(By Azhafizah)
Semua orang nak kulit cantik dan sihat. Beruntunglah kalau memiliki kulit sebegitu. Yang kita ni jenis kulit sensitif kalau silap jaga dan silap pakai produk terus automatik macam-macam masalah kulit datang. Tapi setiap permasalahan mesti ada penyelesaiannya, kan!
- Masalah kulit berminyak bermula…
- 6 Punca kulit muka berminyak
- Moisturizer water based, moisturizer terbaik untuk kulit berminyak
- Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
- 6 Kebaikan moisturizer Aqua Whitening Cream terbaik untuk kulit berminyak
- 1. Control Oily Skin
- 2. Moisturizing & hydrating
- 3. Mengawal pori terbuka
- 4. Brightening
- 5. Anti wrinkle
- 6. Make up tahan lama
Masalah kulit berminyak bermula…
Cakap pasal masalah kulit ni, nak cerita sikitlah tentang pengalaman kulit bermasalah ni. Kisah masalah kulit saya bermula masa zaman study di Universiti. Tak tahu lah stress ke apa atau hormon tak menentu hala masa tu.
Lepas tu tersilap pilih produk, lansung terus break out muka. Lalu termelaratlah masalah kulit. Jerawat merata, kulit kusam, kulit berminyak, kulit kering, tona tak sekata dan sekarang tinggalkan parut dan pori besar yang menjadi kenangan.
Sejak tu memang berhati-hati bab memilih skincare untuk kulit berminyak. Terpaling takut nak mencuba produk baru. Takut tak sesuai dengan jenis kulit saya yang jenis kulit berminyak, kulit kering dan kombinasi. Paling ketara jenis kulit berminyak sebab mudah berpeluh bila cuaca panas.

Dulu kulit muka nampak kusam sangat, tona dan sekata dan berminyak
|
Tapi itulah nak pakai moisturizer/ pelembap muka takut pula tak selesa bila berpeluh. Dah tu keluar minyak tak terkawal. Bila minyak keluar ni mulalah menyebabkan pori terbuka tersumbat.
Jenis kulit muka berminyak ni, kenalah cari moisturizer terbaik. Persoalannya pelembap muka/ moisturizer apa yang bagus untuk kulit berminyak?Moisturizer untuk kulit berminyak, gunalah moisturizer water based. Jenis Moisturizer water based ni adalah krim muka moisturizer yang bagus sebab ringan dan mudah meresap ke dalam kulit muka. Paling penting tidak melekit. Barulah selesa!
Nak tahu moisturizer/ pelembap muka apa yang saya guna? Moisturizer terpaling lama saya gunakan sebab keberkesanannya.Sebelum tu, ambil tahu apa punca kulit muka berminyak.
6 Punca kulit muka berminyak
1. Perubahan hormon
Perubahan hormon biasanya terjadi kepada wanita hamil dan wanita datang bulan. Hormon yang tidak stabil akan menyebabkan tubuh badan cenderung untuk keluarkan minyak yang berlebihan pada muka.

Itulah dia punca-punca kulit berminyak. Dengan keadaan cuaca di Malaysia yang tengah dilanda musim panas sekarang, memang kena pakai dan pilih moisturizer terbaik. Yang suka makeup pula mesti concern tentang makeup kan. Taknak makeup cair musim panas ni, cara make up tahan lama kena pakai moisturizer yang bagus.
Moisturizer water based, moisturizer terbaik untuk kulit berminyak
Mujurlah saya dah jumpa moisturizer/ pelembap muka Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream, skincare untuk kulit berminyak yang sesuai dengan kulit saya. Bukan hanya moisturizer untuk kulit berminyak, malah sesuai juga untuk semua jenis kulit. Sehingga kini, tahu-tahu dah 5 bekas saya guna. Dari design label lama sampailah yang terkini.

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream – Moisturizer Terbaik 2023 Skincare Online Malaysia |
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

Tekstur krim muka yang pekat tetapi ringan. Bila pakai tak rasa macam pakai krim pun sebab light weight. Best!
Nak tahu lebih lanjut boleh baca dalam post mula-mula kenal Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream.

Skincare untuk kulit berminyak, krim muka texture ringan dan lembap |

Krim pelembap muka/ moisturizer water based yang bagus untuk kulit berminyak |

6 Kebaikan moisturizer Aqua Whitening Cream terbaik untuk kulit berminyak
1. Control Oily Skin
Sebenarnya kulit muka kita ni menghasilkan minyak semulajadi untuk melindungi kulit muka daripada terlampau kering. Bunyi macam baguslah kan kulit tak kering. Tapi minyak yang keluar berlebihan akan menyebabkan masalah kulit semakin berminyak menjadikan pori tersumbat, seterusnya muncullah jerawat dan masalah kulit yang lain.

2. Moisturizing & hydrating

3. Mengawal pori terbuka
Point ni berkaitan dengan point nombor 1 di atas. Selain kandungan Niacinamide sebagai kandungan utama, Aqua Whitening Cream juga mengandungi Camellia Japonica Seed Oil yang bagus cepat meresap ke dalam kulit dan tidak mengakibatkan pori tersumbat.

4. Brightening
Wah, best betul lah pakai moisturizer Aqua Whitening Cream ni. Itulah ayat pertama kali bila pakai krim muka Aqua Whitening Cream ni. Lepas pakai auto nampak glowing sihat berseri. Kulit pun tak kusam lagi. Tak pakai foundation pun tak pe dah!

left, kulit nampak sedikit kusam | Right, tona lebih cerah dan glowing |
Sebab tu saya pilih produk yang mengandungi bahan Niacinamide sebab ia bertindak untuk memberikan kesan cerah (brightening) pada kulit. Tona kulit pun jadi lebih sekata. Bukan itu saja, melembapkan kulit pun ye juga seperti point nombor 2.
5. Anti wrinkle
Semakin menua ni, semua orang concern tentang kedutan. Kalau boleh nak kulit nampak awet muda je kan. Biarlah umur meningkat pun, janji nampak awet muda gitu. Kandungan Niacinamide yang juga dikenali sebagai vitamin B3 bagus juga untuk melambatkan proses penuaan kulit.


Tekstur krim yang ringan, watery dan tidak melekit |
6. Make up tahan lama
Bagi yang suka make up, saya sarankan guna lah pelembap muka Aqua Whitening sebelum make up. Saya pernah ceritakan cara make up tahan lama sebelum ni. Boleh baca dengan lebih terperinci lagi.
Pendek cerita, krim muka ni cepat meresap tak makan masa lama nak prep muka sebelum make up. Cepat meresap, tidak melekit dan tidak berminyak. Itu yang pentingnya baru dapat make up tahan lama.
Dahlah bila pakai tu makeup jadi lebih pigmented, boleh tahan lama sampai malam tau! Pernah sekali masa cuti period, kebetulan pergi kenduri lepas tu jalan-jalan sampai petang tak payah touch up pun takpa. Balik rumah pun makeup masih elok bertahan.
