(By Eiza on 17th Dec 2020)
Memakai pelembap muka adalah antara rutin asas penjagaan wajah yang korang perlu tahu. Perlu dipakai dua kali sehari, sejurus selepas korang selesai mencuci muka. Korang boleh skip rutin step penjagaan wajah yang lain (jika mahu) tetapi JANGAN skip pemakaian pelembap. Di farmasi terpilih, terdapat banyak jenis pelembap yang dirumus khas untuk jenis kulit seperti kulit kering, kulit berminyak, kulit kombinasi dan kulit matang.
Selit dalam minda, pelembap yang berkualiti sepatutnya tidak akan mengakibatkan kesan pedih, panas dan rasa terbakar. Jika korang terpakai pelembap atau apa-apa produk yang sebegitu, stop segera pakai. Tiada istilah ‘itu proses tindakbalas normal baikpulih kulit.’
Ini adalah kerana, pelembap yang baik dapat ‘mengunci’ kelembapan dan nutrien semulajadi kulit, mengelakkan daripada kulit menjadi kering, memperlahankan tanda-tanda penuaan, serta membantu mengurangkan jerawat.
Pernah tak, muka korang berpeluh selepas memakai produk untuk melembapkan kulit? Menurut Puan Mary (master trainer Akademi Perunding Imej Profesional), jika ya berkemungkinan besar produk tersebut mempunyai tekstur yang agak berat. Dan di cadangkan agar korang bertukar kepada pelembap yang mempunyai tekstur yang lebih ringan, selalunya dalam bentuk gel atau losyen. Menyerap hampir serta-merta sebaik sahaja disapu pada kulit. Mempunyai kandungan bebas minyak (oil-free) terutama untuk kulit yang sudah sedia berminyak. Pilih pelembap yang tidak menyumbat pori-pori di mana tertulis “non-comedogenic” pada bungkusan produk.
Tekstur
Kali ini aku nak share dengan korang mengenai pelembap wajah dari Hansaegee Nature iaitu Aqua Whitening Cream. Skincare yang berasal dari Korea. Walaupun namanya cream tapi tekstur moisturizer ini sangat light-weight. Warnanya pun bukan putih solid seperti kebanyakkan cream. Lebih kepada semi-transparent.
Pengalaman
Semasa artikel ini ditulis, aku baru seminggu lebih guna pelembap ni. Aku guna siang dan malam. Senang, tak perlu guna 2 pelembap yang berlainan. Jimat pun iya juga. Malaysia masih berjuang membanteras pendamic Covid-19 dan kesannya kita semua sedang alami. Membeli hanya untuk barang keperluan sahaja. Banyak keinginan kena letak tepi buat sementara waktu.
Yang aku perasan, pelembap ni berbau mild lemon, sejuk tak kala ia disapu, ringan, pantas menyerap, tak rasa sticky dan mampu mengawal minyak berlebihan di wajah. Kulit aku jenis kombinasi dan sedikit berminyak di kawasan t-zone. Aku amat berhati-hati memilih produk pelembap wajah sebab jika tersalah pilih, kacau bilau muka aku jadinya. Dan sepanjang tempoh aku guna Aqua Whitening Cream, takde timbul sebarang bad reaction. Alhamdulillah.
Cara menggunakan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
- Sapu lembut krim pada seluruh wajah dan leher. Beberapa saat ‘water drop’ akan keluar.
- “Patting” wajah korang secara lembut menggunakan tangan.
- Guna Aqua Whitening Cream pada waktu pagi dan malam.
Korang boleh cuba dulu dekat tangan, tengok sama ada sesuai atau tidak dengan kulit korang. Tengok sama ada, ia beri kesan iritasi atau tidak. Kalau takda, boleh la pakai terus dekat muka. Biasalah, kulit kita ni lain-lain.
Fungsi dan Kandungan Aqua Whitening Cream
Kandungan utama yang terdapat di dalan Aqua Whitening Cream adalah Camellia Japonica Seed Oil dan Niacinamide. Kandungan lain yang terdapat dalam krim ini juga adalah Angelica Acutiloba Root Extract, Cnidium Officinale Root Extract, Gardenia Florida Fruit Extract, Paeonia Albiflora Root Extract, Prunus Armeniaca (Apricot) Kenel Oil, Rehmannia Chinensis Root Extract dan lain-lain.
Kelebihan Aqua Whitening Cream
- “Water drop” yang memberikan kelembapan pada kulit dan tidak melekit.
- Memberikan efek kesegaran pada kulit dengan segera.
- Ia mempunyai fungsi pemutih pada kulit dan dalam masa yang sama menghidrat kulit anda.
- Merawat kesan sunburn jika kulit terdedah kepada cahaya matahari.
- Mempunyai ekstrak herba supaya kulit dapat menyerap pelembap dengan lebih cepat dan berkesan.
- Whitening & Moisturizing effect plus formulated with Herbal extract which give deep penetrate within skin, normalize moisture level in the skin and make clearer & firmer skin.
Fungsi Camellia Japonica Seed Oil
- Non-comedogenic,
- Not blocking skin pores
- Not contributing to acne
- Membaiki kuli kering dan kulit rosak akibat terbakar
- Melembapkan kulit sehingga ke lapisan kulit wajah paling bawah
Fungsi Niacinamide (salah satu ingredients yang aku suka)
- Dikenali juga sebagai vitamin B3 untuk merawat penuaan
- Berfungsi sebagai agen pencerahan kulit
- Memperbaiki garis kedutan halus, kulit kusam dan permukaan kulit wajah yang bermasalah
- Mengawal minyak
- Melembutkan kulit
- Mengecilkan liang pori
Selain pelembap muka, terdapat pelbagai produk penjagaan wajah yang lain. Jika korang berminat, Ada free gift dan free postage! Jimat banyak.
Aqua Whitening Cream, Krim Berasaskan Water Drop (50ml)