(By Maisarahsidi on 27th October 2022)
Pencuci Muka Berkesan Mengurangkan Minyak pada Kulit Muka
Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser – Pencuci Muka yang Terbaik Berkesan Mengurangkan Minyak pada Muka | Membersih muka adalah langkah pertama dalam rutin penjagaan kulit wajah. Ia adalah langkah yang penting untuk menanggalkan kotoran dan solekan pada kulit muka. Apabila kulit muka bersih, barulah dapat menyerap produk penjagaan kulit dengan baik.
Pembersih muka pula perlu dipilih mengikut kondisi kulit muka. Misalnya, jika kulit muka berminyak maka pembersih yang dapat mengurangkan minyak perlu digunakan. Jika risau tersalah pilih pembersih muka, gunakan saja Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser. Ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit berminyak, kering dan jenis kombinasi.
Teringat pula ketika Mai mula-mula mahu menggunakan pencuci muka Aloe Vera Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser. Ini adalah kali pertama Mai menggunakan pencuci muka jenis foam. Teruja dengan buih gebu yang lembut apabila pam ditekan.
Sebenarnya Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser adalah dalam bentuk cecair. Tetapi ia akan keluar dalam bentuk buih gebu yang lembut. Bagi Mai, apabila ia keluar dalam bentuk foam ini, lebih mudah untuk mencuci muka.Tidak perlu lagi untuk menggosok cecair pembersih muka dengan kedua-dua tapak tangan sebelum ratakan pada muka. Boleh terus diratakan pada kulit muka.
Kulit Muka Kurang Berminyak dengan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser!
Kulit muka Mai jenis kombinasi. Keadaan kulit muka yang sering berminyak pada bahagian T-zone iaitu pada hidung dan dahi, membuatkan Mai mahu mencuba pembersih muka ini. Tujuannya sudah tentulah untuk menghilangkan sebum atau minyak berlebihan pada kulit muka.
Sebelum Mai menggunakan pembersih muka ini, bila bangun pagi, kelihatan T-zone berkilat kerana berminyak. Jika sentuh hidung dengan kuku.. kuku pun jadi berkilat tau.
Setelah menggunakan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser, Mai dapat rasakan perubahan positif pada kulit muka. Pengeluaran minyak pada T-zone (hidung dan dahi) semakin berkurang. Kini, kulit muka rasa lebih segar dan selesa. Jadi, ia memang benar-benar mengawal pengeluaran minyak pada kulit muka.
Pembersih Muka Buih Halus yang Tidak Mengeringkan Kulit
Apa yang menariknya lagi tentang pembersih muka ini, ia tidak mengeringkan kulit muka. Biasanya pembersih muka jenis buih ini memang dapat membersihkan muka dengan baik, tetapi ia membuatkan kulit berasa kering setelah dibilas.
Berbeza dengan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser, ia tidak mengeringkan kulit muka. Malah kulit muka terasa lembap selepas menggunakannya. Ia adalah pencuci muka berasaskan air yang sangat lembut dan lembap.
Mampu Menghilangkan Kesan Makeup dengan Baik
Selain daripada manfaat mengurangkan pengeluaran minyak pada kulit muka, Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser juga mampu menghilangkan kesan makeup dengan baik sekali. Di bawah ini adalah hasilnya …
Kandungan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Kalau anda nak tahu, terdapat 11 jenis ekstrak tumbuhan semulajadi yang terkandung dalam pembersih berbuih lembut ini. Antaranya seperti:
Bahan utama yang terkandung dalam pembersih ini adalah Aloe Vera dan Tea Tree Oil. Ia sangat bagus untuk kulit muka terutamanya untuk kulit muka yang mengalami masalah jerawat dan berminyak.
Pembersih muka berbuih lembut ini membersihkan pori dengan sangat dalam. Dalam pada masa yang sama, ia melembapkan kulit muka. Jadi, ia sememangnya sangat sesuai untuk kulit muka masalah jerawat dan berminyak.
Cara Penggunaan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Mudah sahaja cara untuk menggunakannya. Jom ikuti langkah di bawah ini:
1. Mula-mula, basahkan tapak tangan dan muka dengan air. Kemudian, tekan pam sehingga buih lembut keluar secukupnya pada tapak tangan.
2. Selepas itu, ratakan pada kulit muka. Seterusnya, urut dengan lembut. Buih akan kelihatan semakin banyak apabila diurut. Jika kulit muka tidak dibasahkan dengan air, buih tidak akan kelihatan.
3. Bilas dengan air dan lap dengan tuala muka.
Akhirnya, Mai jumpa juga dengan pembersih muka yang dapat mengurangkan masalah kulit jenis kombinasi. Jawapannya sudah tentulah Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser yang banyak kebaikan pada kulit muka.