(By Mrsliez on 10th June 2021)
Pelembap Muka Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature, Mencerah Dan Melembapkan Kulit |Â Assalamualaikum korang. Lama Liez abaikan penjagaan kulit since mengandungkan Najla tahun lepas. Time tu memang tak ada la rasa nak bersiap ataupun jaga kulit sebab rasa loya bila sapu cream di muka. Selepas setahun, Liez mencari produk yang sesuai dengan kulit wajah Liez.
Sebelum ini Liez pernah menggunakan AC Aloe Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature dan Liez suka sangat dengan hasilnya. Dan kali ini Liez mencuba Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature yang bukan sahaja mencerah tetapi melembapkan kulit.
Pelembap Muka Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature, Mencerah Dan Melembapkan Kulit |
Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature, Mencerah Dan Melembapkan Kulit
Bila sebut tentang krim pelembap, memang digalakkan kita untuk mengamalkan penggunaan krim pelembap secara konsisten khususnya pada kulit wajah bagi mengelakkan masalah-masalah kulit yang akan muncul di hari tua nanti.
Liez nak share dengan korang pengalaman Liez sendiri menggunakan Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ni tetapi Liez nak kongsikan kebaikan dan kandungan bahan yang terdapat di dalamnya.
Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature dihasilkan untuk kegunaan semua jenis kulit dari kulit berminyak, kulit sensitif, kulit kering dan kulit kombinasi. Bukan itu sahaja ia juga sesuai dijadikan krim meredakan kerosakan kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari. Krim yang sesuai digunakan di waktu siang dan malam bagi mendapatkan hasil yang terbaik.Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature dihasilkan dari bahan-bahan antaranya Camellia Japonica Seed Oil dan Niacinadime yang memberikan kebaikan yang tersendiri antaranya:
Pelembap Muka Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature, Mencerah Dan Melembapkan Kulit |
Camellia Japonica Seed Oil
1. Non-comedogenic- agar pori tidak tersumbat mengakibatkan jerawat, tekstur kulit kasar dan rona tidak sekata.
2. Mambaiki kulit dari kesan kemerahan akibat sinaran UV
3. Mengekalkan kelembapan hingga ke lapisan kulit bawah
Niacinamide
1. Mengandungi Vitamin B3 yang bagus untuk penuaan kulit
2. Memperbaiki dan memudarkan pori-pori serta warna kulit tidak sekata
3. Memperbaiki garis halus, kusam dan permukaan kulit yang bermasalah.
4. Berindak mengawal sebum & minyak berlebihan yang dihasilan pada kulit
5. Mengawal size pori-pori pada kulit
Angelica Acutiloba Root Extract, Cnidium Officinale Root Extract, Gardenia Florida Fruit Extract, Paeonia Albiflora Root Extract, Pinus Densiflora Leaf Extract, Prunus Armeniaca (Apricot) Kernel Oil, Rehmannia Chinensis Root Extract and ect.
Pelembap Muka Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature, Mencerah Dan Melembapkan Kulit |
1. Kesan penghidratan ajaib kerana setiap titisan air memberi kelembapan pada kulit & tidak melekit.
2. Menyegarkan kulit –Â Kulit akan terasa sejuk dan lembut. Bahan pelembap berubah menjadi bentuk titisan air dan memberi kesan kelembapan yang tinggi pada kulit sepanjang hari. Selain itu, ia mengawal penghasilan sebum atau lebihan minyak pada permukaan kulit.
3. Memutihan & Penghidratan – krim yang mempunyai fungsi pemutihan kulit dan juga menghidratkan kulit. Kandungan Niacinamide sebagai agen pemutih, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dan dapat membersihkan serta menjadikan warna kulit lebih cerah, menenangkan kulit sensitif dan juga menengangkan kulit.
4. Diformulasikan dengan Ekstrak Herba –Â Krim istimewa yang diformulasikan dengan ekstrak herba untuk membantu menyerap hingga ke dasar kulit untuk membaiki kulit yang kemerahan dan terbakar akibat sinaran matahari.
Mudah sahaja.
1. Bersih kan muka terlebih dahulu dan keringkan.
2. Ambil sejumlah krim yang secukupnya dan sapukan pada wajah dan leher hingga rata. Beberapa saat kemudian, titisan air akan muncul.
3. Tepuk secara lembut dan biarkan ia menyerap sepenuhnya.
4. Boleh menggunakan solekan selepas itu
Pelembap Muka Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature, Mencerah Dan Melembapkan Kulit |
Â
Liez memang dah lama tidak menggunakan pelembap kerana jarang keluar rumah. Tetapi pendapat itu sangat salah ye. Walaupun hanya berada dirumah, krim pelembap harus dipakai tau. Jadinya selepas mencuba sendiri Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni, memang dapat rasakan yang kulit wajah terasa lembap walaupun Liez memiliki kulit kombinasi yang agak sukar untuk dapatkan produk yang sesuai.
Liez suka sangat dengan tekstur krimnya yang sangat ringan dan tidak berminyak. Terus jadi rajin nak sapu Aqua Whitening Cream selalu tau. Selepas disapukan pada kulit, ia senang menyesap dan tidak melekit. Nampak kesan glowing dan tona lebih cerah dan rata dari sebelumnya. Lagi best, kalau korang guna sekali dengan AC Aloe Clean Bubble Clenser yang berbuih-buih halus tu. Kesan nya lebih berganda ye. Liez recomended Aqua Whiteneing Cream Hansaegee Nature!!!
Pelembap Muka Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature, Mencerah Dan Melembapkan Kulit