(By Munirah Izzan on 15th May 2020)
Assalamualaikum semua
Masih kekal patuh arahan Perintah Kawalan Pergerakan ke tu? Alhamdulillah me masih setia duduk kat rumah ni.
Rutin penjagaan muka harian macamana? Masih terjaga atau dah ke laut?
Walaupun kita duduk kat rumah je, jangan sekali-kali abaikan rutin penjagaan muka tau. Duduk rumah bukan alasan untuk bermalas-malasan nak belek muka.
Kali ni me nak ajak korang berkenalan dengan satu produk ‘Made in Korea’ dari Hansaegee Nature, iaitu Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream. Yaaa, seperti yang kita tau, Korea adalah antara pengeluar skincare terbaik di dunia.
Kelebihan
Sebelum tu nak share dulu kelebihan water based moisturiser ni.
- Water drop memberikan kelembapan dan kesegaran pada kulit dan tidak melekit.
- Mempunyai fungsi pemutih dan menghidrat kulit pada masa yang sama.
- Membantu untuk merawat kulit kering dan kesan sunburn jika kulit terdedah kepada cahaya matahari.
- Mempunyai ekstrak herba agar serapan pelembap lebih cepat dan berkesan.
- Membantu menyegarkan kulit dan mengawal lebihan minyak dan sebum.
Tekstur dan Bahan
Teksturnya yang water based adalah sangat ringan dan tidak melekit.
Antara bahan yang terdapat dalam produk ni ialah : Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Pinus Densiflora Leaf Extract, Sodium Chloride, Angelica Acutiloba Root Extract, Paeonia Albiflora Root Extract, Rehmannia Chinensis Root Extract, Prunus Armeniaca (Apricot) Kernel Oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia Florida Fruit Extract
Cara Penggunaan
Produk ni sangat mudah digunakan. Selepas membersihkan kulit, sapukan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream pada wajah. Urut lembut dan korang akan dapati ‘water drop’ akan terhasil dan tepuk lembut agar memudahkan kulit untuk menyerap pelembap. Kulit akan terasa lebih segar dan selesa selepas penggunaan.
Pendapat Peribadi
Me suka sangat dengan produk pelembap ni. Sangat ringan dan tidak melekit walaupun berpeluh. Betul ke tak melekit?Betul ke tak berminyak? Mari sini nak tunjuk sikit kat buktinya kat korang yang ragu-ragu tu.
Eksperimen ni me gunakan Bubble Foam Ball.
1. Letakkan sedikit Bubble Foam Ball dalam mangkuk.
2. Pada belakang tapak tangan, sapukan Aqua Whitening Cream pada sebelah kiri dan moisturiser biasa pada sebelah kanan.
3. Celup belakang tapak tangan ke dalam Bubble Foam Ball tu.
4. Boleh nampak perbezaan tak kat situ? Bubble foam tak melekat pada sebelah kanan maknanya apa tu? Haaaaaa.. maknanya Aqua Whitening Cream ni terbukti tidak melekit dan tidak berminyak.
Pengalaman menggunakan produk ni memang sangat istimewa. Tak pernah lagi tau me jumpa produk yang menghasilkan water drop selepas dioles ke kulit. First time guna, memang rasa teruja sangat tengok water drop tu muncul. Yelah, selama ni mana pernah jumpa moisturiser yang ada water drop ni kan. Tapi bila water drop tu muncul jangan pulak korang lap. Dap dap manja sikit untuk bantu water drop tu meresap dalam kulit.
Kulit terasa lembab je selepas guna. Memang sesuai sangat dengan cuaca negara kita yang tak menentu ni.
Dah few weeks selepas mula gunakan Aqua Whitening Cream ni, alhamdulillah memang sangat serasi dengan me. Me gunakan 2 kali sehari iaitu pagi dan malam. Memang terasa kulit semakin lembab. Psssttt.. boleh bantu untuk kecilkan pori tau. Worth to buy orang kata Pakai ni sebelum pakai mekap insyaAllah tak bercapuk. Best!!
Aqua Whitening Cream ni sesuai untuk semua jenis kulit ye, tak kira lelaki atau perempuan. Korang yang ada masalah kulit sensitif, kulit kering dan tidak sekata, me sarankan korang cuba Aqua Whitening Cream ni.