(By KasihJuju on 07 January 2020)
Hai semua,
Kalau korang pembaca setia blog Juju, mesti pernah baca pasal Juju review produk Hansaegee Nature ni kan.
Dan harini Juju nak share lagi pasal pencuci muka keluaran Hansaegee Nature ni. Ha Nampak tak betapa sukanya Juju dengan produk ni. Hehe, bukannya apa. Juju suka dengan tekstur sabun ni. Picit je terus keluar buih. Dah tak payah nak bancuh dengan air.
Kalau korang nak tau, kulit muka Juju ni memang sensitive sangat. Pantang salah makan atau pergi dekat persekitaran yang tak bersih, cepat je jerawat ni singgah dekat muka. Memang stress betul Juju. Lagipun kulit muka Juju ni jenis yang berminyak. Jadi memang kena pilih pencuci muka yang betul-betul sesuai dengan muka Juju ni.
Rutin cuci muka pun kena betul ye kawan-kawan. Macam yang Juju amalkan cuci muka 3 kali sehari. Biasanya waktu pagi, tengahari dan petang. Masa cuci tu urut-urut sikit kulit muka. Bagi dia meyerap sampai ke liang pori. Lepas tu boleh bilas macam biasa.
Okeh meh sini Juju nak share sikit tips penjagaan kulit muka:-
*Minum air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Air adalah agen detox kulit terbaik!
*Kurangkan makanan manis seperti dessert, minuman soda, minuman instant 3in1 dan dairy-rich food. Kandungan gula yang tinggi dalam darah adalah antara punca pencetus hormon penyebab jerawat. Jangan hairan kenapa dah tua pun masih naik jerawat.
*Kerap tukar sarung bantal. Cuba fikir berapa kerap kita tukar sarung bantal kita. Sebulan sekali? Seminggu sekali? Kulit wajah kita melekap pada sarung bantal pada waktu yang lama semasa tidur dan ia adalah antara tempat yang banyak bakteria membiak.
*Amalkan meminum air perahan lemon dan green tea kerana ia adalah minuman detox tinggi antioksida. Terbaik untuk cuci dalaman.
*Rajin dan disiplin diri buat rutin asas skincare 1-2-3 : 1-cuci, 2-toner, 3-pelembap/sunblock
*Pakai homemade mask ringkas untuk detox. Yogurt + madu + green tea. Buat seminggu sekali untuk tarik kotoran dari dalam kulit keluar ke permukaan. Ini antara kaedah untuk purify kulit wajah.
*Wap/stim muka sendiri. Ambil satu bekas besar untuk letak air panas di dalamnya. Titik minyak essential 2-3 titis. Lepas tu, kelubung kepala dengan tuala dan muka dihadapkan pada bekas itu. Jarakkan muka jangan terlalu dekat sangat. Agak-agak boleh bernafas dan tidak rasa terlampau panas. Kemudian, wapkan muka selama 15 minit. Kaedah ini sangat bagus untuk membuka liang pori dan mengeluarkan kotoran dengan lebih efektif.
Kalau korang ikut tips jaga kulit muka dekat atas ni, InsyaAllah kulit muka korang akan okkay. Okeh jom kita berbalik pada Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni pulak.
Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni berfungsi secara berkesan untuk menyingkirkan kotoran, sel-sel kulit mati dan makeup. Okeh, untuk makeup ni korang kena cuci betul-betul sebab dia tak 100% remove makeup tu. So, Juju cuci 2 kali baru bersih sepenuhnya. Lagipun bau dia wangi dan buih dia lembut sangat. Kalau tak nak cuci sampai 2 kali korang buang dulu makup guna wet tissue.
Bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan pencuci muka ni ialah daun lidah buaya atau aloe vera dan juga tea tree leaf oil. Memang dah sedia maklum sifat-sifat daun lidah buaya yang sangat-sangat membantu untuk melembutkan, melembab, dan mengecilkan liang roma.
Pengalaman Juju sepanjang menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni pula memang sangat tidak menghampakan. Kulit muka jadi sangt bersih lepas digunakan. Ditambah pula dengan tekstur dia berbuih tu, rasa nak cuci muka lama-lama.
Meh sini Juju share pula tahap keberkesanan pencuci muka ni menanggalkan lipstick. Juju test dekat tangan Juju je. Juju cuma picitkan sikit dekat tangan, gosok-gosok sampai kesan lipstick tu hilang dan boleh terus bilas dengan air bersih. Mudah je kan.
Tengok cara sabun ni bertindak.