(By shfyqhazhr on 04th February 2020)
Assalamualaikum
PENCUCI MUKA ALOE VERA DARI HANSAEGEE NATUREÂ | Hi! Lama rasanya tak bersembang pasal skincare. Walaupun ni bukan kali pertama guna cleanser dari Hansaegee ni tapi still excited bila parcel sampai haritu :p
Kalau sha, sha sangat mementingkan pemilihan cleanser. Sebab apa? Sebab kalau salah pilih cleanser, memang jerawat tak segan silu nak bertandang ke wajah ni, sampaikan kadang – kadang tu jerawat bawak geng dia tau!
MACAM MANA NAK PILIH CLEANSER YANG SESUAI?
Mula mula sekali, korang kena kenalpasti terlebih dahulu jenis kulit muka korang sama ada normal, berminyak, kering, sensitif atau kombinasi. Kalau sha, sha mempunyai kulit yang normal to oily, jadi sha ada banyak juga pilihan jenis cleanser ni, dan yang paling sha suka adalah foam cleanser. Sebab bila guna cleanser jenis ni, sha rasa kulit sha cuci dari minyak tapi tak mengeringkan. Buat masa sekarang, fav cleanser sha adalah daripada Hansaegee iaitu Aloe AC Clean Bubble Cleanser!
APA YANG BEST SANGAT PASAL CLEANSER NI?
*Dapat pulihkan masalah pimples dan juga acnes
*Melawan jerawat daripada tumbuh
*Mencuci pori secara mendalam
*Menenangkan kulit
*Mengawal sebum serta minyak yang berlebihan
*Melembabkan kulit wajah selepas menggunakan cleanser
Kalau korang nak tau, cleanser ni bila korang pump ia akan hasilkan bubble dan bila dibiarkan lama sedikit dia akan bertukar menjadi watery sedikit demi sedikit. Cleanser bubble ni lembut ya amat! Memang seronok kalau letak dikulit muka, terasa lembut dan nyaman je.
BAHAN UTAMA YANG DIGUNAKAN
Bahan utama yang digunakan dalam cleanser ni adalah Aloe Barbadensis Leaf & Tea Tree Leaf Oil dimana kedua – dua bahan ni sangatlah bagus untuk kulit muka! Selain itu, terdapat bahan – bahan lain seperti dibawah yang membuatkan cleanser ni bertambah berkesan!
CARA MENGGUNAKAN
1) Basahkan tangan dan muka terlebih dahulu
2) Pump 1 ½ atau 2 pump ditapak tangan dan sapukan ke muka serta urutkan secara circular
3)Basuhkan muka dengan air yang bersih.
Dengan pencuci muka dari Hansaegee Nature ni juga, korang boleh terus removekan makeup! Seperti yang ditunjukkan di atas, dengan sekali pump terus makeup tertanggal sepenuhnya.
REVIEW MENGENAI PRODUK INI
Apa yang saya paling suka mengenai cleanser ni adalah formula cleanser ni yang mana daripada liquid apabila dipump mengeluarkan bubble halus. Bila sapukan bubble yang halus ke muka then urutkan terus rasa muka bagai diurut kat spa! xD walaupun cleanser ni jenis bubble yang mungkin anda sangkakan anda mengeringkan muka, namun tidak sama sekali! Lepas dah basuh muka, korang dapat rasakan yang muka korang lembab. Lagi satu yang saya perasan lepas guna cleanser ni, jerawat pun dah jarang sekali tumbuh kecuali stress or salah makan.