(By Syaza )
Hai semua. Siapa sejenis kulit kombinasi berminyak? Allah! Kulit muka jenis macam cx ni banyak juga cabarannya. Semua orang tau jenis kulit kombinasi maksudnya kulit tu ada part yang kering da nada part yang berminyak. Biasanya “T-zone” yang paling berminyak dan tepi hidung di pipi part tu kering, sometimes rasa tegang jugak! Inilah yang buat cx risau, sebab susah nak cari produk sincare yang sesuai.
Cuci Muka Berminyak
Dulu disebabkan “T-zone” cx tu berminyak (bila masuk tengahari lagi berminyak) muka rasa tak selesa, melekit, jadi sering cuci muka dengan pencuci muka, untuk kurangkan kulit berminyak tu! Pagi, tengahari, petang, malam sebelum tidur pun cuci muka (pencuci muka yang cx pilih tu jenis untuk kulit berminyak), tapi manatahu lah kulit muka jadi makin berminyak, dan biasa lepas cuci muka tu je terus rasa kulit kering dan tegang sangat – Tak betul ni!! Lepas tu baru cx tau, kulit muka tak boleh sering cuci, makin banyak cuci makin berminyak…Ha? Why? Sebab sering cuci muka kulit akan kering, dan ia akan merosakkan “skin barrier” di kulit, ia akan jadi makin nipis, lepas tu “skin barrier” ini tidak boleh berfungsi dengan baik, billa dalam keadaan macam ni, skin barrier akan mengeluar sebum yang berlebihan yang menjadikan kulit berminyak.
Muka Kering Setelah Cuci Muka
Lepas pengalaman di atas, cx tak berani nak cuci muka banyak kali dah, tetapi kulit muka masih rasa berminyak. Bukan je macam tu, biasa pagi lepas cuci muka rasa kulit kering dan tegang, sampai tengahari kulit mula berminyak…oh…mengapa ni? Keadaan macam ni dah continue lama, samapai satu hari cx baru dapat tau jika salah pilih pencuci muka yang tak sesuai muka tidak dapat dicuci dangan bersih dan judak akan buat muka rasa kering dan tegang. Pori-pori akan tersumbat, jadi kulit akan keluar banyak minyak, ini jadilah kulit berminyak berlaku.
Kalau salah pakai produk, habislah muka. Macam cx, kalau produk tu tak sesuai dengan kulit muka cx, nanti akan naik tompok-tompok putih tau. Dia macam panau. Teruk juga dulu kena. Banyak juga cuba produk untuk cari yang serasi. Daripada mahal sampailah yang murah. Semua dah cuba. Tapi kali ini, cx tertarik untuk cuba produk dari Hansaegee Nature yang merupakan produk asli 100% dari Korea. Korea juga terkenal sebagai negara yang menitikberatkan soal kecantikkan kulit wajah. Sebab tu orang korea cantik tertarik memang da bom!
Okay, serba sedikit cx kongsikan tentang Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ini ya. Ianya mengandungi gabungan mantap dua bahan utama iaitu Aloe Vera dan Tea Tree Leaf Oil. Dua bahan ini mempunyai keistimewaan dan kekuatannya tersendiri dalam penjagaan kulit wajah. Umum tahu Aloe Vera bertindak mengawal minyak di wajah, membersihkan liang pori, melembabkan kulit wajah, melembutkan dan melegakan kulit sensitif. Sementara itu, bahan utama kedua adalah Tree Leaf Oil yang mana mampu membantu masalah kulit berjerawat, mengurangkan infeksi kepada kulit, memberi kelembutan, anti fungus dan melicinkan kulit wajah.
Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ini didatangkan dalam bentuk botol agar tahap kebersihan dan keselamatan kandungannya terpelihara dan selamat untuk digunakan. Fungsi utama Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ini adalah;
* Mengatasi masalah kulit wajah berjerawat
* Membersihkan liang pori dengan lebih dalam.
* Merawat kulit wajah bermasalah
* Mengawal minyak pada permukaan kulit wajah
* Memberi kelembapan dan tidak mengeringkan kulit
Tekstur sejenis buih membuatkan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ini menjadi pilihan cx kerana teksturnya sangat lembut dan bila mencuci muka, cx rasa puas. Selalu kalau cuci muka, akan rasa macam kulit sedikit kering dan meregang tetapi tidak dengan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser. Ianya membuatkan kulit muka cx rasa bersih sangat. Terasa sangat segar dan kulit pon lembab sahaja tidak kering. Rasa selesa sahaja muka ini seolah-olah dapat bernafas. Rasa macam kulit baby pula. Hehe Agaknya sebelum² ni, liang dekat muka ni tersumbat kot, sebab tu rasa lebih bersih dan puas hati selepas pakai Aloe Ac Clean Bubble ini. Alhamdulillah serasi.
Cara Guna:
1. Tekan pemicit Aloe Ac Clean Cleanser ke tapak tangan mengikut berapa banyak yang diperlukan.
2. Pastikan tangan basah terlebih dahulu. Kemudian urut lembut ke wajah foam tadi mengikut urutan membulat.
3. Basuh muka sehingga bersih
Tips Penjagaan Kulit Kombinasi Berminyak
Tips penjagaan kulit kombinasi berminyak? Senang je, ingat 2 perkara.
~ Cuci muka 2x kali sehari dah cukup, pagi sekali, malam sekali. Jangan terlebih cuci ya!
~ Pilih lah pencuci muka yang sesuai. Pencuci muka ini mestilah jenis ringan, lembap, lepas cuci tidak megeringkan muka, dan yang penting boleh dapat cuci dengan secara mendalam, bersih pori-pori.
Best sangat pakai Aloe Ac Clean Cleanser ni tau! Serius! Dahlah bau dia pon wangi, lembut sahaja. Suka sangat bau dia. Kalau boleh nak bau selalu. Hihi. Harga dia pom InshaaAllah berbaloi. Kita nak yang terbaik untuk kulit wajah kan? Cantik itu pelaburan. Betul tak? InShaaAllah bertahan mengikut kekerapan guna. Dah kalau asyik tekan main buih, memang cepatlah habis. Hihi.