(by nonasani)
Hai korang! Harini kan, Nona nak share sikit pasal pengalaman Nona mempunyai kulit berminyak teruk!! Bangun tidur, tengok muka berminyak, then time balik kerja pun muka berminyak lagi. Kadang tak selesa Dan melekit sangat rasa tu. Bila balik rumah, mesti rushing nak cuci muka tapi sekarang boleh relaks dulu, mandi Dan cuci muka dengan tenang..
Sebab sekarang dah keep pakai moisturizer untuk kulit berminyak ni. Uish, risau betul ye kalau tersalah pilih moisturizer yang tak sesuai dengan kulit, nanti kulit muka jadik lebih berminyak guys! Saiz pori pori pada muka pun akan membesar Dan tersumbat. Lepastu, jerawat timbul, and at the same time, jeragat pun boleh muncul!! Haih, stress pulak muda muda dah berjeragat kulit wajah disebabkan faktor kulit muka berminyak yang amat dahsyat!
So terasa tak boleh dibiarkan keadaan kulit berminyak semakin melarat, Nona pun mencari cari moisturizer apa yang bagus untuk kulit berminyak? Survey punya survey, nekad memilih Hansaegee Nature Aqua Cream bila ternampak ramai member dah cuba Dan feedback puas hati dengan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni. Dengarnya ini adalah moisturizer yang bagus Dan moisturizer sesuai untuk kulit berminyak!
Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature merupakan moisturizer atau pelembap muka yang terbaik untuk kulit berminyak. Teksturnya ringan ✅
6 Kelebihan Moisturizer Terbaik Dari brand Hansaegee Nature ialah:
1. Control Oily Skin (Mengawal Muka Berminyak)
Tak seronoknya muka bila rasa berminyak, kan. Melekit lekit Dan tak sedap dipegang. Ish, tak boleh jadik ni! Kena cepat perbetulkan masalah tersebut. Bagaimana? Salah satunya dengan menggunakan skincare untuk kulit berminyak. Maksudnya di sini, skincare yang betul serta bersesuaian untuk kulit muka berminyak.
Perkenalkan, Hansaegeeee Nature Aqua Whitening Cream! Tekstur ringan, Dan ianya sejenis pelembap muka atau moisturizer yang dapat membantu dalam mengawal kulit berminyak!
2. Moisturizing & Hydrating
Yes, Aqua Whitening Cream ini merupakan moisturizer water based. Kita boleh nampak ada water drop keluar time menggunakannya pada kulit. Ini bermakna ianya moisturizer yang bagus untuk kulit kita. Ianya jugak mudah menyerap ke dalam kulit.
Muka akan kekal lembap Dan fresh! Ingat, pori kulit tidak akan tersumbat dengan minyak yang berlebihan selagi kulit kita kekal kelembapannya ✅ Lepastu wajah kita menjadi bertambah glowing apabila menyapunya pada wajah. Seronok pegang muka sendiri time tu tau! Teruja!! Hehe..
Zoom In: Titisan air keluar setelah menyapu krim pelembap muka water based terbaik ni!
3. Mengawal Pori Terbuka
Masalah pori Terbuka atau pori besar pun boleh diatasi dengan menggunakan pelembap Aqua Cream ni. Memang tak best kalau pori terbuka sebab itu merupakan salah satu punca kulit berminyak jugak.
Dalam Aqua Cream ni, ia mengandungi Camellia Japonica Seed Oil. Di mana ia merupakan bahan NonComedogenic, sejenis bahan yang tidak akan menyumbatkan liang liang pori. Whoa, syoknya bila isu berkaitan liang pori terbukak ni settle ✅
4. Brightening
Moisturizer Aqua Whitening Cream ni boleh mencerahkan muka. Terdapat Niacinamide di dalamnya yang berfungsi mencerahkan kulit dan mengawal minyak setelah pori mengecil. Betul, sapukan selalu pada muka, then akan nampak wajah jadik lebih cerah serta berseri seri! Bagi Nona, inilah krim siang Dan krim malam terbaik yang perlu Dan boleh digunakan dalam kehidupan seharian semua orang terutamanya mereka yang mempunyai isu oily skin.
Milky gel. Tekstur yang ringan Dan baunya wangi. Best sebab tak melekit !!
5. Anti Wrinkle
Keanjalan Dan kelembapan kulit akan berkurang bila usia semakin meningkat. Ini dinamakan penuaan. Pasti Dan boleh jadik pada semua orang. Oleh sebab itu, sejak awal kita kena cari Dan amalkan pemakaian krim atau moisturizer yang memiliki sifat anti penuaan . Tak perlu pening pening, iniilah dia, Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream.
6. Make Up Tahan Lama
Nona jadikannya sebagai make up base untuk make up tahan lama selain daripada kekalkan kelembapan kulit sentiasa. Sebelum pakai foundation, Nona mesti gunakan moisturizer dari Hansaegee Nature ni terlebih dahulu. Tu kadang kadang sampai beberapa jam boleh bertahan foundation Dan bedaknya. Hehe.. Inilah cara make up tahan lama.
Overall, Nona suka dengan moisturizer ni. Selepas Nona cuba menggunakannya, kulit terasa lebih moist Dan glowing! Lagi best sebab tak melekit Dan bukan jenis cecair yang senang tertumpah tumpah masa tuang kat tangan. Bila dah pakai ni, bangun tidur pun kulit dah kurang rasa berminyak. Lembap lembap je kulit muka. Best! Then bila keluar rumah tak perlu risau terkena cahaya matahari sebab kulit tetap terasa kelembapannya, terasa dilindungi!. Kulit pun tak berubah menjadi kering. Kalau ada yang tanya Nona moisturizer apa yang bagus Dan sesuai untuk merawat kulit berminyak, I would suggest this! Puas hati serta berbaloi buat penjagaan kulit muka dengan menggunakan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni. Make sure kulit berada dalam keadaan lembap selalu untuk kesihatan Dan kecantikan kulit kita. Reminder: Benda yang penting ialah kita kena consistent menggunakannya untuk mendapatkan hasil yang terbaik!
Cepat meresap ke dalam kulit, senang digunakan Dan mudah dibawa kemana mana sahaja. Senang cakap, mesti kena ada dalam simpanan, stock harian. Tiada lagi masalah kulit berminyak atau terlalu kering. I love it ❤️