(by puapoo)
Kehidupan seharian kita terdedah dengan persekitaran sinar UV. Setiap hari keluar bekerja mahupun beraktiviti luar dengan family. Dengan aktiviti di luar rumah, kita hendaklah menggunakan sunscreen yang betul dan sesuai untuk kesihatan kulit kita. Mungkin susah nak pilih sunscreen yang bersesuaian. Apa kata korang try hybrid sunscreen.
Hybrid Sunscreen: Inovasi Baru yang Wajib Kamu Tahu !
Tahukah anda, selain physical sunscreen dan chemical sunscreen, terdapat juga sunscreen inovasi baru iaitu “Hybrid Sunscreen”.
Sebelum kita bercerita tentang hybrid sunscreen lebih lanjut, ada baiknya kita memahami terlebih dahulu apap itu chemical dan physical sunscreen.
Apa itu Chemical dan Physical Sunscreen?
Physical sunscreen
- berfungsi untuk menghalang sinar UV melepasi lapisan kulit. Sinar UV akan dipantulkan semula agar tidak menembusi kulit. Once kita pakai Sunscreen jenis ini, ianya terus menjalankan tugasnya untuk menyekat sinar matahari daripada merosakkan kulit.
- Tidak menyumbat pori-pori dan sesuai untuk kulit sensitif.
- Kebiasaanya ia mengandungi zinc oxide dan titanium oxide.
- Memiliki tekstur padat, kental dan sedikit susah untuk menyerap pada kulit dibandingkan dengan chemical sunscreen
- Boleh meninggalkan whitecast pada kulit
Chemical sunscreen
- Berfungsi untuk mengubah sinar UV menjadi haba yang tidak merbahaya kepada kulit dan membebaskan nya. Namun tidak dapat mencegah tembusnya sinar UV ke kulit hingga 10%. Sehingga kulit masih memiliki risiko seperti kulit terbakar, kering, kusam, munculnya sunspot, dan photoaging.
- Ianya tidak mengubah warna kulit dan Tidak meninggalkan whitecast nampak lebih neutral. So, sesuai untuk dijadikan makeup base.
- Ianya lebih ringan dan sangat mudah digunakan serta cepat menyerap di kulit
- Cenderung menyumbat pori-pori pada wajah sehingga menimbulkan masalah kulit seperti minyak berlebih, jerawat dan lainnya.
Apa itu Hydrid Sunscreen? Mungkin masih ada yang tak tahu kan.. Jom, kita tengok definasi dia..
APA ITU HYBRID SUNSCREEN?
Hybrid sunscreen adalah inovasi terbaru, yang menggabungkan semua kelebihan dalam Physical sunscreen dan chemical dan segala kekurangan sebelum ini saling dilengkapi dan terhasil la “Hybrid Sunscreen”
Hybrid sunscreen mampu memberi perlindungan yang lebih efektif berbanding sunscreen atau sunblock biasa.
Hybrid sunscreen menggabungkan fungsi memantulkan sinar UV dari physical sunscreen dan fungsi menyerap sinar UV dari chemical sunscreen. Dapat dikatakan bahwa hybrid sunscreen merupakan versi upgrade dari physical sunscreen dan chemical sunscreen. Sunscreen SPF yang tinggi adalah penting untuk melindungi kulit kita daripada cahaya matahari, lagi – lagi cuaca Malaysia yang panas ni.
Beberapa fungsi terbaru dari hybrid sunscreen antara lain memberikan SPF yang lebih tinggi, mengurangkan risiko tindakbalas elergik, dan boleh digunakan untuk kulit kering, berminyak, atau kombinasi.. Tekstur lebih ringan dan tidak meninggalkan white cast.
Boleh disimpulkan bahawa Hybrid sunscreen is better than physical & chemical sunscreen.
Antara produk hybrid sunscreen terbaik yang aku boleh rekemenkan ialah Hansaegee Nature ALOE VERA sunscreen SPF 50.
Aku sendiri telah mencuba produk ni hampir 2 bulan. Sunscreen ini menggabungkan physical sunscreen dan chemical sunscreen. Aloe Vera sunscreen SPF 50 ini memberi kesan melembabkan dan menyejukkan kulit kerana terdapat kandungan Aloe Vera di dalamnya. Sepanjang hampir dua bulan menggunakan Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature, aku dapat rasakan perubahan dan sangat suka akan ciri-ciri yang ada.
Sunscreen SPF 50+ PA+++.
Ianya krim siang terbaik yang mampu melindungi kulit dan mempunyai sunscreen SPF 50 + PA +++. Sunscreen SPF 50 amat penting, kerana cuaca di Malaysia yang panas terik. Hybrid sunscreen terbaik ini menyediakan perlindungan yang komprehensif terhadap sinar UV. SPF yang tinggi dan bagus sangat digunakan lebih-lebih lagi untuk sebarang aktiviti luar.
Tekstur Ringan & Moisturizing.
Tekstur hybrid sunscreen aloe vera ini ringan di kulit bila disapu. Tak terasa seperti kulit tak boleh bernafas dan boleh dijadikan primer makeup terbaik sebelum mekap daily.
Kandungan utama sunscreen iaitu aloe vera boleh melembapkan dan menyejukkan kulit. Sangat selesa ye bila cuaca panas.
Tekstur yang ringan, membenarkan kulit bernafas serta melembapkan kulit.
Sunscreen untuk kulit berminyak.
Kebiasaannya suncreen biasa akan membuatkan kulit berminyak, tapi Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF 50 ini tak berminyak . Bila kita apply di kulit muka memang tak terasa melekit di kulit.
Sunscreen untuk kulit berminyak ni sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak kerana ianya jugak tidak menyumbat pori – pori kulit. Sangat selesa tau..
Tiada kesan tompokan minyak. Muka jugak tak rasa melekit & berkilat
Sunscreen tanpa white cast.
Sesetengah sunscreen yang dipakai memberikan kesan bercapuk di muka dan nampak pucat. Tetapi dengan hydrib sunscreen terbaik Aloe Vera, ianya tak bercapuk iaitu tidak meninggalkan white cast, senang sangat blend di kulit dan sekata dengan ton kulit. Takde la fenomene krim lagi cerah dari warna asal kulit muka. Hehehe
Muka tanpa sebarang mekap. Tak Nampak bercapuk pun & warna tidak ketara dengan kulit tangan.
No Harmful Ingredients – Sunscreen untuk semua jenis kulit.
Ianya Sangat bagus untuk kesihatan kulit kerana ianya Alcohol-Free, Paraben-Free, Silicon-Free, Sulfate-Free, Allergen-Free.
Hansaegee Nature Aloe Vera SUNSCREEN SPF 50 yang bagus ini menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti aloe vera, Centella Asiatica dan ekstrak Morus Alba Bark. Aloe Vera dalam kandungan hybrid sunscreen ini boleh soothes the irritating skin. Takde rasa gatal dan kemerahan di kulit muka si pemakai.
Macam kulit aku mudah jadi bintik kemerahan bila salah guna produk tau. Tapi bila aku pakai sunscreen ni, rasa sangat selesa di muka. Sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
This best sunscreen mempunyai kandungan yang tak diragui dan selamat untuk digunakan. Ni semua kriteria penting bila nak cari sesuai produk untuk kegunaan harian kita kan.
Kandungan yang terbaik hybrid sunscreen aloe vera untuk kesihatan wajah sesuai untuk semua jenis kulit
Mesra Wuduk
Sebagai Wanita muslim. Memang jadi salah satu syarat bila kita nak cari sunscreen ialah yang jenis mesra wuduk. Hansaegee Nature Aloe Vera SUNSCREEN ni boleh basuh dengan air. So sangat mesra wuduk tau. Tak perlu bersusah payah nak remove sunscreen dengan pencuci lain tiap kali nak solat. Cukup sekadar menggunakan air biasa. Mudah kan… Yang penting tak perlu spent masa terlalu lama untuk Bersiap sebelum solat.
Tekstur tidak berminyak dan boleh bersebati dengan air biasa
Reapply sunscreen
Jangan malas untuk reapply sunscreen setiap kali keluar rumah. Please jangan malas tau. Sebab untuk memaksimakan fungsi sunscreen, kita kena reapply sunscreen agar kulit sentiasa bebas dari terkena sinar UV ke dalam kulit. Reapply setiap 3-4jam. Pek sunscreen ni tak besar, muat aje untuk masuk dalam handbag kita kalau nak kemana-mana, so senang nak reapply sunscreen. Dan please pakai sunscreen walaupun cuaca tak panas, sebab sinar UV tetap ada. Ramai orang ingat kalau cuaca tak panas tak perlu pakai sunscreen. Walaupun cuaca tak panas, tapi kulit muka kita tetap boleh rosak kerana tiada pelindungan. Dan aku percaya, kulit muka akan cepat jeragat jika tiada pelindungan.
Kesan menggunakan Hybrid Sunscreen Aloe Vera
Belum terlambat ye kalau sekarang baru nak amalkan sunscreen. Pastikan ada kesedaran dan teruskan pakai sunscreen setiap hari. Sangat rugi kalau kita tak pakai sunscreen dan abaikan kesihatan kulit kita sedangkan pemakaian sunscreen banyak manfaat untuk kulit kita. Setiap hari aku pakai sunscreen walaupun hanya di rumah. Benda tu dah jadi rutin ye.
Aku perasan muka tak sunburn. Walaupun aku kerap naik moto dengan suami, tapi kulit muka tak sunburn. Siapa yang bertudung mesti paham pasal 2 ton warna kulit bila kita selak tudung di bahagian pipi muka kita. Dengan pengggunakan hybrid sunscreen aloe vera SPF50, kulit jadi sekata tau. Tiada perbezaan antara warna kulit muka yang terkena matahari dan kulit muka bahagian pipi yang terlindung dari matahari. Warnanya sama dan takde ton warna kulit yang berbeza akibat terbakar. Sunscreen memang melindungi kulit.
Alhamdulillah, kulit saya terhindar dari tompok hitam & jeragat. Pengggunaan Hansaegee Nature Aloe Vera SUNSCREEN mengelakkan kulit kita dari jeragat / tompok hitam.
Semoga kita semua boleh menjaga kesihatan kulit kita menjadikan kulit sihat dan tidak bermasalah.