(By Safura on 11th Jan 2019)
HANSAEGEE NATURE ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER
Hai korang, Assalamualaikum! Siapa ada yang selalu makeup? dan rasa skin tu KUSAM? meh angkat tangan? aku dulu mmg ada masalah tu, tapi sekarang tidak lagi! yeay!
ok ok, straight to the point lah.
Macam mana nak tahu kulit kusam? kalau rasa skin dia sangat tak bermaya, dah mula ada garis-garis halus, dark circle, dry atau oily dan jika muncul bintik atau jerawat kecil. Tu maknanya kulit kita tak sihat.
Macam mana nak tahu kulit kita sihat?
– Skin Tone ( sekata )
– Smooth texture
– Hydration ( lembap )
Ini paling simple skali lah sign untuk tahu skin kita sihat dan normal. Macam aku sendiri, skin tak de masalah sangat, tapi sejak masuk 30an ni, aku banyak sedar pasal skin, banyak yang salah sebelum ni, and now dalam tempoh memperbaiki apa yang tak betul.
So now, back on track dan disebabkan aku suka makeup, itu lah penyebab skin aku KUSAM! so cara nak elakkan kulit kusam, kena cari product yang boleh menanggalkan kulit mati. Boleh membersihkan segala sekotoran sehingga kedalam lubang pores.
Salah satu cara untuk mendapat kulit sihat
Benda paling penting skali is CLEANSER ( pencuci muka ) kalau tak nak pakai benda lain pun, paling penting skali, korang kena cuci muka. Ok now aku fokus kan untuk diri aku sendiri lah senang kan, aku jenis yang hari-hari akan makeup, maklumlah muka tak natural beauty kan, so kena juga touch-up sikit-sikit untuk nampak muka tu berseri. kahhh.
So lepas makeup, aku WAJIB akan mencuci muka. WAJIB! takde maknanya aku just cuci-cuci muka dgn air je lepas tu im DONEEE, bukan yer, hahaha. Pencuci muka adalah salah satu benda penting dalam hidup aku.
Actually, korang pun yang TAK PAKAI MAKEUP, perlu cuci muka tau, sebab even tak makeup, kulit kita akan melekat debu, habuk, asap etc. so WAJIB cuci muka juga tau.
Pencuci Muka Yang Mencuci Kedalam Pores Dan Menanggalkan Kulit Mati
Bila dah tahu pasal skin condition, now aku mula cari cleanser yang boleh tanggalkan kulit mati, yang boleh bersihkan skin aku sampai ke dalam pores, dan now aku dah KENA rajin buat double-cleansing skali gus. fuhhh.
ok meh nak cerita pasal clenaser yang aku guna ni, Hansaegee Nature ALOE AC Clean Bubble Cleanser. Yang sangat best sebab texture foamy dia yang sangat sangat sangat lembut dan best! Kenapa aku pilih cleanser ni? salah 1 sebab UTAMA sebab dia boleh tanggalkan kulit mati yang terkumpul.
Kelebihan Hansaegee ALOE AC Clean Bubble Cleanser
♥ Sesuai untuk semua jenis kulit ( Oily, Dry and Combination )
♥ Super Clean Bubble Cleanser
♥ Mengawal Minyak
♥ Melembapkan kulit ( tidak mengeringkan kulit selepas penggunaan )
♥ Mencuci jauh ke dalam pores
♥ Menanggalkan kulit mati
♥ Sesuai untuk mereka yang ada masalah jerawat
Jujur dari aku lah kan, aku kan dah bermacam jenis pencuci muka dah aku guna, tapi dengan Aloe AC Cleanser ni, aku rasa mcm teruja, 1st sebab texture dia yang sangat foamy ( thanks to the bottle type, botol ni jenis foamy, yang transfer cecair to foam texture ), lembut dan watery, bila letak je kat muka, alah alah lembutnyaaaa, masa nak urut-urut tu sangat lah best! then yang teruja lagi bila muka kau makeup penuh ni, tapi lepas cuci, rasa macam kulit jadi bersih sangat. Rasa macam clean gila! power tak power!
LEPAS TU! selalu kalau jenis foamy ni, dia akan mengeringkan kulit tau, tapi lepas cuci muka dgn Aloe AC cleanser ni, tak kering ok!!! Muka ko akan lembap je dan makin lembut, mcm baby gituhhhh! Thank to the natural ingredient dalam cleanser ni.
Dah nak dekat 2 minggu aku guna Aloe Ac Cleanser ni, aku dapat rasa lah skin makin best, makin healty sebab maybe dia dah tanggalkan kulit kulit mati, kalau dulu, kulit mati bertompok kan, sebab tu kulit nampak kusam je. Now rasa macam skin tone dah makin sekata dan bersih.
Selalu aku balik kerja, sampai rumah akan terus cuci muka untuk solat Asar, dan aku tak suka simpan makeup lama-lama, tengok texture dia yang sangat foamy, ahhhh, siapa tak suka kan sabun yang ada buih ni, aku rasa semua orang suka.
Bila kau massage muka masa mencuci tu, skin akan terasa sangat best! susah nak describe, tapi sangat best sebab buih tu soft sangat. Aloe AC bubble cleanser ni diperbuat dari bahan yang semuanya NATURAL. So sesuai untuk semua jenis skin.
Bahan utama Aloe AC Bubble Cleanser ni ialah Aloe Barbadensis Leaf dan Tea Tree Leaf Oil, dua bahan ni sangat bagus untuk skin kita.
Masa cuci muka tu, gently massage face korang dalam beberapa second, jangan kelam kabut, take a me time ok!
“Tea tree oil is a popular choice for treating acnebecause of its anti-inflammatory and antimicrobial properties. It’s thought to calm redness, swelling, andinflammation. It may even help to prevent and reduce acne scars, leaving you with smooth, clearskin”
“Aloe Barbadensis leaf juice can soothe skin and serve as an anti-inflammatory. It can be efficiently used topically, because of its burn healing effects, scar reducing and wounds healing properties.”
See, tengok sendiri, result lepas cuci muka, memang memancar NUR dari wajah, #ehh. Bukan, terpancar skin yang bersih tu. Puas hari rasa
Bahan-bahan Aloe AC Bubble Clenaser
Water, Decyl Glucoside, Glycerin, Sodium C14-16 Olefin Sulfonate, Butylene Glycol, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Citric Acid, Pentylene glycol, Caprylyl glycol, Sodium Chloride, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract, Mentha Piperita (Peppermint) Leaf Extract, Fragrance, Borago Officinalis Extract, Centaurea Cyanus Flower Extract, Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower/Leaf Extract, Hyacinthus Orientalis (Hyacinth) Extract, Lavandula Angustifolia (Lavender) Flower Extract, Salvia Sclarea (Clary) Extract, 1,2-Hexanediol, Adipic acid, Lonicera Japonica (Honeysuckle) Flower Extract, Prunus Mume Fruit Extract, Scutellaria Baicalensis Root Extract, Benzyl Glycol, Ethylhexylglycerin
Dari texture foamy, lepas korang biar sekejap, dia akan bertukar ke watery, dia jadi foamy disebabkan type of that bottle.
Macam ni lah texture dia, rasa geram kan!!! nampak soft sangat. So far aku akan guna pencuci ni 2x sehari, pagi dan petang, result memang the best, muka dah tak kusam, rasa bersih even selepas seharian makeup.
Untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak, perlu cuci muka berapa kali sehari pula? Jika kulit anda jenis berminyak, amalan mencuci muka secara keterlaluan hanya akan membuatkan kulit wajah anda menghasilkan lebih banyak minyak, dan nampak lagi kusam.
Malah, lembapan yang ada pada kulit akan tertanggal, kulit yang kurang kelembapan akan jadi makin berminyak. Jadi, cukuplah sekadar mencuci muka 2 kali sehari – sekali pada waktu siang dan sekali pada waktu malam. Gunakan jenis pencuci muka yang lembut dan tidak akan mengeringkan kulit. Jadi, Pencuci muka Aloe Vera Clean bubble Cleanser dari Hansaegee Nature ni lah yang sesuai.