(By Nurfuzie on 12th February 2020)
Menjadikan travel sebagai hobi adalah salah satu cara cik en bagi reward dan masa santai pada diri selepas sibuk bekerja sepanjang tahun. Menjadi satu masalah pada cik en untuk kerap apply sunscreen sebab membataskan aktiviti cik en. So hasilnya, kulit cik en jadi kering dan sunburn (radangan matahari) terutama sekali di bahagian muka selepas travel. Selalunya cik en akan mula cari lidah buaya sebab bila dah sunburn, cik en akan mula kurang memakai produk jenis krim yang kebanyakannya menutup pori muka. Dengan apply lidah buaya, cik en akan rasa kesegaran dan kelembapan. Selepas kulit jadi ok, baru cik en mula cari whitening cream untuk cerahkan kembali kulit muka ini. Tapi susah juga nak cari lidah buaya sekarang ini. Cik en dapat tahu Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature berlainan dengan whitening cream yang ada di pasaran sebabnya tekstur Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ini jenis water drop based cream. Kiranya macam menjadi titisan air apabila apply di muka. That why, cik en tengah admirer dengan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ini. | Tips Merawat Sunburn Dan Kulit Kering Dengan (Pelembab) Moisturizer Water Based | Hansaegee Nature
Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature Rahsia Cik En Atasi Kulit Kering dan Sunburn
Kalau tak silap cik en, cik en diperkenalkan dengan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature tahun lepas lagi oleh kawan blogger cik en juga, Lisa Sepet. Dia sendiri masa itu ceritakan yang dia suka dengan foam Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ini. Berbeza dengan krim yang lain. Jadi dari situ, cik en terus mencuba Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ini dan kebetulan muka cik en tengah kering dan sunburn teruk disebabkan FAMTrip setiap minggu ke Pulau Tuba dan Pulau Payar Langkawi. So cik en kongsi dengan korang story penggunaan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature based pengalaman cik en sendiri
Apa itu Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature?
Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ini merupakan moisturizer dan whitening treatment. Ianya membantu memperbaiki kulit yang yang kering dan sunburn. Ianya berbeza dari whitening cream yang lain kerana menggunakan water drop sebagai melembabkan sekaligus mencerahkan kulit muka. Selain daripada itu, Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature mampu control balance excess oil dan sebum pada kulit yang berminyak dan juga kering.
Bahan apa yang ada dalam Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature?
*Camellia Japonica Seed Oil
Camellia Japonica Seed Oil banyak digunakan secara tradisional pada rambut dan kulit muka. Berfungsi melembabkan kulit secara lembut dan juga mampu mencerahkan kulit muka. Mengurangkan radangan dan sunburn pada kulit dan apa yang menarik Camellia Japonica Seed Oil ini tidak akan menutup pori di wajah.
*Niacinamide
Niacinamide dikenali sebagai vitamin B3 dan sangat baik dalam mencegah penuaan pada kulit. Ianya juga mampu mengawal sebum dan minyak berlebihan pada kulit, memperbaiki nada tone kulit yang tidak sekata serta membesarkan liang pori.
Selain itu Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature menggunakan juga Angelica Acutiloba Root Extract, Cnidium Officinale Root Extract, Gardenia Florida Fruit Extract, Paeonia Albiflora Root Extract, Pinus Densiflora Leaf Extract, Prunus Armeniaca (Apricot) Kernel Oil, Rehmannia Chinensis Root Extract sebagai bahan utamanya yang lain.
Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature Sesuai Untuk Masalah Kulit Apa?
Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ini sangat sesuai untuk masalah kulit berminyak, kulit kering, sunburn, kulit sentitif dan berjerawat, penuaan dan warna kulit tidak sekata
Kelebihan Aqua Whitening Cream Hansaegee NatureÂ
*Kelembapan Titisan Air
Water drop memberi kelembapan pada kulit tanpa kesan melekit. Menyegarkan dan memberi kesan sejuk pada kulit. Bahan yang berubah menjadi titisan air serta merta membantu memberi kesan kelembapan yang sangat tinggi sepanjang hari. Walaupun melembabkan kulit muka tapi ianya dikawal dengan kawalan lebihan minyak dan sebum
*Berfungsi menghidrat dan memutihkan
Ia mengandungi Niacinamide sebagai agen pemutihan, memperbaiki nada kulit yang tidak sekata, dan mampu membersihkan & membuat kulit menjadi terang, menenangkan kulit sensitif, dan kulit yang kukuh.
*Rumusan Menggunakan Ekstrak Herbal
Menggunakan ekstrak herba untuk bagi meresap jauh ke dalam kulit. Membantu mengurangkan keradangan dan sunburn. Bahan semulajadi sangat bagus dalam membentuk semula kulit yang sihat
Apa yang buat cik en suka dengan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ?
Cik en suka foam water drop based cream pada Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ini. Tekstur dia sejuk, halus dan wangi menjadikan cik en suka menggunakannya.
Dengan hanya apply keseluruhan muka, massage secara membulat di pipi, dagu, dan dahi kemudian tepuk tepuk manja pada keseluruhan muka. Pada masa itu, akan keluar titisan air yang halus dan kulit terasa segar dan sejuk. Bahagian kering dan sunburn dimuka mula kurang dan kulit menjadi lembab dah glowing. Seperti apply lidah buaya juga tapi iin tidak melekit.
Cik en pun akan apply di bawah mata sebab cik en mempunyai eyebag yang boleh tahan teruk. Waktu malam, cik en akan apply double layer untuk memastikan sepanjang cik en tidur, kulit sentiasa lembab
Inilah perbezaan yang boleh cik en kongsikan untuk penggunaan selama 2 minggu ini. Banyak perubahan yang cik en boleh rasa dan yang penting kesan sunburn mula berkurang dan kulit semakim lembab