(By Shehan on 21st Dec 2018)
Kalau korang baca blog Mommy sebelum ini, Mommy ada cerita yang Mommy travel ke Hatyai selama 3 hari 2 malam. Dan cuaca di sana, harap maklumlah.. memang panas!
Jadi.. tak sah kalau tak kena sunburn kan? Sunburn berlaku jika kita terdedah kepada matahari lebih daripada 30 minit. Bayangkanlah Mommy memang terdedah dengan panas matahari terutamanya di Samila Beach, Songkhla tu berjam lamanya.
Itu Mommy yang memang sah-sah pakai Sunscreen pun, terkena juga sunburn. Yang tak pakai apa-apa? Haaaa..
Kalau dah namanya travel di Thailand ini, memang tak dapat la nak elak cuaca panas kan? Jangan risau, Mommy ada tips mudah untuk hilangkan sunburn ini.
TIPS MUDAH HILANGKAN SUNBURN
Antara tips yang biasa kita dengar antaranya ialah sapu gel daun lidah buaya (aloevera) untuk hilangkan rasa perit pada kulit. Selain itu, timun juga boleh digunakan untuk menyejukkan kulit dan mengurangkan radang kulit kesan terbakar itu.
Untuk sunburn yang masih baru, boleh gunakan juga ais untuk redakan kemerahan dan membantu lembapkan kulit.
Rajin ke? Ok kalau tak nak buat cara-cara tradisional tu, nah Mommy kongsi tips paling mudah..
HILANGKAN SUNBURN DENGAN AQUA WHITENING CREAM BY HANSAEGEE NATURE
Selain penggunaan sunscreen sebagai pelindung segera, Mommy sarankan korang turut guna Aqua Whitening Cream secara konsisten untuk menghilangkan kesan sunburn ini. Kandungan utama produk ini iaitu Camellia Japonica Seed Oil membantu melembapkan kulit, mencerahkan dan merawat kulit kemerahan dan kesan terbakar / sunburn. Malah, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Bagus kan?
Mommy pernah reviu pengalaman Mommy menggunakan Aqua Whitening Cream di Jepun baru-baru ini dalam entri ini
Pelembap ini adalah antara pelembap terbaru yang Mommy cuba. Selepas sebulan lebih menggunakannya, Mommy betul-betul jatuh cinta.
Dengan tekstur yang ringan, tidak melekit, Mommy konsisten menggunakannya setiap hari. Yang paling unik, setiap kali Mommy sapu ke wajah, akan terhasil titisan air di wajah. Hasil titisan yang hadir itulah membantu kulit kita sentiasa lembap.
CARA GUNA AQUA WHITENING CREAM
Mommy akan sapukan ke seluruh wajah Mommy sejurus selepas menggunakan Aloe AC Bubble Cleanser. Kombinasi 2 produk ini memang sesuai untuk kulit Mommy.
Untuk produk penjagaan kulit yang berkualiti tinggi, selamat dan berasal dari Korea, Mommy sarankan untuk cuba produk Hansaegee Nature ini.