(By Wawaashihara)
Cuaca kali ini agak tak menentu ye. Sekejap hujan sekejap panas. Tapi bila tak hujan tu boleh terasa bahang panas tu. Bila dah tak tahan sangat, duduk jelah dalam aircond siang hari. Nyaman sikit rasa sejuk bila duduk dalam aircond sampai terlupa minum air macam biasa. Itu pun boleh jadi salah satu punca kulit kering berlaku. Baru-baru ini terasa kulit muka mudah kering pula. Jadi tak selesa bila kulit jadi kering.
Memang dulu susah sangat nak cari moisturizer yang serasi dengan jenis kulit. Kadang pernah pakai untuk melembapkan kulit yang jenis krim tapi tak serasi sampai kulit jadi gatal dan mengelupas. Tapi bila aku dah jumpa satu pelembap muka/moisturizer untuk kulit kering iaitu Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature, barulah aku tahu betapa pentingnya pemilihan krim pelembap muka/moisturizer yang jenis watery cream untuk kulit kering dan kulit kusam.
Biasalah orang perempuan, bila pergi shopping mana pernah nak sekejap je kan? Paling lama pun dalam 3-4 jam gitu. Dapat pula shopping dalam mall yang ada aircond. Tapi bila pakai best moisturizer Aqua Whitening Cream tak risau dah dengan masalah kulit kering. Mudah je kalau nak jaga muka dengan menggunakan pelembap muka/moisturizer ni. Aku mengamalkan tips penjagaan muka yang konsisten bagi dapatkan kesan yang terbaik untuk kulit aku. Nak tahu tak apa istimewanya moisturizer ni kepada aku dan berapa kali aku pakai dalam sehari? Kalau nak tahu korang kenalah baca sampai habis. Hehehhe~
Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ini merupakan moisturizer water based yang terbaik untuk semua jenis kulit terutamanya untuk kulit kering seperti aku. Ia selamat digunakan kerana tidak mengandungi bahan merbahaya serta bebas dari paraben, sulfat dan alkohol.
Seperti yang aku katakan di atas tadi, pelembap muka yang berasaskan air ini adalah sejenis gel krim muka berwarna putih tapi teksturnya ringan dan tidak melekit. Memandangkan ia sejenis air, jadi apabila diletakkan pada kulit muka, gosok dan urut perlahan-lahan, titisan air (waterdrop) akan muncul serta-merta. Kemudian, hanya perlu menepuk pada muka dan ia akan cepat meresap sepenuhnya ke dalam kulit.
2. Moisturizing & Hydrating Ingredients (Bahan Pelembap dan Penghidratan)
Bahan Glycerin dalam pelembap muka/moisturizer ini bersifat humectant iaitu berfungsi sebagai agen untuk mengikat kelembapan ke dalam kulit, dengan cara menarik molekul-molekul dari luar dengan cara membekalkan air yang cukup pada permukaan kulit.
Manakala, bahan Niacinamide pula berfungsi untuk mengawal minyak dimana sebagai pelembap penghidratan yang baik untuk kulit kering, dan juga pelembap muka terbaik untuk kulit berminyak dan mengekalkan kelembapan pada kulit.
Best Moisturizer Untuk Pori Terbuka Atau Pori Besar
Selain itu, Niacinamide juga mempunyai fungsi-fungsi yang lain seperti :
- Dikenali sebagai vitamin B3 yang berfungsi untuk penuaan kulit
- Memperbaiki liang pori yang membesar dan tona yang tidak sekata
- Memperbaiki garis-garis halus, kulit kusam dan permukaan kulit yang lemah
- Mengawal sebum dan minyak berlebihan pada kulit
- Melindungi kulit dari sinaran matahari dan membina semula sel kulit mati.
3. Brightening Function (Fungsi Mencerahkan)
Kalau dulu keadaan kulit sangat tak teratur ye, kulit nampak kusam tak bermaya. Kadang boleh jadi down bila lihat muka sendiri, tapi sejak guna pelembap Aqua ini rasa lebih yakin sebab kulit nampak lebih sihat dan glowing.
4. Repair Damaged Skin & Peeling Skin (Membaiki Kulit Rosak & Kulit Mengelupas)
Sekarang aku lebih yakin nak keluar berjemur bawah cahaya matahari pun tiada masalah sebab pelembap muka ini bantu maintainkan kulit muka sentiasa lembap sepanjang hari dan kulit tidak mudah rosak terkena sinaran UV.
Aku setia pakai pelembap muka/moisturizer ini sebab ia boleh buat makeup aku tahan lebih lama dan sentiasa on point walaupun berpanasan di siang hari. Memang aku terkejut sangat dengan kualiti pelembap muka ni yang boleh buat makeup tahan lama dan aku sememangnya highly recommended sangat pada korang semua untuk cuba moisturizer terbaik ini.