(By Marina Bashah on 01st July 2020)
Review Fungsi Pelembap Muka Yang Tidak Berminyak Dari Hansaegee Nature | Melihat ramai pengguna memberikan feedback yang positif terhadap Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature, Marina rasa tertarik untuk mencuba sendiri pelembap wajah yang mampu mencerahkan kulit juga ini.
Susah nak cari pelembap muka yang serasi dengan kulitkan? Ada tak kalian melalui pengalaman apabila pakai moisturizer, muka akan jadi berminyak dan make up bercapuk? Tambahan kalau berada di bawah cahaya matahari, muka jadi berkilat, make up yang sepatutnya jadi cantik habis rosak gara-gara pakai moisturizer yang tak sesuai dengan kulit wajah kita.
Ada tak di antara kalian yang hanya amalkan supplement untuk mengekalkan kecantikan kulit? Penjagaan kulit secara luaran juga adalah amat penting tau. Jeragat dan jerawat akan muncul di kulit wajah jika terdedah pada persekitaran yang tidak bersih dan kita tidak mengambil langkah untuk membersihkan wajah. Debu kotoran yang melekat di kulit wajah tidak akan hilang dengan hanya mengamalkan supplement.
Punca masalah kulit wajah gelap
#1 Terdedah kepada cahaya matahari
#2 Parut akibat jerawat atau luka
#3 Hormon seperti wanita yang mengandung dan faktor umur yang semakin meningkat menyebabkan pigmentasi berlaku.
# Tidak memakai Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream untuk melindungi kulit wajah dari sinaran UV
Cara Memilih Moisturizer
Untuk memilih moisturizer yang sesuai dengan kulit wajah, kalian perlu melihat kandungan minyak dan air yang terkandung dalam pelembap tersebut.
#1 Kulit kering dan menegang – Sesuai menggunakan pelembap jenis krim yang yang berasaskan air dan minyak.
#2 Kulit berminyak dan kombinasi (kering dan berminyak) – Gunakan pelembap jenis gel. Pelembap jenis gel mengandungi kadar lembapan air bebas minyak. Kalian yang mengalami masalah jerawat seeloknya menggunakan moisturizer jenis gel kerana moisturizer jenis krim dan losyen akan menyebabkan liang pori-pori tersumbat.
#3 Kulit kering yang ekstrem – Gunakan pelembap jenis losyen. Pelembap jenis losyen ini mempunyai kadar kelembapan yang tinggi berbanding gel. Kalian yang mempunyai kulit kering teruk sehingga menggelupas seeloknya gunakan pelembap jenis ini.
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature adalah sejenis moisturizer yang dihasilkan untuk melembapkan, memperbaiki kulit tona tak sekata, meredakan kulit sensitif dan dalam masa yang sama mencerahkan kulit wajah.
Krim pelembap ini juga boleh mengawal minyak yang berlebihan di wajah. Ianya sesuai digunakan untuk semua jenis kulit, samada kulit sensitif, kulit normal, kulit berminyak atau kulit kombinasi.
Estrak Herbal yang terkandung di dalam Aqua Whitening Cream memulihkan kelembapan kulit sehingga ke kulit paling bawah dan mengekalkan kelembapan kulit untuk membentuk kulit wajah yang lembut.
Aqua Whitening Cream ini selamat digunakan. Ianya tiada paraben, alkohol dan sulfat yang boleh memudaratkan kulit wajah.
Fungsi dan Kandungan Aqua Whitening Cream
Kandungan utama yang terdapat di dalan Aqua Whitening Cream adalah Camellia Japonica Seed Oil dan Niacinamide. Kandungan lain yang terdapat dalam krim ini juga adalah Angelica Acutiloba Root Extract, Cnidium Officinale Root Extract, Gardenia Florida Fruit Extract, Paeonia Albiflora Root Extract, Prunus Armeniaca (Apricot) Kenel Oil, Rehmannia Chinensis Root Extract and etc.
Fungsi Camellia Japonica Seed Oil
• Non-comedogenic,
• Not blocking skin pores
• Not contributing to acne
• Membaiki kuli kering dan kulit rosak akibat terbakar
• Melembapkan kulit sehingga ke lapisan kulit wajah paling bawah
Fungsi Niacinamide
• Dikenali juga sebagai vitamin B3 untuk merawat penuaan
• Berfungsi sebagai agen pencerahan kulit
• Memperbaiki garis kedutan halus, kulit kusam dan permukaan kulit wajah yang bermasalah
• Mengawal minyak
• Melembutkan kulit
• Mengecilkan liang pori
Cara menggunakan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
1. Gosok krim pada seluruh wajah dan leher. Beberapa saat water drop akan keluar.
2. “Patting” wajah kalian secara lembut menggunakan tangan.
3. Guna Aqua Whitening Cream pada waktu pagi dan malam.
Review Marina Selepas Menggunakan Hansaegee Nature Whitening Cream
Bau wangi seperti bau lemon yang lembut terjah masuk ke hidung apabila Marina bukak bekas Aqua Whitening Cream. Memang rasa tenang je bau dia. Warna krim dia putih hampir-hampir nak jernih. Semasa nak sapukan krim di muka, Marina rasa tekstur krim dia seperti gel yang sangat lembut, tu belum sapu lagi di muka, baru rasa di jari. Bila dah sapu di muka, krim dia tak rasa berminyak, tidak melekit dan cepat meresap dalam kulit. Marina rasa selesa guna Aqua Whitening Cream ni sebab muka Marina tak berminyak walaupon kena cahaya matahari. Yang bestnya tak perlu ambil masa yang lama untuk keringkan krim di muka. Selepas seminggu menggunakan Aqua Whitening Cream, kulit wajah Marina dah semakin lembut dan nampak tegang.
Nampak tak beza? Sebelum nampak muka kusam kan?