ASSALAMMUALAIKUM WBT
Hai semua .. Hari nie Yana nak kongsikan dengan anda semua satu tips untuk kulit kita tampak lebih berseri tapi dengan cara yang selamat dan sihat .. Jom baca.
Haa , tips penjagaan muka untuk kulit kelihatan lebih berseri tapi dengan cara yang sihat dan cara glowingkan muka bermula dengan penggunaan Moisturizer terbaik Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature .. Yana dah lebih 3 minggu Yana menggunakan pelembap muka terbaik nie dan Yana sangat berpuas hati dengan hasilnya .. Aqua Whitening Cream nie sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak , kulit jenis kombinasi , kulit kering ,kulit sensitif dan berjerawat , bagi mereka yang mempunyai masalah sunburn , kulit berkedut last but not least bagi mereka yang mempunyai masalah tona kulit tidak sekata ..
Cara Pakai moisturizer Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature nie ?
Ala mudah saja cara nak gunakan Aqua Whitening Cream nie , setelah anda selesai membersihkan wajah anda .. Ambil Aqua Whitening Cream sapukan ke wajah dan leher anda .. Urut dengan lembut sehingga muncul titisan air di wajah anda selepas beberapa saat anda urut wajah anda .. Kemudian , tepuk perlahan-lahan kulit anda sehingga Aqua Whitening Cream dapat diserap sepenuhnya ke dalam kulit ..
Gambar dekat bawah nie Yana akan terangkan satu persatu step yang Yana buat semasa nak apply Aqua Whitening Cream nie dekat muka Yana
Okay nie tekstur Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature .. Teksturnya ringan dan tidak melekit tau ..
Kemudian , Yana letakkan atas tangan Yana untuk anda nampak dengan lebih jelas tekstur Aqua Whitening Cream nie ..
Bila Yana sapu atas tangan Yana dia jadi macam nie .. Nampak macam krim pelembap yang biasa kan ? Tunggu sekejap ..
Selepas Yana sapukan Aqua Whitening Cream nie dalam beberapa saat sahaja terhasilnya water drop yang membuatkan Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature nie lain daripada krim-krim pelembap yang lain ♥
Apakah Tekstur Aqua Whitening Cream ?
Tekstur Aqua Whitening Cream daripada Hansagee Nature adalah moisturizer water based sangat-sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak , kulit jenis kombinasi dan kulit kering sebab ia akan membuatkan kulit anda nampak glowing tanpa melekit dan berminyak .. Pendek kata , dia nampak glowing secara sihat gituu ..
Apakah Fungsi Aqua Whitening Cream ?
Okay kalau anda semua nak tahu terdapat beberapa fungsi Aqua Whitening Cream iaitu :
*Melembapkan & Memutihkan & Menjaga Kulit yang Berfungsi
*Mengawal sebum & minyak berlebihan pada kulit
*Membaiki kulit yang kemerahan dan terbakar matahari
Bahan-Bahan yang Digunakan dalam Aqua Whitening Cream
Bahan-Bahan Utama dalam Menghasilkan Aqua Whitening Cream adalah :
Niacinamide, Glycerin, Camellia Japonica Seed Oil, Butylene Glycol, Prunus Armeniaca (Apricot) Kernel Oil, Allantoin
Kebaikkan Niacinamide untuk kulit ialah :
*Menjaga kelembapan kulit
*Memperbaiki kulit yang rosak
*Mengawal kulit berminyak
*Mencerahkan tona kulit
Water Drop Moisturizer
Kesan penghidratan ajaib. Titisan air memberi kelembapan pada kulit & rasa tidak melekit.
Menyegarkan kulit – Kulit anda terasa sejuk & lembut. Selepas Aqua Whitening Cream ini disapukan pada kulit selepas beberapa saat akan muncul water drop yang akan memberi kesan kelembapan yang tinggi pada kulit sepanjang hari … Selain itu , ia juga moisturizer untuk kulit berminyak yang dapat mengawal minyak yang berlebihan di bahagian wajah ..
Review daripada Yana Selepas Beberapa Minggu Menggunakkan Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature
Sejujurnya , Yana sudah mula jatuh cinta dengan krim siang dan malam terbaik daripada Hansaegee Nature nie .. Selepas Yana menggunakannya kulit Yana rasa lebih lembut , segar dan kurang berminyak .. Cara makeup tahan lama setiap kali Yana make up dia akan buat make up Yana nampak lebih pigment dan tahan lama berbanding sebelum Yana menggunakan Aqua Whitening Cream nie .. Teksturnya yang ringan dan water based membuatkan kulit Yana tidak melekit setiap kali selepas Yana memakainya ..Kalau nak Tips muka glowing , Yana sangat syorkan Aqua Whitening Cream nie kepada anda semua yang mempunyai masalah kulit seperti yang Yana nyatakan di atas .. Yana rasa itu sahaja yang Yana nak kongsikan dengan anda semua mengenai Aqua Whitening Cream daripada Hansagee Nature ..