangat dengan semua jenis kulit tau.
- Kulit rasa lebih bersihWatery Soft bubble texture yang halus dan sedap jer bila kita urut di muka time proses face cleansing. Aloe AC Clean Bubble Cleanser boleh deep cleanse sampai ke liang pori. Segala kotoran dari pencemaran luar, kulit berminyak dan kulit mati boleh dibersihkan dengan efektif.
Rutin harian, awal pagi dan sebelum tidur mesti cuci muka dulu. Lepas cuci lap dengan kain bersih. Seronok bila kulit muka rasa fresh, lembut dan lembab.
- Pencuci muka yang tidak membuat kulit kering.
Aloe AC Clean Bubble Cleanser mengandungi ektrak Aloe Vera yang boleh beri kesan lembut dan kelembapan pada kulit. Best kan?
Aloe AC Clean Bubble Cleanser sangat bagus tau , dari awal korang tekan botol pencuci muka ni sampai lah habis cuci muka. Memang best sangat, bau best, tekstur watery soft bubble pun best kesannya pada kulit. Lepas cuci muka kulit terasa lembut dan lembap jer! Yeay! Dah takde masalah dengan kulit kering lepas cuci muka macam sebelum ni! In love sangat dengan produk dari Hansaegee Nature.
Semoga sharing huda hari ni memberi manfaat pada korang yang tengah survey nak beli skincare terbaik!