(By Nadia Johari on 15th Feb 2019)
hai assalammualaikum
Walaupun nad seorang surirumah, jarang keluar, nad tetap jaga muka, tetap pakai basic skincare routine supaya muka sentiasa cantik berseri. Paling penting jangan lupa pakai moisturizer muka tau, sebab moisturizer tu la buatkan muka kita jadi lembap dan tak kering. Kalau korang ingat atau nampak moisturizer yang nad guna sekarang, moisturizer Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature, nad ada post dekat facebook dan instagram, pernah juga cerita di blog, memang dah jadi peneman setia nad sekarang moisturizer ni. Aqua Whitening Cream ni la rahsia yang buat muka nad sentaisa lembap dan cerah.
Kalau sebelum ni, nad kongsi berkenaan produk tu, kali ni nad nak share perubahan yang nad alami setelah sebulan menggunakan Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ni.
Kulit semakin lembap dan Cerah
Kalau sebelum ni, nad memang jarang pakai moisturizer, sebab kebanyakan moisturizer buat muka jadi melekit dan berminyak. Tapi sejak pakai Aqua Whitening Cream, muka nad jadi lembap selalu walaupun cuaca panas terik. Muka dah tak kering dan makin bertambah cerah. Aqua Whitening Cream ni jenis water drop, bila sapu je akan keluar titisan air. Titisan air tu la yang membuatkan muka lembap selalu, dan ia meresap dengan lebih cepat dan tidak melekit.
Bila nak keluar, nad tak lupa sapu Aqua Whitening Cream, bagi memberi pelindungan kulit muka dari cahaya matahari. Nak keluar menghadap cuaca panas terik pun dah tak risau.
Kulit jadi glowing dan anjal
Dengan kandungan Niacinamide; penggunaan konsisten bukan saja dapat melembapkan kulit, ia juga dapat mengembalikan keanjalan kulit dengan mencegah penuaan. Memang setiap hari, nad akan sentuh kulit muka nad, perempuan biasalah, kalau kulit dah cantik nak sentuh je..hehe. Nad rasakan kulit nad bertambah lembut dan tak kasar. Bila muka dah lembap ni, memang dia buat muka makin anjal dan glowing. Kalau sebelum ni, nad buat video pun teragak-agak, tapi sekarang, nak video untuk tutorial makeup ke, atau apa-apa la tanpa pakai makeup pun confident giler..hehee.
Jerawat hilang dan tiada kesan parut
Bestnya, Aqua Whitening Cream ni,juga mampu merawat kulit muka kita. Kandungan ekstrak herba dalam bahan produk ini berupaya membaikpulih dan merawat masalah kulit kering, tona tidak sekata, kulit radang sebab sunburn atau kulit sensitif yang kemerah-merahan (redness).
Haritu, tiba-tiba je jerawat keluar, mungkin nad tertekan, yela dengan kerja, dengan anak lagi dan tak cukup rehat. Nad memang sentiasa pakai Aqua Whitening Cream ni sebab ia juga berfungsi untuk merawat. Setiap hari tak kira siang dan malam nad pakai aqua ni, dan tak sangka, jerawat yang ada ni mengecut dan hilang tanpa meninggalkan bekas pun..seronok giler..yela selalu kan kalau ada jerawat, mesti tinggalkan parut..
Aqua Whitening Cream Sebagai Asas Makeup
Kalau sebelum ni, nad keluar, mesti pakai makeup tebal-tebal sikit, semenjak pakai Aqua Whitening Cream, setiap kali keluar, sebelum makeup, nad akan apply dahulu Aqua Whitening Cream ni jadikan dia sebagai basic makeup. Selain nak lindung kulit kita dan bagi lembap, Aqua Whitening Cream mampu buat makeup kita tahan lebih lama. Muka pun nampak cantik je, makeup sekata je dari pagi sampai ke malam.
Kandungan utama Aqua Whitening Cream :
Camellia Japonica Seed Oil
– Non-comedogenic; tidak menghalang liang pori, merawat kekeringan dan kerosakkan kulit kerana sunburn atau redness (kemerah-merahan) dengan menyalurkan kelembapan jauh ke dalam lapisan kulit wajah
– Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3)
Membaiki tona kulit wajah dengan mencerahkan, membersih dan menganjalkan semula kulit kau orang. Kesan ini dirumuskan dengan ekstrak herba yang memberikan penembusan jauh ke dalam kulit, so kulit kau orang tampak lebih berseri !
Bahan utama lain: Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Pinus densiflora leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officinale root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia florida fruit extract.
Fungsi dan Kebaikan Aqua Whitening Cream:
- Memberi kesan kelembapan yang tinggi ke kulit sepanjang hari
- Segarkan semula kulit – Kulit anda berasa sejuk & lembut
- Kawalan lebihan minyak / sebum
- Pemutihan kulit
- Menghidratkan kulit anda.
- Meningkatkan nada kulit yang tidak sekata
- Mencerahkan nada kulit
- Menenangkan kulit sensitif dan kulit yang kukuh
- Pembaikan kemerahan dan kulit terbakar yang rosak
- Bahan semulajadi, tumbuhan, menenangkan kulit
- Boleh digunakan pada waktu pagi sebelum memakai make up
- Digunakan waktu pagi dan malam
Untuk pengetahuan korang, produk Hansaegee Nature yang berasal dari Korea ini telah lama berada di Malaysia tau. Kebanyakan produk mereka banyak mendapat feedback positif. Nad pakai ni pun sebab nampak feedback kawan-kawan. Nad pun share la pengalaman dan perubahan nad alami ni dekat korang pulak. Setiap skincare yang kita guna mestilah dipakai sekerap mungkin dan konsisten kalau nak hasil yang memuaskan. Memnag nad syorkan moisturizer ni dekat korang.