REVIEW AQUA WHITENING CREAM HANSAEGEE NATURE.
(By NurFarah on 16th Jan 2019)
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat pembaca setia Blog Cik Nurfarah.
Maaf sebab lama tak update blog sebab sangat sibuk dengan pekerjaan hakiki.
Hari ini aku nak kongsi pengalaman menarik tentang produk kecantikan dari Korea iaitu Aqua Whitening Cream dari jenama Hansaegee Nature.
Jenama Hansaegee Nature ialah skincare dari Korea. Salah satu produk kecantikan yang telah aku cuba dari jenama Hansaegee Nature ialah Aqua Whitening Cream.
1. Fungsi Utama
Sebelum aku kongsi dengan lebih lanjut tentang produk ini. Aku nak korang tahu tentang keistimewaan yang terdapat dalam Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ni.
Aqua Whitening Cream merupakan krim pelembap.
Ianya juga boleh membantu merawat kesan sunburn, atau muka merah-merah disebabkan kesan panas matahari.
Sangat melembabkan muka dan boleh menjadi titisan air selepas di sapu ke kulit.
“Aqua Whitening Cream”. It is a Moisturizer. It Repair SunBurn & Redness Damaged Skin well. And Super Deep Moisture Skin with the Water Drop .
Fungsi Aqua Whitening Cream
Fungsi utama Aqua Whitening Cream ni ialah:
- Kesan menghidrat ajaib
- “Water drop” yang memberikan kelembapan pada kulit dan tidak melekit selepas di sapu ke kulit.
- Menyegarkan semula kulit.
- Kawalan lebihan minyak / sebum.
- Ia mempunyai fungsi pemutih pada kulit dan dalam masa yang sama menghidrat kulit anda.
- Merawat kesan sunburn, atau muka merah-merah disebabkan kesan panas matahari.
2. Khasiat Utama Bahan.
Aqua Whitening Cream ni diformulasi dengan ekstrak herba yang mampu menembusi lapisan kulit dan membaik pulih kulit yang mengalami kesan sunburn, atau muka merah-merah disebabkan kesan panas matahari. Sangat sesuai dengan cuaca di Malaysia yang sentiasa panas ni.
Camellia Japonica Seed Oil
Non-comedogenic, tak menghalang liang pada kulit, tidak menyumbang kepada jerawat. Sesuai sangat untuk membaikpulih kekeringan dan kerosakkan kulit akibat sunburn. Selain itu dapat memberi kelembabpan yang sangat baik sehingga kelapisan kulit paling bawah.
Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3)
Membantu memperbaiki tona kulit. Berfungsi mencerah, membersih dan menegangkan kulit.
Kandungan yang terdapat di dalam Aqua Whitening Cream.
Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Pinus densiflora leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officinale root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia florida fruit extract.
3. Tesktur
Tekstur Aqua Whitening Cream sangat lembut. Berbentuk water drop base cream. Sangat mudah meresap ke dalam kulit dan langsung tidak melekit. Selalunya jika kita pakai pelembab biasa mesti rasa kurang selesa sebab melekit dan rasa berminyak tetapi dengan menggunakan Aqua Whitening Cream ini masalah tersebut dapat diatasi.
Pertama kali penggunaan pun kulit dah lembut, sekiranya digunakan dengan lebih konsistan, pasti selepas ini kulit semakin lembut selembut kulit bayi.
Tapi, sebelum itu, jom kita tengok testimoni yang di sapu di permukaan tangan dulu ya
4. Cara Guna
- Mula-mula kita kena bersihkan muka dulu. Selepas itu boleh gunakan toner.
- Sapukan Aqua Whitening Cream di wajah dan leher. Kita perlu “dap-dap-dap” ia perlahan-lahan ke muka sehingga titisan air timbul selepas beberapa saat.
Aqua Whitening Cream ni sangat lembab, walaupun telah menjadi titisan air pada kulit muka, lepas kita sapu rata ia akan mudah diserap ke dalam kulit. Kulit akan berangin sikit tapi bukan berangin macam menthol tu cuma rasa sangat segar dan selesa.
Korang boleh lihat sebelum dan selepas memakai Aqua Whitening Cream.
Sebelum memakai cream ni, kulit aku agak kering sedikit tetapi selepas memakai cream ni alhamdulilah kulit rasa sangat lembab dan segar. Selepas beberapa hari pengunaan, masalah kulit kusam, tone tidak sekata, kesan sunburn dapat di atasi. Dan yang paling aku suka, dapat mengecilkan liang roma, masalah black head dan white head pun makin berkurang. Jerawat pun makin mengecil dan kulit makin halus.
Gambar di atas aku cuma pakai Aqua Whitening Cream sahaja, tanpa memakai solekan. Tapi yang bestnya, apbila korang pakai Aqua Whitening Cream sebagai basesebelum make-up pun memberi kesan yang cantik untuk make-up korang. Make-upakan lebih tahan lama dan langsung tak bercapuk.
Nahh kita belanja lagi gambar terbaru. Memang tahan lama dan langsung tak rasa kulit kering walaupun seharian mepakai make-up.
Setelah korang memakai Aqua Whitening Cream ni, foundation memang langsung tak bercapuk dan rasa smooth je kat muka. Lepas tu langsung tak mengeringkan muka malah rasa macam kulit makin lembut, lembab dan cerah sempurna.
Review tentang produk:
Secara keseluruhan aku sangat berpuas hati dengan Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ni. Memang cream pelembab idaman yang aku cari selama ini sebab mampu melembabkan kulit, menghilangkan sun-burnt, kecilkan pori kulit dan mencerahkan.
Buat masa ni, setiap hari aku menggunakan cream ni. Terutamanya setiap kali keluar rumah. Kulit muka rasa kekal lembab dan segar walaupun terkena panas matahari. Selain daripada itu, cream ini memang sesuai dengan kulit aku yang sensitif. Jerawat pun makin mengecil dan kulit terasa sangat lembut.
Harganya sangat berpatutan dan sesuai dengan kualiti yang diberikan. Boleh dijadikan cream malam dan siang. Memang sangat berbaloi dan korang patut cuba cream ini untuk menikmati kebaikannya. Aku memang suggest pada korang yang tengah mencari skincare yang berkualiti dan berkesan untuk kulit korang.
5/5 bintang!
Akan beli lagi ?:
Sudah tentu.
AQUA Whitening Cream – Hansaegee Nature
Saiz, kapasiti:
50ml (65 × 65 × 55 mm)
Harga :
RM148.30
Jenis Kulit :
Semua jenis kulit (kering, sensitif, berminyak, berjerawat)
Jenis produk:
Memutihkan dan Melembap
Kegunaan:
Muka & Leher
Siang dan malam
Sekiranya korang mencari skincare yang sesuai dengan semua jenis kulit, melembapkan dan memutihkan, memberi tona sekata pada kulit dan dalam masa yang sama memperbaiki kulit muka, Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream adalah pilihan yang sangat tepat dan terbaik. Banyak lagi produk penjagaan kulit lain jenama Hansaegee Nature yang korang boleh cuba. Insyaallah memang tidak menghampakan.
Ini adalah testimoni peribadi Cik Farah. Kesan penggunaan bergantung kepada kulit masing-masing.
Terima kasih kerana membaca entry ini
Jumpa lagi