(By Fiza Rahman on 09th Jan 2019)
Bestnya Pencuci Muka Aloe AC Clean Bubble Ni!! | Kalau disebut pasal kulit wajah kan, pasti semua orang inginkan kulit yang sihat. Bukan wanita sahaja, orang lelaki sekarang pon sangat mementingkan penjagaan kulit wajah tau. Sebab mengimpikan kulit wajah yang cantik, licin, tak berjerawat dan bermasalah antara impian setiap orang dan bukan tertakluk pada wanita saja yer. Makin meningkat usia ni, makin penting lah penjagaannya kan. Tak nak lah nanti muka nampak tua dari usia kan. Biar lah nampak awet muda
Bestnya Pencuci Muka Aloe AC Clean Bubble Ni!!
Macam saya… Alhamdulillah. Saya tak ada masalah kulit wajah yang teruk macam berjerawat, whitehead atau blackhead. Cuma masalah saya bila ada masa kulit wajah jadi berminyak dan kadang-kadang rasa macam kering dan kesat. Memang rasa tak best lah. Ni memang nak kena cari pencuci muka yang besesuaian dengan masalah kulit wajah. Iyalah… Dalam penjagaan kulit wajah ni kan, pemilihan pencuci muka adalah sangat penting tau.
Survey punya survey, saya tertarik dengan pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature ni. Actually 1st time juga dengar jenama ni. Tapi bila baca review dan ramai berpuas hati selepas menggunakannya, buat saya rasa tertarik nak mencuba. Oh! ya… Hanasaegee Nature ni merupakan jenama penjagaan kulit yang berpusat di Malaysia dan telah ditubuhkan sejak tahun 2011 lagi. Tapi, semua produk dibuat di Korea.
Fungsi Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Apa yang best dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni kan, ianya efektif menghilangkan kotoran pada wajah, membuang sel kulit mati, dan berfungsi menanggal alat solek (makeup remover) pada wajah. Antara fungsi lain:
- Merawat masalah jerawat pada wajah
- Membersihkan liang-liang pori dengan lebih mendalam
- Membersih dan melembutkan kulit wajah
- Mengeluarkan sebum dan minyak tambahan pada kulit
- Mengawal pengeluaran minyak pada wajah
- Membersihkan secara mendalam ke liang kulit
- Melembapkan kulit dan tidak mengeringkan kulit wajah selepas digunakan
Kandungan dan Texture Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Kalau kita nak menggunakan sesuatu produk tu, kita kena pastikan bahan-bahan yang terdapat didalamnnya. Untuk Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, ianya menggunakan 10 jenis ekstrak tumbuhan semulajadi. Antaranya Aloe Vera dan Tea Tree Oil yang sangat bagus untuk kulit.
Aloe vera kan banyak khasiatnya dimana ia boleh melembabkan kulit, mengurangkan jerawat, merawat parut jerawat dan melicinkan kulit sebab Aloe Vera mempunyai kandungan Vitamin C dan E serta beta kerotin yang tinggi. Pembersih muka Aloe AC Clean Bubble ni adalah dalam bentuk cecair. Texture nya pula jenis berbuih. Pam sekali saja dan dengan segeranya menjadi bubble foam yang lembut, licin dan tersangat ringan.
Best ke Pakai Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Kalau nak tahu best atau tidak, korang kena cuba dulu… hehehe… Ok lah, pada saya yang dah mencuba Aloe AC Bubble Cleanser ni, memang puas hati sangat bila pakai sebab best. Picit sikit je dah keluar buih. Masa mencuci muka pon dah terbuai-buai dengan kewangian nya. Wangi yang soft dan tak kuat. Lepas mencuci pula, kulit wajah rasa bersih, lembut, lembab, segar dan tak ada rasa kering lah. Yang best, kulit wajah yang sebelum ni rasa berminyak macam dah tak ada. Macam dah boleh ucap selamat tinggal kepada kulit berminyak nampak nya ni… hehehe… Nak menggunakan nya pon rasa yakin kerana semua bahan produk diluluskan secara sah dan selamat digunakan kerana produk penjagaan kulit Hansaegee Nature adalah yang berkualiti tinggi dan berasal dari Korea.
Kalau korang ada masalaha kulit berminyak dan rasa nak mencuba Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, harga untuk sebotol RM53.00 untuk 150ml. Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.