(By Liza Aryanna Izaara on 01st Feb 2019)
Assalamualaikum semua, siapa yang kat sini jenis muka berminyak? Mesti korang rasa kurang yakin bila berhadapan dengan orang ramai kan kan. Macam saya juga, muka saya ni memang cepat sangat mengeluarkan minyak walaupun dah pakai makeup tebal gila. Terpaksa touch-up banyak kali untuk cover minyak tu. Bahagian yang selalu berminyak pula adalah di bahagian T Zone. So memang rimas sangatlah, kadang-kadang bila keluar tu cepat-cepat nak balik supaya dapat basuh muka.
Saya dah try banyak produt lain tapi muka still berminyak, sampailah saya jumpa produk daripada Hansaegee Nature iaitu ALOE AC Clean Bubble Cleanser. Kenapa saya pilih produk ni? sebab Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni berbentuk buih-buih halus bila di pam di tangan. Ia akan meresap jauh ke dalam kulit muka korang untuk keluarkan semua minyak-minyak, pori yang tersangkut, sampai ke liang pori paling hujung dia cuci habis. Lepas dia keluarkan semua minyak dan kotoran muka tu, muka akan terasa lembap dan segar. Tidak mengeringkan sama sekali ya. Balik-balik jugalah saya cuci muka dengan cleanser ni hahaha. Rasa macam ketagih la pula! hahaha OH YA! All product dari Hansaegee Nature ni, 100% Original “MADE IN KOREA” tau.
Bukan setakat muka berminyak, tapi muka saya ni juga jenis yang cepat kering dan kusam. Bila dah selalu pakai makeup, macam-macam bahan kimia yang dah sangkut dekat kulit ni. So, ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni banyak membantu dalam menjaga kulit wajah saya sebab banyak kelebihan dan kebaikan pencuci muka ni. Korang boleh baca dibawah ni kebaikan Cleanser Hansaegee Nature ni ya
- Mengawal minyak yang berlebihan
- Menanggalkan sel kulit mati
- Mencuci jauh ke dalam lubang pores muka
- Membantu merawat masalah jerawat
- Melembapkan kulit (lepas cuci, muka akan lembap dan tidak kering)
- Super Clean Bubble Cleanser
- Sesuai dengan semua jenis kulit (Oily, Dry and Combination)
Kebanyakan pencuci muka yang lain, lepas cuci muka confirm akan kering kan, tapi ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni TIDAK SAMA SEKALI !! Lepas ja cuci muka, kulit muka saya ni tetap lembap. Selalu lepas cuci muka rasa kejang ja muka kan, tapi yang ni rasa lembut ja muka. Memang best sangat-sangat. Sambil dia buang kotoran tu kan, kulit mati juga akan di bawa bersama. Ada juga kesan exfoliate tapi tidak akan merosakkan sel kulit sihat,malahan dia bagi nutrien pada kulit kita. Produk ni juga mengandungi Tea Tree Leaf Oil yang sangat bagus untuk kulit. So memang kulit muka kita akan nampak lebih bermaya,sihat dan mencerahkan juga sebab dia dah buang sekali sel-sel kulit mati.So, produk ni memang sangat sesuai untuk semua jenis kulit sama ada kulit sensitif, kering, berminyak, jerawat, blackhead, whitehead dan kulit kusam.
Sekarang ni, bila pakai makeup lama pun tak risau dah sebab ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni membersih jauh kedalam lubang pores muka kita. So, kulit muka kita akan sentiasa terjaga sepanjang masa. Bukan tu saja tetapi apa yang saya paling perasan sekali, pori makin kecik dan sekaligus whitehead pun berkurangan. Nampak tak buih dia, memang halus dan akan masuk jauh kedalam kulit korang.
Okay korang, kalau nak kulit putih segebu ala orang Korea, saya recommended korang dengan Produk Hansaegee ni ya. Saya susah nak recommend orang bab-bab produk kecantikan ni tapi Produk Hansaegee Nature ni paling terbaik sebab tu saya nak kongsi dengan korang semua, supaya sama-sama CANTIK!! Produk Hansaegee Nature ni adalah produk yang berkualiti tinggi dan selamat digunakan. So boleh refer details dibawah, untuk dapatkan produk-produk Hansaegee Nature.
Pic baru lepas cuci muka, memang sangat-sangat segar, lembut, bermaya, dan glowing, Try It Girls!!
See you next entry. Babai